Monday, June 27, 2016

Penyejuk mata dan hati


Assalamualaikum,

Antara aku dan suami, Ammar paling mengada-ngada dengan aku. Time nenek dia jaga dia ok je main sorang-sorang, time aku balik keje nak ambil dia, asal Nampak muka aku je datang mengada-ngada dia, merengek-rengek mintak dokong la, dah dokong merengek lagi nak mintak berjalan pulak, tak boleh lepas kejap pun. Nak buat susu pun kena dokong, sampai kan nak masuk toilet pun dok guling-guling nangis luar toilet. Macam kena dera, 

Kalau kat rumah pun sama jugak. Mengekor je kat belakang aku. kalau dia tengok TV sorang-sorang kat depan aku pulak sibuk masak kat dapur, nanti dia datang kat aku Tarik tangan aku suruh teman tengok TV sama-sama. 

Beza pulak kalau dengan ayah dia. Dia tak banyak meragam sebabnya ayah dia suka bawak Ammar berjalan, main kat luar dengan kawan-kawan, main bola, main basikal, so Ammar lebih suka melepak dengan ayah dia, mungkin dia rasa ayah dia lebih fun dari mak dia. time nak susu, nak makan, time demam, baru carik mak dia. I bet most parents macam tu kan?

Bila Ammar dah masuk 18 bulan ni baru rasa tiring sesangat, sebabnya dia kuat main, kuat sepah, kuat merengek, kuat meragam, tapi kurang makan. Paling letih dan give up bila time makan. Bagi coklat ke biskut ke nak makan tapi sumbat nasi je terus diluahnya. Kadang-kadang, aku biarkan je dia main dengan nasi dia, dia lenyek ke, lumur kat badan ke memang aku tengok kan je. kang bila dah settled baru kemas. Time tu baru dia nak makan sikit-sikit.

Kalau bab sepah takyah cakap la. berpuluh-puluh kali la kemas cantik-cantik buku-buku dia kat almari tu, berpuluh-puluh kali tu jugaklah dia sepahkan. Tapi bab nak ambil hati kitorang Ammar paling champion. Sengih je confirm mak ayah dia melt tak jadi nak marah. 

Tulah kan, bila teringat balik telatah dia kat rumah tu memang hari-hari kat opis boleh tersengih sorang-sorang. It just made my day. Kadang baru kejap kat opis dah tengok gambar or video dia kat henpon.Rindu telatah dia. 

Yang paling sejuk hati bila dia dah pandai ikut kitorang bila time solat. Sejuk perot! 



Cepat-cepat tarik sejadah nak solat.

;(

Budak bijak


Sunday, June 26, 2016

Salam Ramadhan


Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke-22. 

Aku rasa banyak perkara yang aku tak achieve dalam bulan ni. Terasa rugi yang teramat sebab selalu missed solat Terawih. Eventhough solat kat rumah je, tapi bila dah kat rumah mesti macam-macam benda nak buat including terpengaruh dengan rancangan TV. Haha. Spoil betul.

Memula la berangan nak sama-sama husband and wife pergi terawih kat masjid naik motor. Berangan lebih! Ammar nak campak mana kan. Dulu time berdua taknak pulak pergi. Dah bertiga lagilah kirim salam jawabnya. *sobsob*

Ustaz Ammar wanna-be


Tapi InsyaAllah, aku macam agak bersemangat sikit untuk 10 malam terakhir Ramadhan ni. Dek sebab nak mengejar malam Lailatul Qadar. Bukan calang-calang orang yang dapat merasai malam yang hebat ni. lagilah hamba Allah macam aku ni yang penuh dosa dan noda. Wuwuwu. Dalam hati ni kalau dapatlah jumpa dengan malam Lailatul Qadar, macam-macam aku nak mintak dari Allah, dengan harapan Allah kabulkan doa-doa aku. Kalau tak semua pun at least, perkara yang boleh tenangkan hati dan fikiran aku.

Itu pun sebab aku terbaca post seseorang pasal Lailatul Qadar. Dulu fikir malam Al-Qadar ni macam bila malam-malam kita Nampak pokok bersujud. Hah noob sangat sebab tak hayati betul-betul. 

Bila paham balik sebenarnya Al-Qadar ni ada pada diri sendiri. Antara kemuliaan di malam Lailatul Qadar:

*********************************************************************************

- Orang yang bertemu dengan malam Al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya diangkat oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah

- Jiwanya lebih tenang, akhlaknya lebih baik, ibadahnya bertambah lebat dan hebat

- Malam Al-Qadar ni malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak terkira banyaknya, meriah sampai terbit fajar

- Malaikat turun secara luar biasa banyaknya termasuklah yang paling tertinggi pangkatnya-malaikat Jibrail

- Salah satu urusannya ialah “ bertamu dalam hati”orang islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan, hati orang yang menjadi tempat persinggahan malaikat ni akan berubah

- Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut

- Hidup ni sebenarnya kita lalui antara 2 bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat

- Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati, justeru, hati ini adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas

- Siapa yang menang dialah yang menakhluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki “penakhluknya”

- Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

******************************************************************************

Allah. Indahnya perasaan tu. tak dapat dibayangkan. Boleh ke insan kerdil di mata Allah macam aku ni dapat merasainya?

Ya Allah, pertemukan aku dengan malam Lailatul Qadar. :(

Anak Masuk Darjah 1