Friday, January 13, 2012

Sebab sayang kami tinggalkan...

Selamat pagi all..

Bangun dengan ceria dan bertenaga tak? Kalau ya tepuk bahu sendiri dan katakan “tahniah,good job!” Tapi kalau pukul 1 petang baru nak bangun pastu kate tahniah kat diri sendiri tu memang lahabau namenye.

Aku tertarik dengan kisah yang tengah kepoh sekarang ni kat harian metro pasal ibu bapa yang ditinggalkan anak di pusat jagaan orang-orang tua. Aku terpikir juga ape ke salah ke anak-anak sekarang tinggalkan mak bapak dorang kat pusat-pusat jagaan tersebut? Mungkin kalau ada orang dengar kita cakap macam tu mesti dia pikir, “tak malu nye budak, tak mengenang budi, mak bapak dah jaga die dari kecik sampai la ke besau, bagi makan pakai semua, pastu bila dah besa,keje besa, sesuke hati die je nak campak mak bapak dorang kasi orang lain jaga..@$#%&*Sd#” (budi bahasa budaya kita).

Mungkin tak salah bagi anak-anak yang dah ada commitment sendiri, kerjaya sendiri, dah ada family, anak-anak sendiri, kehidupan sendiri dan takde masa nak jaga parents dorang. Daripada parents mereka terbiar takde orang jaga kat rumah, lebih baik mereka hantar parents ke pusat jagaan orang-orang tua. Kat sana lebih selesa sebab ada kawan untuk bersembang, ada aktiviti yang dijalankan kat setiap rumah jagaan yang ditempatkan dan paling penting parents dorang tak sunyi dan bosan ditinggalkan sorang-sorang kat rumah anak-anak. Bila petang, anak-anak akan datang dan jemput mereka semula. Bukan hantar tapi tak ambik-ambik pulak!

Cuba kita pikirkan, masa kita kecik-kecik pun mak bapak kita hantar kita ke nursery atau babysitter untuk dijaga sebab kita bekerja, so apa salahnya kita hantar mak bapak kita pulak ke rumah jagaan orang-orang tua untuk dijaga. Dunia ni adil kan? Bukan kita tak sayang, sebab kita sayanglah kita buat perkara yang terbaik untuk parents kita.

Tapi lain la kes bagi anak-anak yang hantar parents ke pusat jagaan orang-tua pastu tak datang jenguk dan terus menghilangkan diri tu baru la layak dipanggil anak tak kenang budi. Memangla tak patut!

Jadi, selagi kita ada kesempatan ni, jagalah parents kita dengan sebaiknya. Setiap anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua orang tua mereka. Entertaint mereka, kasihi mereka dan lindungi mereka selagi hayat dikandung badan sama seperti mereka tabah menjaga kita semenjak kita kecik. Jangan bila dah ibu bapa meninggalkan kita baru kita rasa menyesal dan rugi tidak menjaga mereka dengan baik.




***************************

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.












Sunday, January 1, 2012

GIVING 103% AT WORK

Ayo ayo ayoo..

Pagi tahun baru semua..!
Pagi rasa happy tak?
Oh..happy sebab kena pergi kerja ….. lalalaa… (happy lahhh…)


Yay!
Oh…pagi ni teringin nak carik kerja baru…

Google jobstreet…index.com..jobless.my..ejonsvacancy..jobsmalaysia (alahh…tak reti nak pakai)..sambil dengar lagu kat jango.com..ada lagu baru terus download kat 4shared..

godek-godek ape yang perlu…klik appy apa yang patut..
Oh..simple and easy nye dunia…main klik-klik je..
Nak lagi canggih kalau kelip mata je semua leh download…wahh..senang-senang…haha…



Ok now...time for a game,

Dalam pekerjaan, kita cuba untuk  mendapatkan 100% dalam setiap perkara yang kita buat. Meh aku nak ajar cara nak dapatkan 103%. Kita up sikit..! Here's a little math that might prove helpful in the future!

What makes life 100%?

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

equals:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

then:
H A R D W O R K
8 1 18 4 23 15 18 11 = 98 % Only

K N O W L E D G E
11 14 15 23 12 5 4 7 5 = 96 % Only

But:
A T T I T U D E
1 20 20 9 20 21 4 5 = 100 %

However:
B U L L * * * T
2 21 12 12 19 8 9 20 = 103%


ok..now..try it!

Saturday, December 31, 2011

Sudah datang 2012..

Alhamdulillah…

 apabila kita dapat bangun pagi dan menghirup udara segar untuk memulakan hari yang baru…

Alhamdulillah..

Kita masih diberikan masa dan kesempatan untuk melakukan perkara-perkara yang belum lagi kita lakukan..untuk menambahkan amalan yang sememangnya amat kita perlukan untuk meningkatkan dan memantapkan iman kita…


Alhamdulillah..

kita masih dikurniakan kesihatan yang mantap untuk mencipta moment-moment indah dan berharga dalam setiap perjalanan hidup kita…

Alhamdulillah…

We should thank Allah that we still have the chances to live in this world.







