Sunday, May 27, 2018

My breastfeed journey for baby Sarah


Assalamualaikum,

Benda yang paling menyesal lepas ada baby ni which I took for granted was breastfeeding. Aku ingatkan breastfeeding ni painless and baby naturally akan latch on breast dengan senang.

Ye. Aku ingat semua benda tu senang!. Rupanya breastfeeding ni antara the toughest thing once you become a mom. Trust me. You have to be fully knowledgeable before starting your breastfeeding journey.

Masa Ammar lahir dulu, aku tak dapat nak direct breastfeed kan dia sebab aku ade problem nipple tenggelam (link for my previous post is here)Lepas 2 month berusaha, lastly give up sebab letih sangat nak handle Ammar sebab mengamok time feeding plus kesian.

Ammar Zafran beberapa jam lepas keluar dari perut

So after 2nd baby ni memang dah tekad nak breastfeed betul-betul since aku ada baca beberapa artikel yang katanya ibu-ibu yang mengalami nipple condition macam aku ni (flat nipple, tenggelam, pendek, orang kata puting buta) ada jugak yang success breastfeed tapi dengan teknik yang betullah.

But again, I failed.

So the first week, aku nursing kan Sarah dengan flat nipple tu, aku picit susu bagi keluar dan “paksa” Sarah hisap. Tapi memang Sarah susah nak latch. Dia hisap nipple sekejap then terlepas. Aku try banyak kali tapi still nipple terlepas dari mulut Sarah. Sarah tak meragam sangat masa nursing tu so I guess Sarah dapat minum susu (sebab aku struggle picit banyak-banyak bagi keluar)Tapi aku bodoh jugak, sebab aku fikir perut baby still kecik tak banyak minum susu so aku rasa Sarah dah cukup minum.

Tett. Rupanya aku salah.

Lepas hari ke-5 tu aku nampak muka Sarah dah start menguning. Since aku ngan husband  darah jenis O, possibility anak akan dapat jaundice tu tinggi. So aku kerapkan breastfeed Sarah untuk reduce kan jaundice dia tapi masa tu aku buat bodoh lagi still continue dengan cara breastfeed aku. Memang tekad sangat taknak bagi Sarah minum susu pakai botol takut dia nanti nipple confuse. Memang renyah la sikit sebab kadang susu meleleh kat pipi Sarah sampai badan bau masam!

Hari ke-6 Sarah dah start jadi pasif gila. Bila usik-usik pun dia tak respon sangat. Suka nak tidur je.Bagi susu pun taknak. Muka pun dah kuning gila! Masa tu dah start panic dah, terus call husband ajak pergi check hospital. Bila check level jaundice Sarah dah 270 mumol/L. Lagi sikit nak 300 which kalau hit 300 lebih terus kena refer hospital besar buat blood transfuse.

Muka Sarah dah nampak kuning time ni


Masa doctor bagitahu rasa macam nak hempuk diri sendiri. Menyesal sebab still buat bodoh masa Sarah dah start menguning tu. Then aku tanye lah doctor kenapa tinggi sangat jaundice Sarah since Sarah menyusu badan dan inform condition aku ni. Doktor kata since masalah nipple aku ni, kita pun tak tahu berapa banyak baby hisap susu. Maybe dapat or tak sebab baby pun tak dapat latch betul, kita rasa baby dah hisap susu tapi sebenarnya baby tak dapat susu. So better pam susu dan bagi pakai botol je baru kita tahu berapa banyak baby minum.

Ya Allah, masa tu rasa bersalah sangat-sangat kat Sarah. Ibu nak senangkan diri ibu ni rupanya ibu lupa Sarah tak dapat cukup susu ibu. Niat ibu Cuma nak Sarah direct breastfeed je tapi lupa tujuan sebenar Sarah lahir kat dunia ni. Terus aku rasa sebak sangat masa serah Sarah kat bilik nursery untuk nurse proceed treatment. Balik je masuk dalam kereta dah nangis teruk!

