Monday, April 22, 2019

Sarah Anisa Turn 1

Bismillah, 

Alhamdulillah, Sarah Anisa dah masuk umur setahun. OMG.. cepatnya! Lepas ni dah pandai melepak dengan kawan-kawan, buat decision sendiri, study abroad (oh berangan), ada boifren, dah jumpa jodoh, kahwin pulak.. OMG, OMG…! 

Ya Allah.. verangan jauh sangat ni. Better not fikir dulu the future kalau tak rasa macam pantas je masa berjalan. Sekarang ni focus kat Si Sarah yang now tengah fasa separation anxiety. Dia punya clingy tu dah tahap baru nak bangun berdiri pun dah start berguling-guling. So kena duduk dekat-dekat je dengan dia or angkut sekali dia ke mana-mana hatta nak pergi toilet melepaskan hajat. 

Memang si Sarah ni harus melekat 24 jam. Even though nak tido pun dia akan baring atas badan kita. Kita duduk nak tengok tv pun dok panjat atas badan kita. Clingy ya amat. Rasa geram dia tu bukan geram macam nak pukul-pukul tu, tapi geram yang nak squeeze je muka dia sampai penyek-penyek, pastu kena kiss bertubi-tubi rasa geram dia tu. hihi.. by imagine it pun rasa geram la eh nak kiss muka innocent dia tu.


Alhamdulillah, Sarah dah pandai berjalan masa genap umur dia 11 bulan. Sama macam abang dia. Si Sarah ni eventhough dia clingy tapi buas mengalahkan abang dia. Dia suka panjat grill pintu, panjat tangga sampai tingkat atas, dan lebih berani meneroka. Dari baby memang kalau nak sesuatu suka menangis dulu, pantang kalau orang tegur, memang dok berguling lah dia. 

Time jaga Sarah memang sangat challenging. Masa baby ada phase cholic yang lama dan sangat memenatkan. Masa ada Sarah ni la aku pulak dalam fasa malas nak mengemas rumah dan rasa nak duduk rehat je. Semua kerja rumah rasa berat sangat nak buat. Kadang biar je rumah bersepah tapi nanti diri sendiri yang stress nampak rumah macam tongkang pecah.haha!

Abang Ammar baru lepas dapat jumpa adik Sarah

Abang yang penyayang
Now dah getting better. Since Sarah dah pandai jalan so kena makin cekap nak bersihkan rumah. Sebab Sarah jenis pengutip dan masuk dalam mulut. Banyak kali dah hampir tercekik tapi selalunya aku akan dapat detect awal dan cecepat keluarkan benda dalam mulut dia. Compared to Ammar yang jenis pengutip jugak tapi tak suka masuk dalam mulut dia. Pembersih barangkali.

Amoy mamak ibu

Sarah banyak kali demam dalam masa setahun ni. Boleh kata every month jumpa doctor ambil ubat. Tapi Alhamdulillah takde serious sangat compared dengan Ammar yang 2 kali warded sebab demam & pneumonia. Tapi bab makan ubat MasyaAllah payah sungguh. Si Sarah memang tak suka langsung makan ubat. Senang cerita apa jenis ubat yang masuk dalam mulut dia habis dia muntahkan balik. Dan tiap kali tu jugakllah kena mengemop rumah sebab selalunya muntah Sarah ni bukan sikit tapi selambak.

Sunat pun dah settled masa umur dia 6 bulan. Orang kata kalau baby girl nak sunatkan senang awal-awal masa baby before umur setahun. Aku sunatkan Sarah kat klinik keluarga Nora sebab doktor dia perempuan. Masa jumpa doktor tu pun Sarah behave je. Elok je kangkang kaki dia tak bergerak sebab dok ralit tengok doktor agah-agah dia. Procedure sunat pun sekejap je few second dan tak menyakitkan. Sarah pun tak nangis siap senyum happy lagi. Doktor kata just lukakan sikit area klitoris tu untuk matikan saraf kat bahagian tu. Doktor kata sunatkan bayi perempuan ni perlu untuk kontrol nafsu seksual wanita amnya selain kebersihan.

