Friday, April 29, 2016

Introvert

Assalamualaikum

Aku ni ada satu perangai pelik di mana aku ni kurang bercakap dengan orang atau langsung tak nak bercakap dengan orang. Kalau jumpa orang baru mostly aku tak pernahlah nak start the conversation. Senyum je lepastu krik krik krik. Senyum kan sedekoohh.. salah eyy?


Bila tak bercakap orang kata aku sombong. Tapi tulah masalahnya aku tak reti nak sembang or bergurau dengan orang. Even mak aku pun cakap mulut aku ni macam ada emas susah sangat nak bercakap. 

Aku prefer buat hal sendiri, pergi shopping sorang-sorang, berjalan sorang-sorang, benda tu semua buat aku lebih selesa compared to bila keluar dengan kawan-kawan or pergi mana-mana event. Kalau buat hal sendiri aku rasa lebih enjoy dan happy. Orang kata macam mysterious gitu. Buat semua sorang-sorang. Padahal anti-social noob.

Dulu masa zaman sekolah mostly aku tak join pun kalau ada kawan-kawan ajak keluar hang-out ke atau ada aktiviti koko ke dengan alasan mak tak bagi keluar. Padahal diri sendiri yang malas..ahaks. Tapi lepas kahwin bagi la alasan lain pulak, husband tak bagi keluar. Padahal husband tak kesah pun kalau aku nak keluar dengan kawan-kawan. Dia boleh tengokkan Ammar. Aku pulak prefer hang-out dengan family dari kawan-kawan. Family first kan.

Nak suruh aku cakap.. bagi duit dulu!

Kawan baik pun boleh kira dengan jari je. Kalau orang tak kenal rapat dengan aku, memang takkan tahu perangai sebenar aku. Of course la orang kata sombong. Tapi once dah kenal aku, barulah tahu perangai tak senonoh aku macam mana. memang tak berhenti lah aku ajak bersembang, macam-macam benda pulak tu disembangkan. Kawan baik aku pun pernah claim dulu dia ingat aku sombong gila. Dahla muka toya, jarang senyum, nak bercakap apetah lagi. Mesti budak ni pelik. Tapi bila dah kenal rapat, rasa nak tempeleng je sebab tak berhenti bercakap.

Aku ni actually gila-gila. Orang yang paham aku je tahu aku ni macam mana. Macam mana nak layan aku. Aku ni kena bagi special treat sikit la bukan sebab aku ni anak raja ke hapa tapi orang yang kawan dengan aku ni mesti kena hati tisu sikitlah sebab dapat kawan yang takde perasaan macam aku. haha

Ehh.. sape kata aku takde perasaan. Ada meh. Aku cepat sentap, over sensitive pun iye,lepas tu mood swing tak pasal. tapi mostly I kept it to myself la. Lepas geram dalam kepala je. aku luahkan semua dalam kepala aku, lepas tu nanti aku akan cool balik. 

Senyum tu sedekohh


Aku ingatkan aku ni pelik orangnya, rupanya karakter bagi orang yang perangai macam aku ni ada nama dia sendiri. Introvert. Yes, I am an introvert person. Dan aku baru tahu. So, nak kena declare diri aku ni introvert, baru orang tak kata aku sombong.hahah

Aku pun pergi la google karakter bagi orang introvert ni. actually lebih kurang sama dengan perangai aku.

1) You enjoy having time to yourself.

Memang tepat sekali. Mesti korang rasa aku pelik kan. Well, as long as I am happy being alone by myself, that’s enough for me.Tapi sekarang dah tak boleh buat sorang-sorang sebab ada budak kecik nak ikot. 

2) You prefer not to engage with people who seem angry or upset

Nak buat macam mana dengan orang ni? nak bagi tisu? Tolong lapkan hingus. Kalau pujuk pun selalu cakap benda yang cliche “bersabarlah.. “its ok” tabahlah dik” or else aku just buat lawak basi je kat dorang. Krik krik krik

3) You don’t initiate small talk with salespeople or others with whom you have casual contact.

Selalunya orang tu yang akan approach dan ajak bersembang dulu. Aku takkan bercakap unless they start the conversation first. I pemalu…ppfffhh

4) People sometimes think I’m quiet, mysterious, aloof or calm.

Pendiam tu iye, Misteri sebab muka macam nak kena mintak penumbuk je.

5) I form lasting relationships.

Aku kenal my husband lebih 7 tahun before we get married. Aku ada seorang je ex boyfriend. Dia jadi ex sebab long distance relationship. Dia belajar kat Indonesia aku pulak kat semenanjung. Lastly, dia sangkut dengan orang yang belajar sama course dengan dia kat sana. Actually, kalau hubungan kami ok, aku pilih dia sebab memang dah tak berkenan dengan lelaki lain. Anyway, takde jodoh.


6) I am creative and/or imaginative.