Lepas kejadian tu aku terus bagi Sarah minum susu pakai botol je. Tapi aku selang selikan dengan breastfeed. Still berusaha mana tau Sarah boleh latch tetiba kan. Tapi lepas sebulan still tak boleh jugak, Sarah pulak dah pandai meragam or mengamuk kalau lambat dapat susu. Haa.. lagi dasyat mengamuk dari Ammar. Boleh masuk kelas vocal lepas ni.uhu

Lepas 2 bulan berusaha breastfeed, at the end aku kena terima hakikat yang aku still tak boleh breastfeed anak aku. Sedih pun ada sebab macam hilang satu nikmat Allah bagi as a mother. Tapi still positive, Allah bagi ujian tu kan bersebab. Maybe aku tak cukup kuat or tabah macam mak-mak lain untuk bagi exclusive breastfeeding untuk baby diorang.



Kena pujuk diri sendiri untuk sentiasa bersyukurlah! Some married couples waiting for years tau nak dapatkan anak tapi aku baru tak dapat nak nursing kan baby pun dah down. Semua perkara kena trust moderately. Sebab kita tak tahu macam mana perjalanan kita at the end of the road. Sebab every single person pun Jalan dia berbeza-beza. Positive la.. positive k.

Anyway, aku ada banyak lagi masa nak belajar, belajar dan belajar. Who knows yang third or forth success kan? J

InsyaAllah.



Saturday, May 12, 2018

Tie's Kitchen - Nasi Ayam Royale

Assalamualaikum,

So yang ni entry express. Despite of cerita yang tengah hangat sensasi lagi meletop selepas PRU-14, Dr. Mahathir as our 7th prime minister now, aku pulak nak cerita pasal masak memasak.heh.

Baru je lepas tidurkan si kecil Sarah. So kena taip laju-laju sebelum budak kecik tu bangun.

So, husband baru je balik dari German selepas seminggu, husband request suruh aku masak nasi ayam since kat sana dia kata diet tak makan sebab teringatkan nasi. Tekak melayu sangat husband aku ni. 

Bab masak memasak ni memang aku fail sebab dalam kepala ni memang tak banyak resipi yang aku tau selain menggoreng dan menumis. Tapi aku suka memasak sebab aku suka tengok rancangan memasak kat tv so kalau kat dapur tu aku imagine aku dalam rancangan memasak sambil bercakap sorang-sorang. hehe

So here it is the recipe yang aku google (as usual la...*wink*) untuk my lovely husband. Sebelum ni aku pernah jugak buat nasi ayam ni pakai recipe yang sama dari orang ni yang adaptasi recipe bekas masterchef Istana Buckhingham dan recipe dia memang terbaik.

Penyediaan nasi:

- Beras 3 pot (ikot berapa banyak perut nak isi)
- 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- 1 inci halia (tumbuk halus)
- Kiub pati ayam
- Daun pandan
- Lemak ayam
- Serbuk kunyit (saya letak sikit je)
- Air rebusan ayam (sama level dengan  beras)

cara-cara:

Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi sampai jadi minyak

Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus serta kiub pati ayam + daun pandan

Masukkan beras (make sure basuh dulu) dan air rebusan ayam dan kunyit

Tadaa... dah siap!
Bahan perapan ayam dan cara menggoreng:

- 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- 3 sudu madu
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap
- 1 sudu minyak
- Sedikit lada sulah

Masa nak rebus ayam, aku rebus pakai air yang banyak untuk masak nasi, sambal dan sup. Make sure rebus air bagi mendidih dulu baru masukkan ayam.

Masukkan semua bahan2 perapan tadi dan kacau sebati

Dah kacau sebati, perap dalam 20 min. Lagi lama lagi bagus

Goreng pakai minyak yang panas dalam 10 min. Tadaa.. siap!!


Cara masak sambal:

- 6 biji lada merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 sudu jus limau nipis
- Gula dan garam
- Air rebusan ayam
- 1 sudu tepung jagung dilarutkan dengan air

** Blender semua bahan kemudian masak dalam api sederhana. Last sekali baru masukkan air tepung jagung. Yang ni lupa nak snap gambar.

** Sup pulak just tumbuk 2 ulas bawang putih, goreng dalam kuali kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. Jadilah sup ayam.

Nasi ayam cara saya!



So simple!

Resipi nasi ayam ni paling sedap dan menjadi yang pernah aku buat. Husband pun 2 kali tambah nasi sebab sedap katanya. Tak tahu la sedap betul ke atau sebab dah seminggu tak telan nasi. hehe.

Ok. settle!