Muka happy lepas sunat
Alhamdulillah now even Sarah clingy gila, tapi aku suka. Since ada Sarah aku memang tak berhenti dari nak kiss dia. Kiss yang merimaskan itu. Yang sampai buat budak nangis. Haha! Jenis mak yang eeehh geramnya ini budak nak squeeze badan dia masuk dalam perut balik..ok tipu.. haha!



Celebrate birthday Sarah & Opah (nenek blah ayah)


Tapi tak sporting.. nangis manjang.. haihh

Muka ok lepas dukung

Abang adik bonding!



HAPPY 1 YEAR OLD BABY GIRL!

Thursday, February 7, 2019

Throwback: Karnival Upin & Ipin 2017

Bismillah,


Kali ni nak throwback some of the most fruitful activities in year 2017 iaitu Karnival Upin & Ipin.

Masa ni Ammar baru nak masuk umur 3 tahun dan sememangnya upin ipin ni antara favourite kartun anak aku. Episod yang paling dia favourite of course la yang ada ultraman ribut. Disebabkan Ammar ni memang big fans of ultraman, so kami decide untuk hadiahkan 3rd year birthday gift dia untuk berjumpa face-to-face dengan ultraman ribut. Memang kemain happy lah dia bila kami dah promise macam tu kan.

Karnival Upin & Ipin ni bermula 24-26 November iaitu week after birthday si Ammar dan dibuat di Maeps Serdang. Kami gerak pagi dalam pukul 9 pagi sebab tak nak missed setiap activities yang dijalankan kat sana.

Sampai je kat sana Alhamdulillah, parking senang , even jauh sikit, then untuk pergi ke carnival tu kami kena naik tram beramai-ramai.  Sampai je carnival, masyaAllah punya ramai orang beratur untuk dapatkan tiket. Masa ni memang tak terpikir pun nak beli tiket awal eventhough before event lagi dah boleh beli siap-siap kalau taknak beratur panjang. Tapi kami ni memang suka nak memeriahkan dan meramaikan jemaah queue tu just for the ticket. Lol!

Jauh lagi nak sampai depan tuu oi..husband sampai takleh buka mata sebab panas angat

Ammar nak posing gaya ultraman tapi despair sebab kena beratur pjg beli tiket


Anyway, tetiber aku macam ada good idea kan. Disebabkan masa tu aku tengah pregnantkan si Sarah 6 bulan, so aku fikir mesti ada quick access untuk pregnant mom macam aku ni untuk dapatkan tiket senang. So sambil husband queue ditengah panas rasa macam takde penghujung tu, aku try meredah dan menyelit untuk ke kat kaunter tiket yang paling depan, dengan berbekalkan perut yang tak berapa nak memboyot tu aku try luck dengan bertanya kat akak kaunter tu kot-kot boleh dapatkan tiket. Dengan tak disangkakan I was on the right place!

“ oo ha kak.. akak pregnant ni.. meh boleh beli ticket kat sini..”

Masa tu rasa macam I am the happiest person on earth! Daripada beratur berjam-jam dengan cuaca panas litlit tu, finally kami dapatkan tiket dengan tak sampai 30 minit. Tak sempat bermandi peluh pun. Hehe. Lepas dapat tiket terus call husband suruh datang depan kaunter.

Kami decide untuk ambil tiket VIP berharga RM100/head sebabnya dapat full access untuk meet & greet dengan ultraman ribut, then dapat special seat masa upin ipin buat performance. Tak payah berhimpit dengan orang ramai. Selain tu dapat cenderahati iaitu set tabung upin & ipin, kipas dan note book. Kami juga diberi jadual carnival serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari berturut ni.