Aku memang suka berangan. Kaki berangan. Kalah mat jenin. Orang kata aku kreatif. Maybe sebab aku suka melukis. Paling suka doodling. Tak kiralah buku teks sekolah ke or buku nota selalu jadi mangsa contengan aku. Pantang tengok kertas putih.


7) I often feel uncomfortable in new surroundings.

Memang payah le nak adapt dengan environment baru. Especially bila dapat kerja baru. Nak handle orang pun payah. Apetah lagi nak click dengan kawan baru. It’s just me.

***************************************************

Actually banyaklah lagi karakter orang-orang yang introvert ni. You know yourself way better than anyone else. Asalkan kita selesa dan enjoy dengan hidup seharian kita, that should be enough. Kan payah nak puaskan hati orang lain. Yang penting, jangan cuba untuk jadi orang lain. Aku pernah buat sekali dan benda tu tak fun, awkkward dan tak selesa. Just be yourself jela. Takde masalah punya. Just berlapang dada.





Fuhh lega dapat lepaskan perasaan.

Eh.



Sunday, April 24, 2016

My little co-pilot

Every weekend adalah hari wajibulkhunnah untuk aku keluar dari rumah dan berjalan-jalan untuk menenangkan fikiran. Yelah weekend kan, nak hilangkan boring duduk rumah. Selalunya tempat yang aku pergi haruslah shopping complex especially tempat yang tak crowded sangat lah. Tempat favourite aku macam Giant or Tesco. Hah tapi bila dah namanya perempuan pergi shopping complex nak cuci mata or window shopping tu jangan percaya sangatlah ye. mana tak nya bila nampak sales je terus rambang mata nak beli itu ini. Time tu la baru nak kelam kabut carik trolly or bakul nak isi barang. Menenangkan fikiran konon. 

So, this week as usual disebabkan keboringan yang melampau kat rumah, aku pun keluarlah berjalan-jalan. Ni dah dekat sebulan husband outstation kat Bintulu macam hilang sorang driver yang cool dan setia membawa aku dan Ammar berjalan-jalan. Selalunya kalau keluar dengan husband tapi takde plan, husband mesti cakap “ Abang ikot je mana sayang nak pergi abang bawak kan, nak bawak sayang berjalan-jalan ke hati abang pun bolehhh..” cia cia ciaa kat situ.. ayat last tu tipu.

Kali ni terpaksalah aku jadi driver dan ditemani with my beloved, loyal and handsome co-pilot Ammar Zafran. Dia memang suka berjalan. Nampak aku pakai tudung je cepat-cepat dia berlari ke pintu. Tunggu depan pintu pastu tersengih-sengih. Lepas bukak pintu je terus dia amek kasut dia lepas tu tunjuk kat muka aku, “daa..daa..daa” maksudnya dia suruh aku pakaikan. Kalau kau buat bodoh je kat dia dia akan sebut daa daa daa tu sampai lah kau layan dia.

Ok dah standby nak berjalan-jalan


Dalam kereta pulak si Ammar memang tak reti duduk diam. Kejap ke belakang lepas tu duduk depan balik. Dibuatnya kereta aku tu macam playground. Dalam kereta memang takde car seat so aku just duduk kan Ammar kat seat sebelah tu je. Haa hopefully takde abam polis yang baca ni confirm kena saman nanti.huhuhu


Ikut suka dia lah nak duduk belakang ke or depan

Ammar memang my best co-pilot. Selalunya aku akan letak bantal kat seat tu bagi tinggi lepas tu Ammar duduk mesti akan pandang depan sambil dongak sikit. Sebab tak cukup tinggi kan. Bekerja keras dia nak tengok jalan kat depan. Bila nampak benda yang dia suka nanti dia tunjuk, “ daa daa daa” lepas tu aku akan explain kat dia apa yang dia Nampak tu siap buat sound effect sekali.

“ daa daa daa..”

“Tu burung Ammar… chip chip chip.. “

“daa daa daa..”

“ Tu cat Ammar….miawww..”

“Daa daa daa daa daaa..!”

“oohh, tu bas Ammar. Tengok tayar dia besaaarr. Tayar bas berpusing-pusing..pusing-pusing….” Terus masuk lagu didi & friends.

hah ibu hati-hati ada lembu kat depan!


Kalau nak bagi dia distracted, aku selalunya akan bagi dia buku.

Gaya macam paham je

Memang seronok sangat kalau bersembang dengan budak yang tak reti cakap lagi ni. Bahasa dia memang dia sorang je paham even ada satu suku kata je. Lepas tu nanti dia akan tersengih-sengih suka.

