Sunday, May 17, 2020

Covid-19: Bila akan berakhir?


Covid-19 has yet to be ended, and we have no clue when it will be ended.

Now Malaysia dah further extend MCO to phase 4 setakat hari aku menulis ni. Dari 18th March hingga 9th June. After that, belum tahu lagi.

Semua orang pun tak tahu exactly bila pandemic ni akan berakhir. Eventhough kes positif kat Malaysia getting better day by  day, tapi dalam masa yang sama kita kena terima hakikat yang keadaan sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Bak kata PM kita ‘New Normal’.

Kita dah tak digalakkan shake hand, tak boleh greet dengan laga pipi macam kebiasaan muslimah buat, tak boleh peluk, and everything kena social distancing.

Dulu masa MCO phase 2 kita still lagi buat biasa, keluar tak pakai mask, still berkumpul ramai-ramai. Now bila dah masuk phase 3 & 4, aku dah boleh nampak orang dah start aware dengan keperluan social distancing. Masa queue nak masuk mall, orang dah tahu nak jaga jarak, even bagi laluan kalau someone yang mendekat. Rasa lega bila nampak orang dah start lebih berhati-hati dengan keadaaan sekeliling. Ni yang dikatakan new normal.

Now masuk phase 4 business dah boleh operate tapi khusus untuk essential services untuk pulihkan balik ekonomi Negara yang agak terjejas teruk. Bertambah teruk lagi dengan penurunan harga tong minyak dunia dengan mendadak. Buat pertama kali rasa tak best isi minyak harga murah. Coz It’s actually effects economies worldwide.


Masa PM announce MCO phase 3


World result masa phase 3


World result setakat minggu ni

Malaysia setakat minggu ni


Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ramadhan kali ni jauh berbeza dengan yang lepas. Takde bazar ramadhan, orang still boleh berniaga tapi tak semeriah dulu. Aku dulu tiap kali balik keje je mesti singgah bazar beli kuih nak iftar. Kuih tepung pelita confirm wajib ada atas meja.Tapi ada kebaikan dia jugak takde bazar ramadhan ni. Selain jimat duit, now aku buat je sendiri lauk untuk buka puasa. Kira dah macam expert time kat dapur. Dah try macam-macam resipi, dari ke mee kari, ke mee kungfu, desert pun boleh tahan buat sendiri. Dengan bubur jagungnya, sagu gula melakanya, bila buat sendiri ni kepuasan dia lain macam. Even tak sesedap macam beli kat bazar tu, tapi suami dan anak-anak dapat merasa air tangan kita sendiri. Rasa marveless sangat. Pahala pun berganda. Hehe

Ramadhan tahun ni jugak terawih dah tak boleh buat kat masjid. Masjid dilarang bukak. Tak boleh buat social gathering. Dulu ada jugak merasa terawih kat masjid kat taman rumah aku ni. Gilir-gilir dengan husband sebab sorang kena jaga anak. Bila dapat terawih berjemaah ni rasa lain macam seronok dia. Meriah dia. Now terawih sorang-sorang, kadang berjemaah dengan suami. Berdua. Ada jugak kebaikan dia.

Menu wajib sebulan sekali

Menu simple iftar


Persiapan raya? Adalah sikit. Ada plan jugaklah nak beli baju raya sekadar untuk kepuasan diri. PM pun kata raya hanya boleh menziarah keluarga yang terdekat je pada raya pertama then limit to 20 orang dalam satu masa. Alhamdulillah mak adik beradik semua duduk dekat-dekat je dalam radius 10km. semua boleh ziarah.

The best part is bila duduk kat rumah, bonding between me and husband bertambah kuat. Kitorang banyak spend masa bersama. Kadang boleh Nampak effort husband tolong aku either jaga anak or kemas rumah yang sebelum ni jarang-jarang berlaku. Haha. Now kerap bersembang gelak-gelak, bergurau senda. Tak macam dulu. Balik keje je me with my own space. Tak boleh kacau. Bercakap pun jarang. Sebab aku dulu bila balik keje, rasa exhausted sangat. So bila sampai rumah rasa tak nak diganggu, taknak bercakap sebab letih banyak bercakap waktu siang. Try to distance myself with husband sebabnya husband jenis  banyak cakap, suka bertanya yang kadang rasa annoying. Haha. Eventhough kat rumah kena work from home lagi rasa stress lain macam sebab rasa tak productive langsung. Dok kena kacau dengan kids, kids selalu bising, lagi-lagi si Ammar 24 jam mulut potpet banyak Tanya. Lagi melayan si clingy Sarah. But it feels kind of worth it boleh Nampak diorang main depan mata, tengok peel masing-masing. Letih melayan sorang-sorang.