Ni ha tag VIP kami...
Lepas habis beli tiket, first kami masuk ke dewan A. Kat dewan ni ada macam-macam  aktiviti yang best-best dekat setiap set dalam cerita upin & ipin tu contohnya alam dino, dapat masuk rumah opah upin & ipin, tadika mesra dan replica ultraman ribut. Selain tu ada jugak set robotic dan drawing macam mana animasi upin & ipin dibuat.

** Sorry for the blur photos.. samaada camera problem or dewan tu memang gelap..haih

kat alam dino


Depan rumah opah



TV yang opah suka tengok


Ultraman ribut

Ada mural besar untuk budak mewarna
Tadika mesra
Main dengan kawan-kawan
Kat area puteri apetah nama dia

Lepas tawaf satu dewan, terus nampak ultraman ribut tengah berarak untuk sesi meet & greet dengan peminat cilik with segerombolan fans mengikut belakang dia.Yang dapat bergambar dengan ultraman ribut cuma yang ada tiket VIP je. Yang paling best ultraman ribut tu dengan PA (kot..) dia menuju ke tempat kami berdiri. Memang bernasib baik sungguh kami kali ni sebab dapat terus jumpa ultraman ribut tanpa queue panjang lagi.  Tapi disebabkan ada sorang parents ni dia tak sabar agaknya, dia potong queue then duduk depan kami. So kami jadi tempat ke-2. Takpelah asalkan tak beratur lama sangat. Finally Ammar dapat bersalam dan bergambar dengan ultraman ribut. Dah boleh cross dalam buku wishlist kami dan Ammar. haha



Yay .. ultraman ribut datang!!

Time ni budak bersesak-sesak nak amek gambar. Mujur ada tiket VIP

Bergambar 1 family pulak.. tapi gambar blur.. haih

Yay.. berjaya amek gambar berdua dengan ultraman kesayangan

Lepas dah puas amek gambar. Mata tak lepas pandang ultraman ribut dia
Lepas sesi meet & greet tu, kami pun bergerak pula ke dewan C. Dewan C ada banyak booth jualan & makanan, selain aktiviti –aktiviti yang lain. Kat dewan C ni juga ada performance dari upin & ipin. Since kami ada access VIP, so kami dapat tempat duduk paling dekat dengan stage. Depan stage tu dia letak bean bag untuk parents yang ada tiket VIP ni untuk lepak-lepak, chillin’ dengan anak-anak (lolss..), tak perlu bersesak nak tengok performance. Then lepas tengok few performance dari upin & ipin kami pun bergerak keluar dewan untuk carik food pulak sebab memasing dah kelaparan. Just beli food dekat foodtruck kat luar je.


Dapat seat VIP depan stage

bean bag untuk parents lepak-lepak

Dapat jumpa upin ipin dari dekat


Lepak tunggu performance


Makan kat luar dewann.. ada banyak food truck

Lepas habis isi perut, masa tu dah dekat pukul 5, masa ni fikir dah takde activity dah nak buat ingatkan nak teros balik je. Masa otw nak balik tu, kebetulan terdengar  announcement yang katanya ada special performance dari ultraman ribut kat dewan C. kami dengan sepantas kilat berlari balik masuk ke dewan C sebab taknak missed tengok performance tu.

Nasib kami bertambah baik lagi, masa masuk dewan C memang orang dah bersesak-sesak nak tengok performance. Kami pulak terus berlari ke depan stage then just tunjuk lengan VIP kami, zupp teros dapat duduk paling depan stage. Betapa seronoknya kami masa tu sebab sempat masuk dewan ngam-ngam performance start then lagi seronok sebab dapat duduk paling depan dewan.