Saturday, April 28, 2018

Second pregnancy story

Bismillah,



Wow.. it took me awhile to write here (after the 1st post this year), so to ensure yang blog ni kembali ceria dan meriah dengan my life story, I need to start writing sebelum kemalasan kembali menjelma. 

Itu pun lepas make sure anak-anak tidur dengan aman, coffee secawan (to make sure i'm stay awake) to write this eventhough idea nak menulis pun takde.. haha..

Anyway, as promised from previous post, aku nak story pasal my second pregnancy journey. So let start now babeh!

Ok.. actually, after 1 and 1/2 year of trying to conceive another baby, lepas beberapa kali test pregnancy turn out to be negative, sampaikan aku ingat every test kit tu semua rosak tak boleh pakai, on June 2017, barulah dapat berita gembira bila mana pregnancy test yang kali ke berapa ntah turn out to be positive. Masa tu satu perasaan kelegaan bila tengok ada garisan 2 line kat test kit tu.

Itu pun lepas my friend introduce satu mobile apps ni untuk trace kita punya period, ovulation dan suhu badan. Suhu badan ni antara tanda untuk tahu masa bila kita ovulation. Tapi maybe applicable untuk orang yang ada regular period macam aku.

So, setiap pagi lepas bangun tidur, aku akan check suhu badan dan record kat dalam apps tu. Once spike je mean yang kita dah ovulation.

Actually, masa 1 setengah tahun tu macam -macam cara aku guna. Eventhough period aku regular tapi kita pun tak pasti bila masa ovulation tu berlaku. So, aku just try and error. Selang sehari, or selang 2 hari, or hari-hari, tapi still tak jalan sampailah setahun lebih tu. Aku pun dah try ovulation test kit tapi still fail jugak (mahal tau kit tu!).

Every month buat test before next period. Everytime tu lah hati berdebar-debar sangat nak tau result. Even period lambat sehari je dah mula start rasa excited ingatkan pregnant tapi rupanya tak. Masa tu dah rasa cuak, sedih, kecewa bercampur-campur sebab ingatkan dah tak boleh pregnant dah. Everytime result negative je nangis atas bahu husband sebab sedih sangat.

Then lepas tu baru terdetik yang "oh.. aku yang nak tunggu anak ke-2 pun rasa kecewa nak mati belum dapat, lagikan pulak orang yang belum ada anak lagi, mesti lagi sedih perasaan diorang". So macam Ya Allah tak bersyukur nye aku dengan nikmat Allah ni. Rasa bersalah dalam hati dan lupa yang Allah tu yang maha mengetahui. Dia je yang tahu bila  masa yang sesuai untuk Dia bagi anak untuk kita. 


So, setiap bulan tu cuba pujuk diri sendiri yang belum rezeki aku lagi ni atau Allah is the best planner and He know best bila masa yang sesuai untuk Dia bagi anak untuk kita. Maybe masa tu Allah tahu aku belum ready lagi sama ada mentally or financially.

Then, another reason yang menyebabkan aku lambat pregnant sebab husband selalu outstation. Lepas tu pulak timing dia outstation tu selalunya kena kat minggu ovulation. Yup, everytime. See, Allah dah plan baik punya. Sekuat mana kita cuba pun Allah tetap akan bagi masa yang paling sesuai untuk kita. 

So, back to the story, month before aku tau aku pregnant tu, aku ada buat check up kat klinik untuk buat scan ultrasound (mat salleh kata follicle scan). Yelah, kot-kot ada masalah lain ke kan. So, masa scan, doktor tunjuk kat skrin dan explained ada dot-dot kat skrin tu mean dia punya follicle development lah. So ada dot kecik dan dot besar. Bila ada satu dot besar tu ada possibility yang kita dah ovulate. Senang cerita telur dan menetaslah. hehe. Tapi doc tak advise further details cuma advise aku untuk prescribe clomid (special for egg growth) tapi aku malas nak beli.

Contoh normal follicle scan...


Back to office, aku cerita kat kawan aku pasal aku buat scan tu, dan kawan aku ni advise yang that's the right time untuk bersama husband. You know what, she was right! That month aku pregnant! Kawan aku ni dia ada PCOS dan ilmu dia pasal medical especially reproduction ni dah serupa macam gynea tau!