Next best part is boleh makeover rumah. Dari bilik ke bilik slow-slow makeover. Dulu bilik dah macam bilik store penuh barang sana sini, now dah kemas sikit. Alih perabot sana sini nak bagi rasa kelainan sikit. Now rajin masuk group home deco. Berangan tak sudah. haha

pertama kali dapat puasa penuh sehari. yang lain half day

Bila PM announce PKP bersyarat.. pertama kali keluar pintu pagar

Mom and adik-adik buka di rumah


So this year will be history. Ingat sampai anak cucu. Tahun 2020 tahun tiada kemeriahan ramadhan dan syawal seperti kebiasaan nya. mungkin Allah nak pesan or nak ingatkan kita sometimes benda yang kebiasaan kita buat Allah akan tarik sikit nikmat keseronokan tu untuk sedarkan kita yang selalu lalai kepada-Nya.

We must get through this tough time together. Bak kata Ejen Ali ‘Kita jaga kita’. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Jangan lalai dan leka atas dunia yang sementara ni. Peringatan untuk aku jugak.

Setakat ni untuk harini.

Tuesday, March 31, 2020

Covid-19: A reminder from Allah


Bismillah,

Terjemahannya: Aisyah bertanya Rasulullah saw mengenai taun, lalu dikhabarkan kepadanya oleh Baginda SAW: “Bahawa ia adalah suatu azab yang diutuskan Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lalu dijadikannya oleh Allah sebagai rahmat untuk orang Mukminin. Maka tidaklah seorang hamba itu ditimpa taun lalu dia duduk menetap di negerinya dengan sabar, dan dia tahu bahawa tidak akan ada yang menimpanya kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepadanya, melainkan baginya seumpama pahala mati syahid.”


*********************************************************************************

Sekarang dah hari ke-14 selepas PM announce on Movement Control Order (MCO) due to the Covid-19 outbreak on 17/3/2020. Baru tadi PM announce untuk extend lagi another 2 weeks (sampai 14/4)  MCO sebab nak mengekang wabak yang melanda satu dunia sekarang. Ya SATU  DUNIA. Satu dunia terkesan dengan wabak Covid-19 ni. Aku rasa dah macam dalam movie zombie pulak. Tak pernah terpikir umat manusia satu dunia ni terpaksa dikuarantinkan  disebabkan oleh virus that had caused ratusan even ribuan rakyat di setiap Negara mati disebabkan oleh wabak ni.

It is not a joke man!

Setiap hari kes yang positif kat Malaysia still maintain dalam range 100-200. Kes kematian pun dah semakin banyak. Macam takde tanda-tanda nak berkurang pun.

Meh aku cerita asal usul virus ni. Virus ni asalnya dari Wuhan China. Satu tempat di mana terdapat pasar yang jual makanan eksotik macam kelawar, ular berbisa, haiwan-haiwan liar dan macam-macam lagi. Ada yang kata virus ni asalnya dari kelawar. When someone infected, virus ni akan serang paru-paru and caused respiratory illness macam pneumonia with symptom such as cough, fever and in most severe cases difficulty in breathing.  First dia infected sorang then the next day bertambah jadi 5 orang.  Now virus ni dah spread almost 600,000 orang kat 203 negara lain seluruh dunia and unfortunately Malaysia di tempat ke 22.

Report as of 19 March 2020

Report as of 28 March 2020. Tengoklah betapa cepatnya virus tu merebak ;(

Doctor pertama dari China yang kesan virus ni since Dec lagi dah warning awal-awal pasal wabak ni dulu tapi orang tak nak dengar and later mati disebabkan virus ni. Wabak ni start menyerang China from January and kat Malaysia baru start in March.

Dr. Zhang Jixian orang pertama discover pasal virus corona virus

Virus ni bukan airborne. Covid-19 hanya boleh infect orang lain melalui air liur orang yang infected dengan virus ni dalam jarak 1meter sama ada dia batuk, sneeze or even bercakap. A person can also be infected by this virus dengan hanya menyentuh permukaan yang dah infected dengan  virus ni kemudian orang tersebut sentuh bahagian muka sama ada mata, hidung or mulut.

Virus ni memang cepat sangat merebak. That’s why kita kena keep our distance at least 1-2meter from other people, kena selalu or kerap basuh tangan pakai sabun, even sanitizer sometimes tak berkesan nak bunuh virus ni. Virus ni pun katanya boleh survive 3 hours in air, and up to 3 days on steel and plastic. Scary kan? Bila tersentuh tombol pintu rumah, kunci kereta, sudu, tetiba rasa macam paranoid terus cuci tangan bersih-bersih.