Yang paling mengharukan bila kami tak expect langsung yang that performance going to be the best moment for us for this year. Aku boleh bagi 10/10 stars  bila tengok performance bukan je dari ultraman ribut, tapi semua jenis ultraman yang Ammar minat semua ada sekali. Kalau nak list kan memang aku tak kenal la sekor-sekor ultraman tu tapi kalau cerita kat Ammar semua jenis dia kenal. Aku rasa rupa ultraman tu macam sama je semuanya. Entah macam mana si Ammar boleh hafal semua jenis. Obviously yang paling excited dapat tengok ultraman mestilah ayah dan Ammar. Ibu pun dah macam terjebak sekali seronok bila tengok diorang berlakon memang all out gila

Yang tak menahan nya lepas ultraman menang lawan raksasa tu, ada lagu ultraman ribut, semua budak termasuk mak ayah diorang ikut nyanyi sekali then kami semua bagi tepukan gemuruh lepas habis performance tu. Ingatkan kami je yang terhibur dengan performance tu, rupanya semua pun terhibur.

Dapat tengok ultraman live wehh! mana tak excited!

Difahamkan ultraman victory tengah fight dengan raksasa baltan.. ke ultraman orb aku pun tak ingat...

ultraman  tengah bersedih.. dia pun sedih sama

Banyak ultraman dengan raksaksa






Lepas habis tengok ultraman, kami pun pulang dengan senang hati. One of the best moment yang akan kami kenang sampai bila-bila.  


Alhamdulillah

Monday, January 14, 2019

Ammar first day of school: Dzul Iman Smart Khalifah


Bismillah,

Last year kawan-kawan ramai update kat socmed on their kids first day of school. Masa tu rasa macam “weh lambat gila aku kawen anak baru nak start merangkak kot!” Lepas tu meroyan anak cepat sangat membesar dengan hashtag #pleasedontgrowupsofast.

Tapi memang nak cakap time flies soo fast rasa macam baru je lepas tukar pampers Ammar then main agah-agah or cak-cak dengan Ammar dengan dia buat muka innocent comel!

Yeahh.. I need to accept that my baby boy Ammar dah tak baby lagi. Tapi still… and forever still my baby boy boleh manja-manja gedik dengan ibu lagi. #emotionalmomdetected

Ammar officially turn 4 masa November 2018 lepas. Then dia masuk 5 year old pre-school in January 2019. Baru masuk pre-school je tapi sebab anak ibu ni memang tak pernah dijaga orang lain selain kami dan nenek dia (mak aku mengasuh Ammar since baby) so this was his first experience meeting new people. (selain sedara-mara & jiran-jiran).

Kami akan hari-hari cerita yang school tu best, seronok, dapat belajar ABC, 123, ada singing & dancing and so on so on. So Ammar kemain excited lagi bila kitorang cerita betapa seronoknya pergi school tu so hari-hari dia akan kata "Ammar nak pergi school la ibu.." (not sure whether he knew exactly what school are doing, and if he did, he’ll regret it).

Kami memula pun tak risau sangat sebabnya si Ammar ni actually cepat mesra dengan orang dan sangat peramah. So we thought that yeah.. all will be smooth and ibu ayah tak risau.

Kami register Ammar di Dzul Iman Smart Khalifah dekat Jalan Abu Bakar, Jalan Kebun for full day. Sebelum tu ada survey beberapa tempat just untuk convenient kami nak ambil dan hantar Ammar ke sekolah nanti. Then kami pilih tadika ni sebab ada baca & dengar few good testimonies dari kawan-kawan.

Dzul Iman ni ada concept Didik Anak ikut Sunnah. Teacher pun impressed sebab anak-anak ni dapat menghafal surah al-mulk dan surah-surah lazim dengan agak cepat selain belajar solat. Cara dan gaya pembelajaran mostly terapkan konsep islam so we decided that this is the good school for Ammar.

Trail class bermula 3 hari before official kelas bermula start 9 pagi sampai 11 pagi.The trail class was smooth eventhough ada drama tangisan masa nak hantar dia on the first day. Menangis sampai gegar pintu grill. Tapi masa kami fetched Ammar elok je dia keluar dengan muka happy dia sambil nyanyi lagu. So masa tu fikir “fuhh.. lega…” Everytime hantar pun still happy and siap marah kami sebab lambat hantar dia pergi sekolah.

