Tuesday, July 14, 2015

Tomyam Thai Krathong-toorrbaikk!

Assalamualaikum,

kesinambungan cerita bershopping di SOGO hari tu.

Selepas kami selesai berbuka, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu untuk mencari tempat makan pulak. Umat manusia yang berkhemah di hadapan SOGO tadi pun rata-rata bersurai untuk ke destinasi masing-masing. Stesen LRT kali ni memang padat dengan umat manusia yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Ditambah lagi dengan barangan shopping yang bergayut di kiri kanan tangan masing-masing, menambahkan lagi kesesakan di dalam train. Syukur Ammar tak meragam sepanjang perjalanan di dalam train untuk pulang semula ke Bandar tasik Selatan. Hampir-hampir sahaja budak kecik tu nak memberontak tapi keadaan dapat dikawal dengan jayanya. Alhamdulillah…

Fuhh.. Badan letih, kaki letih, perut bergelodak mintak di isi. Kebab tak membantu langsung untuk mengenyangkan perut aku. Sesampai sahaja ke tempat parking kereta, campak barang shopping dalam bonet, lipat stroller Ammar, jom carik makan!

Aku tak sure if korang pernah dengar nama restoran ni. Tapi yang aku pasti makanan dia terbaik boh! Selepas kami keluar dari parking kereta, kami pun terus ke destinasi jalan-jalan cari makan kami.

Krathong kat sini je!

Restoran Thai Krathong. Bertempat di seberang jalan LRT Bandar Tasik Selatan, sebaris dengan V hotel, cari landmark Shell Bandar Tasik Selatan. Sure boleh jumpa.

Disebabkan kami berdua je nak makan, kami just order yang simple-simple je. Nak try semua takut tak habis. So, kitorang order tomyam seafood, semangkuk dalam RM25. Size medium. Kemudian, green curry, yang ni husband suka makan, aku tak berapa nak makan sangat, sebab setahu aku kari ada satu kaler je iaitu kaler oren. Selain dari kaler oren aku rasa macam pelik. Hoh. Ke aku yang pelik? Lepas tu, order butter prawn dan of course kena ada kerabu mangga. Our favourite dish.

Ammar nak makan apa ibu? dah la ibu tak belikan baju raya untuk ammar, makan pun ibu tak kasi, perlu ke Ammar memberontak lagi sekali??

Kalau korang nak tahu, tomyam dia adalah yang paling ummpph pernah aku rasa. Ummpph weh! Sekali hirup, rasa macam nak nangis je. Dia punya kesedapan, kepedasan, memang boleh terangkat! Hah Nampak tak banyak tanda seru aku bagi nak tunjuk tahap kehebatan tomyam kat sini. Highly recommended!

dig in..!
Pertandingan cari udang. siapa menang dapat makan udang

Husband aku bagitahu, green curry dia pun sedap angat! Tapi hubs je yang makan sensorang. Me tak sentuh langsung. Sebab dia macam yang aku explain kat atas tadi. He he. Butter prawn dia pun sedap. Siap berebut lagi dengan husband sebab rasa tak cukup je satu pinggan. Nak tambah takut membazir. Nafsu je semua tu. Kerabu mangga, not bad, tapi tak sesedap kerabu mangga yang pernah aku makan kat Krabi masa honeymoon dulu. Throwback giteww.

Overall, kalau nak makan kat sini, wajib kena order tomyam dia. Wajib wa cakap sama lu. Lu olang boleh pergi sekarang untuk cuba. Sure berbaloi. Wa sangat suka! Bukan Thai la kalau takde tomyam.

Ok. That’s all ekspedisi kami untuk hari ni. Kelengkapan raya dah settle, perut dah kenyang, time untuk Ammar tido. Macam dia sorang je penat berjalan!

Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1