Sarah 23 weeks.. :)


Alhamdulillah, now baby Sarah dan sebulan kat dunia. Rasa rindu nak cium bau baby, nak gomol baby now dah terubat dengan kehadiran baby Sarah.

So, for those yang still trying hard to conceive, please believe that Allah is the best planner. Sekuat mana pun kehendak kita, jangan kita lupa yang Allah tu yang pemberi nikmat yang teragung, berbaik sangka dengan Allah, even kita dah plan baik-baik pun, tapi kena ingat yang Allah yang sebaik perancang. Please don't give up hope, give it your best and never stop praying and trying.


Sunday, February 18, 2018

First post in 2018

Assalamualaikum,

Finally, aku biarkan blog aku bersawang sekali lagi.. *duhh*

Now dah almost 1 year tak ber update, since I-phone rosak sebab jatuh (baru 8 bulan pakai..*sobs*) lepas tu semua gambar-gambar dalam phone tu hilang…

……….

Gambar.. memory..almost 1 year… hilang macam tu aje…huks..

So now, dah malas nak beli phone mahal-mahal (since dulu lagi husband yang hadiahkan phone..hiks), beli yg murah, memory besar, every week buat back-up..


*Nyesal tak sudah punya pasal*


Banyak lagi nak update pasal life aku ni. Banyak dah ketinggalan. Gambar yang hilang dalam phone antaranya balik kampong mak kat Padang (for the first time), pergi holiday ke Langkawi dengan mak, adik-adik dan abang, dan macam-macam lagi aktiviti hujung minggu.

Since long-term memory aku ni memang dah tahap kritikal, so payah nak recall semua. Sebab tu wujudnya blog ni, tapi sebab kekangan masa, lama ditinggalkan bersawang.

Oh.. aku start busy dan tinggalkan kejap blog ni since kena tukar department. Dari logistics masuk ke parts. Lepas masuk parts kerja menimbun takde penyudah. Paling lewat balik pukul 9 pm sebab siapkan report. Nak nangis sebab life changes almost 360 degree.

Dulu kat department logistics, sharp balik 5.30pm. Bos pun galakkan balik awal plus bos hensem. Now, nak balik pukul 6 pm pun payah. Lagi-lagi dapat bos yang berkira dengan working hours. Masuk awal, balik lewat. Masuk lewat, lagilah kena balik lewat. haihh

Lagi… Oh nak cerita pasal my 2nd pregnancy pulak.

Alhamdulillah.. Yay! I’m pregnant! After 1 ½ tahun berusaha untuk second baby. For this time experience, memang berlainan sangat dengan first pregnancy. Kena buat story baru 1 bab nak cerita everything… muahaha..

So now aku close dengan 1 wallpaper yang cantik ni..



First update for 2018.

Oh new year resolution.. ada-ada.. memang lain dari yang sebelum ni.
Nanti cerita lagi.. J



Wassalam.

Monday, April 10, 2017

Resipi Kuih Keria Gula Melaka-cara saya!

Assalamualaikum,

Tengah duduk-duduk petang ahad ni sambil melayan si kecil Ammar tetiba rasa macam nak makan kudap-kudapan. Dah tu baru lepas hujan lebat makin lapar pulak perut kan. Tetiba terfikir nak buat kudapan untuk suami dan anak.

Dalam kepala ni terfikir pulak kuih keria gula Melaka. Last time pernah beli kat kedai yang famous kat Melaka tu. Tak puas pulak makan sebab limit 10 ketul je. Dia punya gebu dan rasa manis-manis keledek tu rasa terkecur pulak air liur ni bila terbayang dalam kepala. Apa lagi aku terus sarung tudung pergi kedai runcit depan rumah kot-kot ada jual keledek kan dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk buat kuih keria.

So lepas settle beli barang google pulak cara-cara nak buat kuih keria gula Melaka ni. Bila baca resipi dia ya ampunn senang banget!. So yang ni kuih keria versi aku sendiri. Home made tau. Husband pun suka.

Bahan-bahan yang simple mimple:

- Ubi keledek

- Tepung gandum

- Gula

- Gula Melaka dihiris

Cara-cara:

Buang kulit ubi keledek kemudian dibasuh dan direbus. Takkan nak makan dengan kulit-kulit dia sekali ye dak. Lepas dalam 15 minit macam tu, keledek yang direbus pun dah empuk so boleh lah matikan api.