Aktiviti masa trail class.. story telling.. Ammar duduk yang paling depan


Then, bermulalah drama episode sendu duka lara masa first day of official school. Hari pertama sangat okay dan behave. Mood Ammar okay sangat bila teacher ambil dia kat pintu pagar. Senyum sambil lambai tangan kat kami. Kami pun went for work with happy feelings. Tak rasa risau langsung. Sampailah kami ambil petang tu baru dia start cakap “Ibu.. Ammar taknak pegi sekolah lagi..”

The worst nightmare. 

First day of school.. belanja air milo favourite Ammar
Even muka masam tapi dalam hati excited.. on the first day
The most ceria face at that time... :)
Join activities..

Bila kita dengar anak dah start tunjukkan emotion dia tu, mulalah kita rasa macam tak sedap hati. Bila tanya kenapa, dia jawab “ Ammar taknak sekolah.. sekolah tak best!” then dia taknak cerita lebih.

Selalunya Ammar akan banyak bercakap when it comes to first thing of anything he experiences tapi this time macam dia tak suka langsung sekolah. Malam tu dah start sesi pujuk memujuk tapi still muka dia rasa berat nak pergi school.

2nd day, Ayah hantar, ayah kata muka Ammar masam je masa teacher ambil kat pintu pagar. Then bila ayah nak balik Ammar dah start menangis. Puas la dok pujuk dia. budak-budak lain nangis masa first day of school tapi Ammar terbalik pulak! Ayah tak berjaya pujuk tapi terpaksa tinggalkan juga sebab kena pergi kerja. Nasib baik aku tak hantar kalau tak mau aku pun menangis sekali.

On 2nd day.. pagi2 mood ok

At school on 2nd day.. Dah start meltdown.. ayah try cool down kan still sedih.. :(
Lepas teacher pujuk.. tapi taknak join activity.. :(

The 3rd day Ammar request nak ibu hantar, eventhough malam tu menangis-nangis taknak pergi school. Tapi this time, Ammar pujuk cara halus because he knew yang ibu dia ni lagi soft-hearted so dia fikir kalau pujuk aku maybe aku akan melted then dari hantar sekolah, so kena hantar rumah nenek. But you thought wrong Ammar, eventhough ibu rasa kesian sangat kat Ammar tapi we both have to do this sebab nak bagi Ammar pandai. So off aku pergi kerja lepas drop Ammar walaupun masa tu dia menangis teresak-esak.

Then on weekend, kami discuss macam mana nak lembutkan hati Ammar untuk ke sekolah. So far kami tak marah still berlembut bila Ammar kata tak nak sekolah. Aku pun banyak doa supaya Allah tanamkan rasa seronok dan suka Ammar untuk ke sekolah. Then kali ni ayah agak bertegas dan taknak kalah dengan pujuk rayu si Ammar (it was soo hard though)

The new week came. Lepas Ammar kena brainwashed dengan kami malam tu, then Ammar dah start tak menangis kat sekolah. I don’t know how ayah pujuk until hati dia lembut or actually my prayer has been heard, the next few days pun dah tak menangis. I was felt soo blessed and relieved at the same time. Terasa yang the first week of school maybe Ammar rasa terasing sangat. With new people, new friends yang dia langsung tak kenal then kena duduk sana the whole day.

Dah happy balik & join activities.. Relieved!

Muka ketat.. macam abang-abang sangat..

 . Alhamdulillah, Ammar dah start nak adapt with the new environment. Terflashback pula masa aku first masuk boarding school form 4, 2nd day homesicked menangis call emak.. haha.. Ammar soo like me.

Alhamdulillah for the first month, Ammar dah start suka nak ke sekolah. Kami pun dah tak pening kepala masa nak hantar ammar ke sekolah. Hopefully Allah mudahkan lagi Ammar nak belajar dan insyaAllah jadi anak yang soleh.

Amin.





Wednesday, January 9, 2019

2019 Resolution: Lose weight!


Bismillah & Assalamualaikum,

Alhamdulillah, another year has come. Yeah.. I’m ready for next adventures and obstacles coming ahead and hopefully I’m able to overcome it and handle it very well now. And also hoping too this year will be fun, enjoyable, memorable and all other things  that make life worth living. InsyaAllah.

