Wednesday, March 11, 2015

Anak demam- tips kurangkan selsema & demam

Bismillah,

Ammar Zafran now turns 3 month old..yeayyy! Alhamdulillah syukur, Ammar sangat senang di jaga masa baby ni. Tak banyak kerenah, tak banyak ragam. Most of the time dia akan tidoq, tak pun main sorang-sorang. Bila keluar berjalan or jumpa sedara-mara mesti dorang cakap Ammar budak baik sebab jarang tengok dia meragam. Alhamdulillah! For now la.. hehe..

Last time aku demam & selsema. Now dah berjangkit pulak kat si kecik Ammar. Yela, asal dekat je mesti nak gomol-gomol budak kecik tu. Mana boleh tahan tengok budak kecik tu tersengih-sengih asal di agah. Kesian pulak tengok Ammar sokseksoksek hingus keluar kat hidung. Ada one time tu Ammar meragam je sebab tak selesa. Sangat kesian kalau baby kita tak sehat. Yela, kita tak boleh simply bagi ubat demam or ubat selsema kat baby. Organ dalaman baby masih tak matang lagi so sangat-sangat tak digalakkan baby diberi ubat demam.

So, aku pun bawak Ammar pegi klinik untuk consult dengan doctor. Doctor kata untuk baby memang tak digalakkan bagi ubat. Kalau nak bagi pun kena bagi dos yang kecik. Cuma nak kurangkan selsema dia so doctor bagi Ammar nebulizer.

Redha jela Ammar kena neb.
Masa Ammar demam, memang risau yang amat. Yela, baru 3 bulan kan. Time tu suhu badan dia 37.6 degree. So, beside consult dengan doctor, kita pun boleh je pakai petua orang dulu-dulu. what I do,  untuk baby demam just lap je badan baby dengan kain basah. Kalau dah kering, ulang lagi sekali. Cara ni untuk pastikan badan baby kita sentiasa sejuk. Lepas tu boleh jugak tuam kepala baby dengan kain basah. 

Untuk baby yang selsema pulak, mak aku kata letak kunyit kat batang hidung dia.

Cara dia:
  •  Kunyit dalam 1 inci dibuang kulit.
  • Lepas tu hiris kunyit tu kat belakang lesung batu just untuk dapatkan air kunyit tu.
  • Then, sapu kat area dahi & batang hidung baby. letak sikit je

Nampak tak kaler kuning segaris tu?

So far, aku just letak kunyit je kat batang hidung Ammar. Kalau pegi klinik pun doctor suruh pakai neb. Kesian pulak tengok. Selsema dia pun dah makin kurang. Cuma kadang-kadang je dia meragam sebab hidung tak selesa. Tapi if demam baby takde tanda-tanda nak baik, better jumpa doctor semula. in case anything happen kan.

Ok setakat ni je. 

Assalamualaikum.


Tuesday, March 10, 2015

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Ammar Zafran

Bismillah,

Alhamdulillah , syukur sangat dah selesai untuk majlis Aqiqah & cukur jambul si Ammar Zafran. Majlis berlangsung pada 08 March 2015 (Ahad)di rumah mak mertua kat Segamat. Al-maklumlah, cucu pertama mereka. Mesti family mertua agak excited sikit.

Majlis ni semua unplanned & last minute punya decision. Supposed Aqiqah Ammar nak buat sekali dengan majlis tunang adik ipar. Tapi disebabkan adik ipar pun tak sure bila nak buat majlis dia, so kitorang pun buat dulu majlis aqiqah untuk ammar since Ammar pun dah masok 3 bulan.

Preparations untuk kenduri semua mak mertua yang sediakan dari segi arrangement untuk menu masakan, pasang khemah, Marhaban, doorgift dan jemputan. Doorgift yang balance masa kami kawen pun belambak lagi. So pakai jela yang dah sedia ada. Kami pulak cuma sediakan duit kambing aqiqah Ammar & tambahan untuk doorgift. Bajet jemputan dalam 150 orang. Yang lain-lain semua family mertua support. Untunglaa..

Jumaat malam baru kami bergerak balik ke Segamat. The next day (Sabtu) baru start buat preparation. Tugas aku untuk sediakan doorgift lepas tu tampal tag majlis aqiqah Ammar. Tu pun buat sendiri aci taram je.. hewhew.

Sticker buat sendiri & tasbih sebagai doorgift

Tengah-tengah dok prepare barang goodies, tetibe mak mertua aku bagi idea untuk buat buaian berendoi. Bab deco-deco semua serah kat aku. Since, aku pun minat bab-bab cenggini, so dengan senang hati aku terima job tersebut. Hoh!

Buaian berendoi Ammar. Simple!

Majlis start pukul 10 pagi. Kalau kat kampong sure mesti on-time punya. Ammar pulak pukul 9.30 pagi baru terhegeh-hegeh nak bangun. Nak kejutkan awal kesian pulak lena tido. Pukul 9.45 pagi group marhaban dan sampai. Aku pulak terkocoh-kocoh nak siapkan si Ammar. Baju si Ammar pun tak decide nak pakai yang mana satu. Baju Ammar Mak Long yang jahitkan sendiri. Satu baju melayu & satu jubah. Bila try fitting baju melayu, Nampak besar sangat kat Ammar. So decide untuk pakaikan jubah je.

Baju ni size budak setaon..hehe
alolorhh tomey..


Sepanjang majlis berlangsung, Alhamdulillah Ammar tak meragam pun. Masa group marhaban berzanji pun si kecik Ammar tido. Masa aku dukung dia untuk cukur rambut pun takde masalah. Dok senyap tapi mata pandang-pandang sekeliling. Disebabkan group marhaban ramai memenuhi ruang tamu rumah mak mertua aku, so buaian berendoi tu jadi display je dok tengah-tengah ruang tamu. Hehe.

Lepas habis majlis, so time to next project. Botakkan kepala Ammar. Disebabkan masing-masing takot & tak pandai nak cukur kepala Ammar termasoklah daddy Ammar, so si ibulah yang terpaksa botakkan kepala Ammar. Time tu pulak Ammar tengah lena tido, time tu la masa sesuai nak cukur rambut. Lepas half way cukur rambut Ammar, daddy Ammar pun join cukur sekali since dia tengok takla susah sangat pun kan.

si botak Ammar & muka selekeh aku lepas abes kenduri


Ok. Perasan tak entry ni tak banyak gambar? Yup. Itu yang paling aku terkilan sekali sebab tak dapat nak share the moment with everyone. Yela, orang yang paling rajin ambil gambar of course la aku. Tapi disebabkan aku sibuk dengan si Ammar, banyak momen-momen yang  terlepas untuk dibuat kenangan. Orang yang ditugaskan untuk ambil gambar pulak cuma amek muka Ammar je. Cuma lengan sado aku ngan belakang badan je masuk dalam gambar. Ohhh sedihh..


Ok. nak merajuk kejap! Bye.




Anak Masuk Darjah 1