Lenyek-lenyekkan ubi keledek rebus tadi sampai lunyai. Aku lenyek pakai belakang cawan je. Ikut suka la nak pakai apa asalkan keledek tadi tu lenyek takde ketul-ketul. Kalau ada ketul-ketul tak sedap pulak nanti bila di goreng.



Kemudian, lepas ubi keledek dilenyek,campurkan pulak dalam 3 cawan tepung gandum. Sukatan dia tu aku ikut berapa banyak keledek ko rebus tadi. Agak-agak jela sampai kau boleh uli menjadi doh takde lekat-lekat kat tangan. 




Lepas tu, boleh la adun cantik-cantik macam kuih keria tu. Yang ni aku belasah jela ada yang besar ada yang kecik ada yang sedang. Sukahati mak jemah je.. hehe..

Settle dah adunan kuih keria, bolehla digoreng dalam kuali. Kalau nak lagi best goreng kaedah deep fry. Tapi kalau rasa nak jimat minyak sebab minyak masak kan dah naik harga, hang pandai-pandai la nak adjust minyak nak menggoreng tu. Ala tu pun kena bagitahu ke..huhu..

Kemain 'comey' lagi kuih keria aku buat. nampak sangat tangan tak bedung.. ;)



Siap dah menggoreng, Nampak cantik kuning-kuning garing tu kan, rasa geram je tengok dah telan 2-3 bijik masuk perut. Sape suruh sedap sangat. Eh.


Lepas dah siap goreng


Ok. Next process bahan menyira pulak.

Ambil kuali letak atas dapur lepas tu masukkan gula Melaka, gula putih dan air masak. Pandai-pandai la nak adjust macam mana ke tiga-tiga bahan tadi. Asalkan tak terlalu pekat.then, bukak api . api pun jangan kuat sangat takut hangus pulak.then kacau sampai larut.



Lepas gula dah larut boleh lah satukan kuih keria tadi dengan gula Melaka dalam kuali tu dan kacau sampai semua kuih keria tadi disaluti dengan gula Melaka tu. kang kalau tak sekata buruk pulak kan.. haa. Even nak masuk perut anak beranak je.. presentation tu penting. Hehe..



Lepas dah gaul sekata, baru tutup api. Settled! 

Boleh lah masuk dalam perut cepat-cepat. Makan tengah-tengah panas memang marvellous weh!





Monday, March 6, 2017

Petrosains, KLCC

Assalamualaikum,

Kali ni nak story pasal trip kami ke Petrosains. Cerita ni cerita masa raya Cina haritu. Kemain lama lagi kan baru nak post. Bhehe

Last year masa raya Cina kami balik kampong husband kat Kedah. Dia punya jem kalah jem time Hari Raya Eve. So tahun ni dah serik dah tamau 9 jam dalam kereta letih so this year just ronda-ronda KL kami plan ke KLCC.

On the way atas jalan memang superb clear jalan macam jalan tu kami yang punya muahaha.. sampai je KLCC perghh jemm kepala! Sesak sendat gila!

Jangan tertipu dengan suasana yang aman di KL..



Since macam dah tak boleh move on dengan kesesakan dalam KLCC tu dengan ramai ‘foreigner’ ber selfie, wefie dan melepak-lepak tepi-tepi tasik, kami pun lari ke Petrosains. Kononnya.

Tapi sama ja sesak dia. duhh~

Tu pun sebab nak layankan si kecil Ammar. Lagi pun dah lama tak datang sini. Husband lagi lah tak pernah sampai sini langsung.

Visiting hours and ticket entrance boleh tengok kat sini:


Visiting Hours

DaysHours
MondayCLOSED (except on Public Holidays and School Holidays)
Tuesday – Friday9:30am – 5:30pm (Last Admission: 4:00pm)
Saturday, Sunday & Public Holiday9:30am – 6:30pm (Last Admission: 5:00pm)


Price

Admission RatesWith MyKadNon-MyKad
Senior Citizen (61 years & above)RM 10.00RM 15.00
Adult (13 – 60 years)RM 20.00RM 30.00
Child (3 – 12 years)RM 8.00RM 18.00
Child (2 years & below)Free Admission



Memang teruja habis lah kami bila masuk je dalam petrosains tu. Mak ayah dah teruja apetah lagi si Ammar.