Semoga kedatangan tahun baru ini kita dapat memantapkan ilmu pengetahuan dan mematangkan fikiran kita untuk dalam menuju fasa kehidupan lebih baik lagi.. InsyaAllah..



Mari kita bersama-sama mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk memajukan dan menjadi seorang muslim yang sejati.







Thank you Allah…

Sunday, December 25, 2011

I'm not yours and you're not mine...

Tinggi mana angan-angan, cita- cita dan cinta, bila sudah tertulis dan termaktub dalam kitabNya... kita tak dapat nak menolaknya, apa lagi menidakkannya..
Kerana...kita hanya mencuba...tapi kita tak berupaya untuk menghalangnya...
Lalu bila ia terjadi..
Kita hanya mampu untuk melepaskannya..
Bukan kerana Dia tidak menyayangi...
Tetapi terlalu menyayangi...
Oleh sebab Dia mahukan sesuatu yang terbaik..
Hanya untuk orang-orang yang terbaik..
Dan kita sepatutnya bersyukur...
Dan bergembira...
Kerana kita masih dicintai...dan disayangi..

Kita perlu sedari..
Hidup hanya sekali...
Oleh itu kecapi dan nikmati kehidupan ini...
InsyaAllah...ada yang cahaya yang menanti... =)


Wednesday, November 23, 2011

Jika kita sayangkan seseorang tu........

Kenape..kenape..dan kenape ye?

Aku tertanye-tanye jugaklah ye kenape ade kata-kata seperti ini.. "jika kite sayangkan seseorang tu, kite kene lepaskan die pergi??"

Why..why dan why lagi..???

Sanggup ke kite tinggalkan orang yang kite sayang? lainlah kalau orang yang kite sayang tu dah meninggal dunia haruslah kite melepaskan die pergi sebab tak mungkinlah orang yang kite sayang tu hidup kembali kecuali tetap bersemadi di dalam hati (cewah ayat!).

Kenape pulak kite tak pertahankan kasih sayang kite tu dari melepaskan die pergi? Kalau gefen or bofen kite tu ade kekasih baru, dan kite amat sayang sangat padenye, patut ke kite lepaskan die jatuh ke tangan orang lain?" Aku cuma mahu melihat kau bahagia. Jika kau rasa bahagia bersamanya..aku sanggup melepaskan kau pergi.."...


oh tidak..!



Harus ke aku berthinking macam ni? Tolonglah explain kat aku ape maksud tersiratnyee......






Nota kaki: Mood romantika di malam hari. Macam gedik pulak rasenye...theee...heeehhh...

Thursday, November 10, 2011

Kerja dengan perasaan "biasa" tak mungkin dapat hasil yang "luar biasa"

Hai Hai hoit!

Bagi orang-orang yang tengah berhempas pulas menyiapkan kerja kat opis yang rase-rase macam takde penghujungnye tu, baiklah korang rileks kan minda korang untuk bace entry aku ni sekejap saje. Aku nak share sikit ape kate-kate dari Dr. Fadilah Kamsah dan sorry la entry ni aku copy paste je sebab sharing is caring..!!

Yang penting kite semangat!

Yang tak senyum tu boleh la senyum sekarang sebab aku nak kasi korang senyum sampai korang rase lega bahawa hidup ni indah kalau kite pandai menilai dan menikmatinya semaksima mungkin! (opps..macam lari sikit dari tajuk asal..)

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu....Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..


********************************************************************


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "


Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja 

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' . 

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima
hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



***************************************************************


Nota Kaki: Syabas dan tahniah sebab anda bekerja dengan satu senyuman.

Tuesday, November 1, 2011

Makan Ayam Penyet Jum!

Hoi..hoit!


Walaupun post ni agak basi tapi tak kire aku nak post jugak..gaah..~

Itu hari (hari itu agak lame la jugak..hoh!)macam biasa aku dan bestpren aku pegi jalan-jalan carik makanan. So kite pergi ke satu tempat kirenye agak dah faymes di kalangan student-student UITM Shah Alam. Ramai woih makan kat sini! Kedai makan die sempoi je tapi food die terbaikkk. Ok. Kite ke Padang Jawa dekat dengan Seksyen 7 Shah Alam sebab kite nak makan Ayam Penyet.nyammm…~~


Disebabkan ramaaaii sanggatt orang kat gerai tu so aku just dapat snap satu pict food jela. Tu pun sorok-sorok. I segan. Hee~


Rasenye uisshhh…sedappp.. Ayam die ade rase crispy sikit dengan sambal die yang cukup rasa. Kire berbaloi-baloi la makan kat sini. Selain tu ade jugak lauk-pauk lain yang disediakan cume menu yang paling utamanya pastilah ayam penyet die. Kite cume perlu order ayam penyet tu kemudian ambil sendiri nasi atau lauk-lauk yang lain ikut kite suke. Dan harganya…sangat berpatutan.


Ok sudah catatan aku pasal makanan. Kalau nak tahu lebih lanjut, datang je sendiri ke sini.

Anak Masuk Darjah 1