Hari ni husband balik dari Bintulu lepas sebulan 4 hari kerja kat sana. Jadi nya aku ter excited lebih la kan bila dapat tahu husband nak balik ni. Kali ni memang confirm dia balik. Last time berapa kali kata dia nak balik tapi tak pernah jadi. Mesti bos dia suruh extend standby kat sana for few more days. Sampai lah dah dekat sebulan ni. Sedih aww.
So sepanjang husband kat sana, tiap-tiap hari pun aku takkan missed hantar gambar Ammar bangun pagi before pergi kerja, atau gambar aktiviti-aktiviti seharian Ammar sepanjang duduk kat rumah mak. Husband selalunya jarang reply la kan atau paling simple pun dia reply “ok”. Yang lain dia akan reply “ bz.. later..” pagi sampai ke malam dia kena standby kat power plant sana. Kerja apa tu aku tak pasti. Yang aku tahu dia memang busy manjang dari pagi sampai ke malam. Aku kadang nak whatsapp tanya buat apa pun takut. tak pasal kang kena marah. Dah sentap. Aku pulak sebaik mungkin jadi isteri yang penyabar dan memahami tugas husband kat sana even rasa macam terindu, terbosan sebab takde kawan nak sembang, terbayang-bayang.. err.. takla sampai gila bayang camtu. Hehe.
Eh panjang cerita, actually nak cerita pasal menu aku masak untuk husband aku malam ni. tiket flight husband pukul 7pm so target sampai sini dalam pukul 9pm. Jadinya aku kena asah balik skill masak aku yang dah berhabuk ni since duduk rumah mak langsung tak pegang kuali. Dengan alasan mak masak sedapp tiada tandingannya.. Mak aku redho je.. kehkeh
So malam tu aku plan nak masak menu favourite husband aku iaitu ayam masak kurma. Nasib la husband aku jenis tak berkira sangat dengan anak tekak dia. semua lauk yang dia suka jenis yang senang masak. Kalau dia request nak makan siakap stim limau ke, ikan siakap tiga rasa ke, tak pasal kena pakai ihsan encik google.
Ok so, ayam masak kurma aku ni jenis yang simple je. Sebabnya kalau nak masak dengan ada budak kecik yang lasak kau kena jadi se simple dan sepantas yang mungkin untuk memasak. Skill memotong bawang pun nak kena selaju halilintar sebabnya nanti kau tengah sibuk potong bawang anak kau sibuk main ayam kat atas meja. Semua benda atas meja memang dia dah senang capai. Eh kelaut lagi dah ni.
First sediakan bahan-bahan untuk memasak:
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Seinci halia
- Bunga lawang & kulit kayu manis
- Rempah kurma yang dah dicairkan dengan air
- santan
- 2 biji kentang
- 4-5 ketul ayam
Cukup untuk 2 perut |
Potong segala bawang |
Buang kulit kentang dan potong 4 |
Rempah kurma plus air |
Firstly, bawang- bawang tadi di potong lepas tu digoreng dalam periuk sampai harum baunya. Hhmmmppphh
Goreng sampai garing |
Lepas dah nak bau sikit, masukkan kurma pastu gaul-gaul sampai garing
Masukkan rempah kurma dan goreng lagi |
Dah Nampak garing sikit, masukkan ayam dengan kentang dan gaul sebati. Tutup dan biarkan sekejap
Masukkan ayam dan kentang |
Dalam few minutes masukkan pulak santan. Aku selalunya pakai santan cair je.
Masukkan santan |
Done.
Eh senang je masak rupanya? Mestilah senang. Main campak-campak je.. hmmpphh.. ok dah siap masak, pergi mandi siap-siap wangi-wangi untuk suami tersayang…
Wassalam.
No comments:
Post a Comment