2 orang budak yang tak sabar
Budak kecil cuba menyelesaikan teka-tekii pitagoras






Yang ni dah masuk oil platform.. boleh bayang kan macam dalam cerita deepwater Horizon..














Total masa dihabiskan kat sini lebih kurang 1 jam 1/2. Memang enjoy habis! Tu pun skip banyak tempat sebab tak larat nak kejar si Ammar yang berlari ke sana. Tenaga budak kecik ni memang lain macam weh!

Ok done!


Monday, January 30, 2017

Don Hu Jurassic Park - Muar

Assalamualaikum,

My first post in 2017.

Bertambah lagi tahun bermakna bertambahlah lagi umur. Tapi orang kata age is just a number. Maturity has to do with experiences your gain along your way, not by how many birthday parties you have celebrated. 

3-series ok.. 3-series..

Okehh!

Last 2 weeks, aku balik kampong suami kat Segamat lepas tu plan untuk ke Don Hu Jurassic park kat Muar. Kawan yang recommend tempat ni. Since Ammar memang peminat tegar dinasour so kami pun bawak lah dia ke sana untuk melihat sendiri patung dinasour saiz ‘real’.

Budak kecik ni memang suka buat duckface
Berjalan kat bandar Muar, nampak orang tengah lukis mural kat dinding


Tapi sambil-sambil tu berjalan-jalan la kat area Muar ni. Dah sampai kat Muar ni tak sah la pulak kalau tak singgah makan Mee Bandung Muar yang famous amos tu. Ada satu kedai ni memang famous dengan mee bandung dia nama dia Warung sup kambing terletak di batu 3 parit bunga. 

Even though nama warung dia takde kena mengena dengan mee bandung, tapi mee bandung dia memang terbaik dari ladang. Try la memang sedap!

Full house.. even kami pun tunggu turn meja kosong..

Sambil menunggu makanan sampai..

Macam gini haa... terliuq baq hang!


Lepas perut kenyang buurrpp Alhamdulillah, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Don Hu Jurassic park. Kalau yang bukan orang Muar nak pergi sini, boleh cari landmark dia jambatan Sultan Ismail Muar. Lepas cross jambatan tu dah dekat dah dengan taman dinasour ni. haa. Kalau jenis yang takde sense of direction macam aku ni, korang waze jelah senang. Hehe..


Sampai je dah nampak dinasour kepala tinggi tu dari jauh terus macam “whoa…” macam real patung dia siap dengan Ammar terlopong tengok dinasour depan mata dia. 

Taman ni dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad saja dari pukul 8 pagi ke 8 malam dan kemasukan adalah free. Aha.. benda yang free ni memang semua orang suka termasuk kami ni.

Nampak tak punya tak sabar budak ni...

Masuk free... di ulang free...!


Sedikit info pasal taman ni. Actually asalnya taman ni adalah Nursery pokok semaian. Since owner dia memang minat gila dengan dinasour, dia sanggup tempah patung dinasour ni dari China dengan harga lebih 10k to 30k untuk seekor dinasour just untuk menghiasi kebun perusahaan dia dengan patung-patung ni. No wonder la kalau tengok kawasan dia memang ada banyak pokok-pokok hiasan disekeliling taman ni.

Boleh dikatakan ada lebih 12 ekor dinasour dipamerkan kat sini. Yang menariknya ‘haiwan’ kat sini boleh bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi. Macam kat zoo dinasour lah. Ammar memang teruja habis bila dapat jumpa haiwan favourite dia. mata tak berkedip-kedip.

Pandang muke teruja..
Muka happy je...








Selain tu kat sini pun ada jual surveniour untuk dibawa pulang macam patung dinasour, baju, beg dll. Aku pun sempatlah rempat 2 ekor dinasour untuk si Ammar bawak balik. Kalau 2 3 anak kau kopaklah jawabnya.







Settled trip ke taman dinasour. Pengunjung pun so far tak ramai lagi. Rata-rata parents yang datang semua yang ada anak minat dinasour. Siap ada budak yang terjerit-jerit happy tengok dinasour depan mata diorang. Such a nice visit. One of attraction kat Muar. Boleh datang lagi InsyaAllah.





Anak Masuk Darjah 1