Now 14 hari duduk terperuk kat rumah je. Tak boleh nak keluar sangat. Aku and husband gilir-gilir beli barang keperluan dapur. Feeling for 14 days at home while working from home? Ada pro and cons. Parts of me saying it bliss. Tak payah nak hadap boss, tak payah nak hadap toxic people kat opis, boleh spend 24 hours with kids, boleh kemas rumah. Hari ke-14 still boleh adapt lagi. Maybe ni la kot perasaan seorang introvert. Haha. Kawan-kawan lain pulak dah sibuk merungut bosan duduk rumah nak pegi opis, rindu kat kawan-kawan, well, every person has different priority. My priority stills my family.

Work from home style. still ada gangguan dari makhluk kecil

On contrary, bila working from home ni agak stress jugak. Sebab boss asyik kejar itu-ini, kids tak bagi space nak buat keje, so keje tak boleh nak setel in short time. lols! Anak-anak pulak mentang-mentang mak ayah dok rumah ni amek kesempatan nak buli mak ayah diorang. Yang si kecik asyik nak menempel 24 jam. Yang si abang dok request macam-macam. Langsung takde “me time”. Aku punya “me time” is that I need my free time between 2-3 hours top. Takde gangguan, sama ada layan drama, main phone, or dok diam-diam takde budak-budak nak berebut duduk atas riba aku. That my “me time”.

Duduk masak kat dapur makin kerap. Tetiba duduk rumah asyik rasa lapar je. Macam-macam resipi dah try buat. Si budak Ammar pun malam-malam dok zikir kat telinga mak dia lapa.. lapaa… tengah malam la dok goreng nugget la, buat roti telor la, that why supply telor tak boleh berkurang, kena sentiasa ada, at least 1 papan boleh habis seminggu. Tiap masa ulang alik ke dapur basuh pinggan sampai naik kecut jari dibuatnya. Laundry pun boleh buat hari-hari. Kalau before MCO seminggu sekali je basuh baju sampai baju pun dah melimpah dari bakul baju kotor. Tapi still nak melipat baju amek masa seminggu nak settle.. haha!

Viral thingy during MCO. Dalgona coffee

Try buat sagu gula melaka. Terbaikk!

Kids paling seronok. Full freedom at home!

My "me time" layan drama korea

Bila dah surrender WFH, terpaksa bagi sorang satu ;(

Ahaa.. tak boleh skip school. Ada online learning

Masa banyak habis kat dapur. From breakfast, lunch, minum petang ke dinner. Complete!

Dapat merasa pakai tudung jela tapi tak boleh keluar. Paling jauh pun depan pintu gate


All in all, duduk rumah is not so bad. I can handle it very well. Even husband dah tak keruan dibuatnya. Haha! Dan aku harap wabak ni cepat berlalu pergi. Sekarang dah masuk April. Kejap lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tak terbayang bila masing-masing kena terawih kat rumah, bazar Ramadhan pun takde, masjid dan surau sepi, takde cahaya bulan Ramadhan tu.

Ya Allah, Kau ampunkanlah kami di atas kelalaian kami di muka bumi ya Allah. Umat-Mu ini dah banyak melakukan kerosakan di muka bumi-Mu. Kau hilangkan wabak ini segera dan hindarkanlah kami dari penyakit yang merbahaya ini.


Stay safe everyone!



Saturday, March 14, 2020

Selamat datang 2020!

Bismillah,
WELCOME 2020!

Tahun kereta terbang!


Honestly, sedih sangat sebab tak sempat nak habiskan memory 2019 tetiba dah masuk tahun 2020. Banyak lagi memory yang tak sempat lagi nak post kat 2019 so bila baca balik blog semua pun tak ikut susunan tarikh.*Sobs*

Anyway, whatever happen pun aku akan teruskan jugak menulis. So many things, memories happened in 2019 untuk kenangan masa depan nanti untuk diri sendiri dan anak-anak bila diorang dah besar nanti. Maklumlah, makin tua ni makin kerap pulak amnesia. At least, ada blog ni bila-bila masa boleh kenang balik cerita-cerita lama, all those sweet and bitter memories, photos, semuanya ada cerita dia sendiri. I am happy i'm deciding to keep the memories all here dalam Pena Si Kunang-Kunang.

Awal tahun ni je dah macam-macam perkara berlaku. Kerajaan yang bertukar tangan, politik yang membimbangkan. Dr. Mahathir letak jawatan as PM dan diganti pula dengan Muhyidin Yasin. Banyak kematian mengejut berlaku, memula Abam Raja Lawak. Lepas tu pulak Asyraf Sinclair. Now the latest Corona-Virus yang sekarang labelled as pandemic by WHO. Allahuakbar, dah bersedia ke kita dengan segala kemungkinan?

So, wish for this year 2020 aku akan keep on writing, terus kuat mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup yang semakin lama semakin mencabar, jadikan aku insan yang kuat dan sabar. Amin insyaAllah.




Anak Masuk Darjah 1