Minggu ni aku bawak Ammar pergi jalan-jalan ke Tesco kat kawasan rumah aku. Tak jauh sangat sebab tu berani bawak Ammar berjalan sorang-sorang. Kadang-kadang kesian jugak kat Ammar sebab takde kawan. Kalau dia Nampak budak lain je terus muka dia jadi happy lepas tu joget-joget. Happy bila tengok ada kawan. Kalau sorang-sorang je terpaksalah Ammar layan ibu dia yang weng ni. Nak buat adik nanti tunggu ayah balik.. hehe.

Lepas puas berjalan kat dalam Tesco, kitorang pun pergi makan kat area rumah.

Makan time!


My heart and soul!



peace!


Friday, April 8, 2016

Jalan-jalan - Port Dickson

Assalamualaikum,

Last time dah pernah bawak Ammar mandi sungai. Kemain sukaa lagi budak kecik tu. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan air ni memang favourite dia la kan. Aku pulak tak berapa suka aktiviti air ni. Aku more tu adventure macam daki gunung ke, parasailing ke (ni tak pernah cuba), rock climbing ke, racing kereta ke, yang bab laju-laju ni aku suka. Aku ni kiranya tergolong dalam golongan reckless driver sebab aku drive kete macam naharom!kahkahkah. takla reckless sangat tapi aku suka drive laju-laju. Tak laju tak thrill la orang kata kan. Kalau aktiviti air ni aku Cuma suka snorkelling je sebab suka tengok ikan-ikan cantik-cantik bawah laut.

Ok. Last 2 weeks la kan, kitorang bawak Ammar pergi mandi kat pantai pulak. Since yang ni memang unplanned trip, kitorang main redah jela mana-mana pantai yang kitorang rasa nak pergi dan reachable taklah jauh-jauh sangat kan. Kami pergi Port Dickson je. Yang ni memang last minute decision nak mandi pantai. Sebab we thought yang husband nanti outstation untuk sebulan kan. So kita nak spend time sama-sama before husband pergi outstation. Ni kira kali pertama husband pergi outstation for the longest period. Tak pernah berpisah lama-lama. Sehari dua pun dah rindu. *ai naness*

So, actually kami start dari rumah in-law kat Segamat, lepas tu duduk sehari kat rumah mak husband then petang tu terus gerak for our road trip. Time dalam kereta la baru nak decide pergi pantai mana. Final decision, we choose PD.

Sampai kat PD, baru kami terhegeh-hengeh nak carik hotel since sampai sana pun dah malam around 9.00pm. Nasiblah book through online je senang. Macam-macam online booking boleh pakai macam booking.com, trivago, etc etc. Lastly kami pilih Grand Beach Hotel, since hotel tu ada private beach dan yang penting ada pool. Yang tu husband suka. Hehe.

Road trippin babehhh


Then after check-in, kami round-round PD jap carik apa yang patut and food untuk alas perut. Lepas tu kami singgah pantai sat tengok orang jamming sambil menikmati pemandangan malam tepi pantai. Ramaii sangat orang lepak-lepak tepi pantai ada tua, muda, budak kecik, kira happening la jugak malam tu. 

Kira ni first time la Ammar jumpa pasir pantai. Rupanya dia geli bila pijak pasir! Bila aku letak dia je dia duduk diam tak bergerak. Lepas tu bila aku dukung dia then acah-acah nak letak dia balik dia angkat kaki dia tinggi-tinggi. Haha! 

Pandang muka ayah dengan penuh harapan ayah dokong dia..


The next day, pukul 8am dah siap-siap nak turun breakfast. The food was quite good. Actually nak makan lama-lama tapi husband bagitahu masa tak cukup so dapat makan nasi lemak then roti je. Huhu

Isi perut kasi kenyang


Lepas makan kami terus ke pantai. Kali ni Ammar dah tak geli dengan pasir dah. Bukan main lagi dia berlari-lari, main pasir, lepas tu terjun pantai. Ammar ni memang budak berani sangat tak takut langsung dengan air. Aku pulak yang panic gila bila dia meluru laju masuk dalam air. Nasib baik la husband took a good care of him, memang agak struggle la sebab dia suka main kejar-kejar lepas tu terjun masuk air. Mana tak cuak beb.

Ammar was like "waaarrghh.. air lautttt...."

Nak bergambar pun payah.. tak sabar nak main

Main ball kat pantai


Tak lama lepas mandi pantai, kami sambung mandi kat dalam pool pulak. Lagi la Ammar bertambah seronok bila ada budak lain nak main dengan dia. berapa kali jugak air masuk dalam hidung dia sebab aktif sangat mandi dalam pool tak ingat dunia!

Dah happy semua mandi manda, pukul 11am kami pun check-out. Memang seronok sangat road trip kali ni. Even sekejap je holiday, tapi memang puas hati sangat sebab kami tak rush, senang nak carik hotel, so antara trip yang aku puas hati sangat.

Thanks to husband yang drive penat-penat just to make this trip happened!

Peacee dah.. jom balik!




Anak Masuk Darjah 1