Sunday, August 17, 2014

Yes..I'm writing again!

Bismillah..
Wow.. it’s been awhile since lepas kahwin tak pernah post anything kat dalam blog ni. Teringat-ingat zaman muda-mudi dulu (macam tua sangat la kann), time study dulu memang rajin gile la update blog sampaikan nak pegi toilet pon kena tulis kat blog.. macam harem..

Ok now dah dewasa (bwahahah dewasa kau…), maksudnya aku dah masok new chapter of life. Life after married then tetibe aku rasa macam banyak pulak story-story nak cerita (even aku tau aku takde followers whatsoever..bwuhuhu…) tak sedih pun sebab buat blog pon untuk bacaan sendiri je..hahahahahah.. (gelak macam nak cover malu kat situ).

Hah. Ok la dari banyak merapu.. lepas ni aku akan start berblog balik. Memang banyaakk sangat cerita story-mory nak share kat sini daripada biarkan blog aku ni bersawang, baik teruskan je.. =)
Ok dah .. story seterusnya akan dipost kemudian…


^Peace!^


Tuesday, December 4, 2012

Semoga diberi kekuatan

Bismillah,
Kadang-kadang bila kita rasa kita ni dah cukup kuat untuk terima semua benda tapi dalam hati kecil kita menyatakan yang sebaliknya. Hati kecil ni seringkali memberontak dan cuba untuk menafikan semua perkara. Walaupun sekuat mana kita cuba untuk mempositifkan diri, pasti hati kecil kita akan cuba membolak-balikkan keadaan. Apa yang selalu aku  buat, aku akan terus beristighfar dan tidak terlalu memikirkan perkara tersebut dengan terlalu lama. Jika dibiarkan hati kecil akan menang kerana membiarkan diri kita diselubungi dengan perasaan yang bercampur-baur dan kurang senang.

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"



Petua Hati Tenang:
Sentiasa bersangka baik
Jangan meneka-neka apa yang kita tidak tahu
Jangan terlalu bimbangkan perkara yang belum berlaku. Buat saja persediaannya.
Jangan terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat kawan atau orang yang pernah ada pengalaman.
Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
Bila hati mula tidak tenang, segera ambil wudhuk, solat sunat dan sebutlah nama Allah. Paling kurang dengar ayat Al-Quran kerana syaitan dan jin yang jahat sangat mudah masok ke dalam hati manusia yang tidak tenang.
Sentiasa ingat Allah.

Wednesday, November 21, 2012

Lagu Kedamaian meredakan hati

Bismillah,
Dalam mase sebulan ni macam-macam dugaan yang aku kena lalui. Pahit memang pahit. Sukar rasanya nak telan semua perkara. Tapi benda dah berlaku. Tak boleh nak patah balik. Kalau disimpan makin sakit pulak hati ni. Since that day, aku banyak termenung. Mungkin ada hikmah dengan apa yang dah berlaku. Aku cuba nak stay positive semampu yang boleh. Even hati ni kata cukuplah dengan ape yang dah jadi. Dah tak sanggup lagi nak terima kejutan demi kejutan lagi. In Syaa Allah, harap semua nya baik-baik saja.

**************************************************************************
Aku suka dengar  lagu ni sebab lirik dia ada kena-mengena dengan ape yang berlaku kat aku sekarang. kalau dengar mesti hati rasa sebak jek. Enjoy the lirics.

Lagu Kedamaian-Brothers
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembali


Ooo tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan
Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Tuesday, October 30, 2012

Ada hikmah disebalik musibah

Assalamualaikum,
Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tiada satu pun kesempurnaan dalam diri manusia selain dari-Nya. Aku mengaku aku mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan.. Aku insan yang memerlukan teman dikala kesunyian, yang menangis bila ditimpa ujian yang akan marah jika dikasari. Tapi aku tau dalam hati seorang wanita ada satu kekuatan yang tidak ada dari insan yang lain. Dan aku juga begitu. Aku berharap.
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah, dan Janganlah (Pula) Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamulah Orang-Orang Yang Paling Tinggi (Derajatnya), Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman." (QS Ali Imraan : 139)
Aku cuba untuk bertahan selama mana hatiku dapat menerima kenyataan. Aku cuba memujuk rajuk hatiku ini usah biarkan perkara ini berlarutan. Aku tahu disebalik kelemahan terbit rasa kekuatan yang tiada bandingan. Di mana rasa kekuatan itu timbul jika kita berserah kepada Allah. Ya aku kuat! Kata hatiku. Tidak mahu hati terus-menerus berasa keluh kesah di atas dugaan yang menimpa. Lalu hati terus dipujuk dengan sentiasa bersangka baik dan merendah diri. Ya bukan aku sahaja yang diuji. Dan ujian yang datang kepadaku tidaklah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan insan-insan yang lain.
Aku cuba untuk bangkit dan untuk kuat menerima apa yang berlaku. Setiap musibah ada hikmah yang tersembunyi.
"Allah Tidak Membebani Seseorang Melainkan Sesuai engan Kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)
Walaupun sukar dan hebat dugaan yang datang, aku sering panjatkan doa supaya Allah sentiasa memupuk kesabaran dalam hatiku dan Allah tunjukkan jalan
Al-Quran Menjawab : "Hai Orang-Orang Yang Beriman, Bersabarlah Kamu dan Kuatkanlah Kesabaranmu dan Tetaplah Bersiap Siaga (Di Perbatasan Negerimu) dan Bertakwalah Kepada Allah, Supaya Kamu Beruntung." (QS Ali Imraan : 200)



Nota kaki: Ya Allah berilah aku kekuatan

Thursday, August 16, 2012

Jodoh itu....

Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya. Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. Sayangilah seseorang itu kerana Allah."





"Andai sudah jodoh, pasti akan diijabkabulkan satu hari nanti insyaAllah. Bersabarlah dan jangan mendekatinya. Andai tiada jodoh, macam mana pernah rapat pun dua insan itu, mereka tidak dapat disatukan. Percayalah pada 51 : 49. Allah cipta setiap makhluknya berpasangan. Berserah dan usahlah membabitkan diri kita dalam sebarang hubungan yang tidak halal sebab dikhuatiri kita jauh dari Allah nanti. Jika hal itu terjadi, mustahil kita dapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. (:"

*honeypokapoka*



Friday, August 10, 2012

Amalan untuk wanita ketika datang bulan

Assalamualaikum,

Rugi pulak rasanya bila tak dapat nak grab hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Tapi, ‘bulan’ lain pulak yang datang kan. Haih. Down. Hati rasa macam ‘ bertuahnyee jadi lelaki. ‘ sebab lelaki takde hari di mana dorang di haramkan berpuasa atau solat. Lelaki tiap-tiap tahun tak payah susah-susah nak ganti puasa sebab dorang boleh berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran. So kiranya bertuah jadi lelaki sebab dorang boleh banyak beribadat dari kaum wanita. Tapi jangan lupe, kita lagi bertuah dilahirkan sebagai wanita tau. Sebab? Time datang bulan boleh makan sukehati je tanpa rasa bersalah, boleh shopping berjam-jam tapi muke still fresh padehal adik beradik lain dah longlai kaki sebab penat. Boleh korek hidung depan adik beradik lain tanpa nak cakap ‘ opps.. terlupa pulak aku puasa..’. hewhew.
Tapi bila fikirkan 10 bulan terakhir, lailatul qadar.......‘kenapalah mesti datang masa ni?? Datang mase lain tak boleh ke??’ down lagi.


Nway, terbaca ayat ni:

 Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-nisa:32)

Well, its true. I’m not going to complain anymore.


But don’t worry sista, kalau kita tak dapat nak puasa, berterawih dan ibadat-ibadat lainnya, ada lagi amalan yang boleh kita buat masa ni seperti:
  • Berzikir
  • Bersedekah
  • Berdoa
See?? Tak semestinya kita tak boleh buat amalan kan? Yelah, bulan Ramadhan bukan datang selalu. Setahun sekali je. Masa ni la kita nak upgrade kan lagi amalan-amalan yang boleh kita buat. Solat-solat sunat yang tak pernah kita buat or jarang-jarang kita buat bolehlah kita jalankan pada bulan ni so at least kita dah merasa yang kita dah buat semua tu daripada ketinggalan langsung. Lepas kita buat sekali mana tahu terdetik kat hati kita nak buat selalu. Mana tahu kan? Batu yang keras boleh terhakis sedikit demi sedikit oleh air yang mengalir inikan pula hati kita. InsyaAllah. Semua nya terletak pada hati masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
Nota kaki: semoga kita dapat memeriahkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan moga dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
 

Thursday, August 9, 2012

It's time for me to move on

Bila kita mengimpikan sesuatu perkara yang baik dengan bersungguh-sungguh, bila kita bersabar dan yakin akan janji Allah, bila kite berdoa dan bertawakal denganNya, insyaAllah Tuhan pasti mengkabulkan impian kita tersebut. Sama ada sekejap atau lambat. Tuhan tahu masa yang sesuai untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui. The day will come when the day has come. Just wait for it!


************************************************************

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Dapat jugak kerja baru akhirnye. Lepas sekian lama mencari kerja baru. I’m an active job seeker. Yes I am. Hoh. Tak sangka penantian selama ni berbaloi. Mungkin terlalu awal untuk aku ter-over excited dengan pekerjaan baru aku ni tapi yang penting ia lebih baik dari yang sekarang. Now I’m counting the days. Next month dah start new life! Even rasa cuak jugak takot tak dapat nak adapt dengan environment baru tapi aku kene cuba jugak. InsyaAllah.


Nabi pernah bersabda, “ Seseorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.’ –H.R Bukhari dan Muslim.


Mungkin aku rasa aku terbeban dengan pekerjaan yang sekarang, rasa layanan yang tak adil. Tak sama rata dan berat sebelah. Tapi aku tahu kemampuan aku, dan aku tahu kesabaran aku pun ade limitnye. Alhamdulillah, mungkin ade hikmah dengan semua yang berlaku. I thank Allah yang ujian ni semue dah mematangkan aku. Dalam hati aku Cuma ade satu perkataan, ‘lega”.

 

Anak Masuk Darjah 1