Have you set your new resolution yet for this year? I have mine. So tahun ni aku berazam untuk turunkan berat badan.. haha! kind of cliché tapi memang sungguh-sungguh berazam tahun ni untuk fulfil my resolution.

Previous year punya resolution macam mostly takde target or goal dan tak mencabar or just copy paste orang lain punya resolution. As if takde own identity. Haha. but now.. macam nak refresh balik diri, dan harapannya istiqomah lah untuk turunkan berat badan.

Zaman budak universiti.. cekeding!

Happy mommy monster..


Reasons for my resolution? Last time beli baju or seluar mostly size M. So masa shopping  aku jarang fitting sebab malas nak tukar-tukar baju dalam bilik fitting dan leceh. So just ambil size yang ‘selalu’ pakai tu, agak-agak je muat then bayar.

Sebulan baju & seluar tersadai kat bilik, bila nak pakai sekali tak muat! Ketat! Oh mai.. husband aku dah tergelak-gelak tengok aku struggle nak pakai seluar sebab nak muatkan peha drumstick aku ni yang semakin melebar masuk dalam seluar. Then, come to fit baju….oooh maii gahh.. ketat sana ketat sini. Rasa nak nangis je!

Sebelum ni aku memang takde masalah langsung dengan berat badan aku. Kiranya don’t care much at all pasal berat ni. sebabnya masa aku muda belia dulu (time kat U), aku memang jenis yang makan banyak mana pun still boleh maintain berat badan. Cekeding. Dulu siap nak try minum susu weight gain tu sebab kurus sangat. Berat masa tu lebih kurang range 40-42 kg jaranglah naik.

Semua jenis food aku bedal je sebab aku tau berat aku takkan naik. Until one day aku kahwin. Semuanya berubah.. hahah!

First baby je aku dah naik another 10kg. then melekat tak nak turun langsung. Lepas Sarah lagi lah. Now range berat badan aku lebih kurang 60-63 kg. Rasa macam tak percaya aku berjaya menternak lemak dengan jayanya sepanjang jadi ibu.. huhuhu..

So now, memang dah nekad kaw-kaw, I’m going to lose some weight sebab husband suka gelak pasal double chin aku then kata muka aku dah macam piring astro. *nangis*

Now dah this month dah start puasa ganti/sunat. Rasa macam boleh handle lagi ni so dah boleh Nampak future macam mana. Haha..

Here some tips for those yang nak lose weight macam aku (ehsan google).

1. Eat a high-protein breakfast. Eating a high-protein breakfast has been shown to reduce cravings and calorie intake throughout the day

2. Avoid sugary drinks and fruit juice. These are the most fattening things you can put into your body, and avoiding them can help you lose weight

3. Drink water a half hour before meals. One study showed that drinking water a half hour before meals increased weight loss by 44% over 3 months

4. Choose weight loss-friendly foods (see list). Certain foods are very useful for losing fat.

5. Eat soluble fiber. Studies show that soluble fibers may reduce fat, especially in the belly area. Fiber supplements like glucomannan can also help.

6. Drink coffee or tea. If you're a coffee or tea drinker, then drink as much as you want as the caffeine can in them boost your metabolism by 3–11%

7. Eat mostly whole, unprocessed foods. Base most of your diet on whole foods. They are healthier, more filling and much less likely to cause overeating.

8. Eat your food slowly. Fast eaters gain more weight over time. Eating slowly makes you feel more full and boosts weight-reducing hormones.

9. Weigh yourself every day. Studies show that people who weigh themselves every day are much more likely to lose weight and keep it off for a long time.

10. Get a good night's sleep, every night. Poor sleep is one of the strongest risk factors for weight gain, so taking care of your sleep is important

Yang penting istiqomah!

InsyaAllah..

That’s all for this year first post. Next post coming up soon!


Anak Masuk Darjah 1