Assalamualaikum,
Tengah-tengah kemas barang lama dalam stor, terjumpa satu box penuh dengan barang-barang lama aku. Perasaan tu rasa macam jumpa harta karun je hehe. anyway, kat dalam box tu penuhlah dengan diary lama (yeaah aku suka tulis diary start dari darjah 4 kot), kalau baca balik rasa macam malu gila. perasaan kena marah dengan mak sebab terlupa nak cuci baju, mak marah sebab tak bagi keluar dengan kawan, bergaduh dengan kawan, rasa macam nak hempuk diri sendiri je. kahkahkah
Lepastu dalam box tu terselit x-ray lama masa aku accident motor dulu. Yang tu first time dalam hidup aku accident teruk sampai patah tulang selangka. Aku ingat lagi the moment masa kena langgar dengan kereta tu. Rasa macam sekelip mata je.
Masa tu aku baru lepas habis belajar kat UPM then tak sampai sebulan aku dapat kerja sementara kat office klinik family kat Kota kemuning. Dulu aku memang rajin cari kerja, memang merata aku cari, naik motor sorang-sorang, pergi office ke office minta kerja. Tak rasa malu pun time tu tapi rasa teruja sebab first time nak kerja after graduate. Masa tu pun aku just dapat jawatan account assistance dan gaji dalam RM800 je. Tapi bila first time dapat gaji tu rasa macam dapat gaji 3k wei.
Aku accident tu lepas lebih kurang 5 bulan kerja kat company tu. company tu kecik je Cuma aku dengan akak accountant tu je kerja kat office. Hakhak. Kerja uruskan OT or gaji doctor yang kerja locum kat klinik tu. Hari aku accident tu actually aku baru je lepas dapat slip gaji. Dia punya excited lepas dapat gaji tu lain macam tau. Hehe, aku ni memang cepat excited punya orang, plus bulan tu aku buat banyak OT, so gaji dekat 1k jugaklah time tu. 1k tu aku dah rasa macam 10k tau. Imagine haha..
Lepas dapat slip gaji tu aku terus pecut preng preng balik rumah. Aku kerja naik motor je time tu. tu pun pinjam motor EX5 abang aku. Aku memang rempit punya budak. Berdezup je balik rumah. Office pun dekat je dengan rumah time tu. kadang-kadang lunch hour pun balik rumah. Tak sampai setengah km aku merempit tetiba aku Nampak sebiji kereta nak cross jalan dengan selambanya betul-betul tak sampai 100m dari motor aku.
Imagine masa tu muka aku excited lepas dapat slip gaji siap sengih-sengih atas motor yang dibawa laju, lepas tu datang sebijik kereta betul-betul depan mata, time tu dalam hati aku sempat cakap “ eh kereta….” Lepas tu aku blank terus.
Memang sedar-sedar aku dah terbaring tertiarap atas jalan raya, tangan gaya superman, time bangun tu memang rasa sakit sikit kat bahu kiri tu, aku terus duduk lepas tu still blur-blur. Tetiba ada brader dengan amoi datang sebelah aku, aku suspect amoi cina tu yang langgar aku sebab dia asyik cakap “sorry..sorry” je dari tadi. diorang tanya aku ok tak. Of course la tak OK kau tak Nampak ke aku terbang macam superman tadi? Hoh. Dalam hati je cakap. Pastu aku reply “ ok je, tapi ada sakit sikit kat bahu..” then brader tu cakap jangan banyak bergerak lepas tu dia nak tengok bahu aku. Aku pun try nak bukak sweater aku pakai tu tapi rasa sakit. Lepas tu amoi tu pun try kalih sikit sweater aku nak tengok bahu aku , lepas tu dia dah panic dah dengan apa yang dia Nampak.
Aku macam bertambah blur la apsal amoi ni macam takut je nak tengok bahu aku. Lepas tu brader sebelah aku tu bagitahu Nampak tulang bahu aku terkeluar. Dengar pun dah ngilu gila terus rasa macam nak menangis. Haha gedik
Tak sampai berapa minit duduk atas jalan brader sebelah aku tadi hantar aku pergi hospital. Time tu baru rasa sakit dia macam mana bila dapat tahu tulang selangka aku patah. On the way nak ke hospital tu sempat la call mak abang kata aku accident. Please chill nothing serious happened. Chewah bajet tabah.
Few minutes aku duduk kat hospital kat bahagian emergency, abang aku pun sampai. Dia siap nak bertumbuk lagi dengan brader yang hantar aku kat hospital tu lepas tu cepat-cepat brader tu explain kata bukan dia yang langgar. Fuuhh. Kalau tak mau viral kes aku dalam fesbuk. Kehkeh. Eh tapi time tu kes viral-mengviral ni takde lagi. Lepas abang aku cool down, dia pun tengok keadaan aku, aku pun dah cool down sikit dan tak rasa sakit sangat lagi.
Few minutes lagi, my bf pulak sampai. Bf I yang dah jadi husband I ni la.. hehe. ternampak la dia dari celah-celah langsir katil tu tengah sembang hape tah dengan abang aku, lepas tu mintak permission dengan abang aku nak tengok aku.. aww sweet tau.. tu pun nak mintak permission.. kahkah
Muka dia pun ada berubah sikit la bila dapat tahu aku accident. Actually 2 days before aku accident ni kitorang ada gaduh sikit lah. Ala small matter je tapi aku punya merajuk macam gaduh besar je. biasalah pompuan. Kehkehkeh. Menyampah pulak bila flashback ni.
Lepas tu dia tanya aku nak apa-apa tak. Dia kata nanti dia pergi beli. Aku pun request nak air nak sejukkan anak tekak ni. lepas tu dia keluar kejap, tak sampai beberapa minit dia datang balik bawak air kotak dengan roti lepas tu dia suap aku minum.. slurp slurp aku minum dengan lahapnya. Nasiblah ada bf time tu nak tolong, kalau harapkan abang sendiri memang tak dapat la wei.. haha
Setakat tu jelah nak flashback pasal aku accident tu. aku duduk hospital pun tak lama dalam 4 hari je. doctor operate masukkan besi kat bahu aku. So aku ni kiranya half man half steel. Kehkeh. Selain dari bahu , belakang badan aku pun ada calar sikit masa jatuh tu, then jari tengah tangan kanan aku patah, mula-mula ingat terseliuh je. bila tukang urut datang urut satu badan, baru dia bagitahu jari aku patah, tu yang tak inform doctor. Sampai sekarang jari aku ni bengkok.
Nampak tak tulang bahu tu terjongket sikit? |
Lepas operate masuk besi. i'm steel man heks! |
That’s okay. Maybe ada hikmat aku accident tu. nasib baik jadi tau kahwin dengan boyfriend. ;)
Lepas accident tu takde la pulak rasa trauma nak bawak motor ke ape, rasa neutral je. cuma rasa takut kalau nak bawak laju. Sekarang bawak motor dengan berhemat.
Now dah ada kereta langsung dah tak pegang handle motor. Kalau naik pun jadi penumpang setia je. hehe..
No comments:
Post a Comment