Assalamualaikum,
Last Saturday, me and hubs planned untuk memeriahkan lagi sambutan pre-hari raya bertempat di SOGO. Ya ampun, ‘meriah’ okayyy. Nampak tak apostrophe kat situ? Kalau boleh nak bold sekali. Font 14 biar jelas. He he he.
Kenapa pilih SOGO? Aku pun tak sure. Yang penting aku tak galakkan last minute cari persiapan raya kat SOGO. Even aku suka suka suka.hoh. Tempat lain ada banyak lagi. But well, aku kan jenis extreme tak makan saman punya orang, aku pun rasa macam eager nak join umat manusia ni beramai-ramai memeriahkan suasana pre-hari raya kat SOGO. Baru thrill wehh.. Lagi sekali bagitahu. ‘Meriah’ okaayy. Herot berot kan sikit bibir masa sebut 'okaayyyyy'.
First plan, nak gerak pagi-pagi buta bajet dalam pukul 7 pagi tayar dah golek (hah kau exaggerate gile). Plan nye lah kan. Tapi for sure laki aku yang menang dalam planning sebab dok membuta lagi kat bilik. So, plan hancus, kitorang bergerak after Zohor lah. Sedang-sedang mengelamun berdua dalam kereta ditemani si budak kecik Ammar yang tak habis-habis melompat atas riba aku, tetiba hubs tanya kat aku “Apsal kita nak pegi SOGO eh eh?” dan tak semena-mena aku pun terpikir benda yang sama. Ape motif kitorang pergi SOGO? Padehal banyak lagi tempat boleh shopping yang dekat dan tak sesak macam Jusco ke, Tesco, Giant, etc. etc. Lepas tu aku pun sambut “Saje. Nak memeriahkan suasana..kohkohkoh” Time tu jugak tetiba kedengaran info trafik kat Mix.fm 94.5 yang mengatakan “heavy traffic at SOGO.. blab la bla…” Aku dan hubs pun pandang sesame sendiri. As expected.
Lepas fikir punya fikir nak elak jem yang kekononnya congested tu, hubs pun bagi idea bernas. Let us ride LRT will ya? Senang tak payah cari parking, tak payah layan jem yang confirm-confirm menggila. So aku pun setuju tanpa banyak soal.
Stesen LRT yang terdekat kitorang pergi ialah LRT Bandar Tasik Selatan. Sangat mudah Kalau nak ke SOGO, dari sini beli tiket ke Stesen Bandaraya dan ada lebih kurang 6 stesen before sampai ke Bandaraya. Stesen dia betul-betul depan SOGO. Kena menapak sikitlah dari stesen nak cross jambatan teros ke aras 2 SOGO. Since ni first time bawak Ammar naik public transport, siap dengan stroller lagi, so perasaan tu agak bercampur baur sikit sebab takut dia mengamuk ke kan. Nasib lah dalam train masa tu tak ramai orang. Even kena berdiri, Ammar kitorang letak dalam stroller. Ammar just duduk rilex je dalam stroller dia sambil pandang-pandang keliling. Good boy!
 |
Menunggu ketibaan LRT |
 |
Chill la ibu.. Ammar okayy.. eh tu sapa pandang-pandang Ammar macam nk colek je bu? |
Dari stesen Bandar Tasik Selatan ke Bandaraya took us about 20 minutes. Tak jauh dan tak sesak. Sangat bahagia. Setibanya di stesen Bandaraya, mak datok lautan manusia! Haha. So lupakan apa aku cakap tadi. Bahagia yang sementara..ppfffhh.
Alhamdulillah, even bersesak-sesak sikit sepanjang perjalanan nak ke SOGO, akhirnya kitorang dapat masuk ke dalam SOGO dengan jayanya. Bak kata orang, bersesak-sesak dahulu, bershopping-shopping kemudian.
Kitorang sampai SOGO lebih kurang 5pm. Shopping lebih kurang 2 jam. Carik apa yang patut sahaja. Apa yang patut ko cakap. Bila dah ada offer sana sini, confirmlah kelaut semua tu. Laki aku pun terbabit sama. Apa yang kitorang sempat shopping kan mostly macam barang aku je. Hua hua. Suami kata baju dia dah berlambak so tak tahu nak beli apa dah. Bagi peluang si isteri nak shopping pulak. Apa yang aku beli macam kasut, perfume, baju long sleeve dan beg. Pulang dengan perasaan gumbira. Miahaha.
Yang kitorang tak sempat nak beli adelah pakaian Ammar. Nampak sangat mak dia selfish kental tak beli baju untuk anak. Ok jap jangan negative sangat. Actually tak jumpa pun baju baby yang cantik kat sana. Aku plan nak shopping baju Ammar kat tempat lain. Ibumu ini ibu mithali ok. Gegege.
 |
Wahai cermin sakti... ibu saya lupa nak belikan baju untuk saya. Apakah perlu saya memberontak sekarang?** Amused dengan kecomelan diri sendiri |
Abes shopping je time tu dah dekat nak berbuka. Kitorang hanya sempat beli air minuman dan kebab sahaja. Hanya sekadar alas perut. At this time, nak pegi makan kat mana-mana tempat confirm-confirm penuh. Yang bestnya, kat SOGO ada disediakan tikar di sepanjang kaki-kaki jalan untuk kemudahan pengunjung berbuka puasa. Maka ramailah umat manusia bersama-sama memeriahkan suasana berbuka puasa beramai-ramai di hadapan pintu SOGO. Syiokk weh. Siap boleh beramah mesra lagi tuh! Kiranya boleh mengeratkan ikatan silaturrahim sepanjang berkelah di depan SOGO tu. Hah. Bahagia tak?
 |
Keluarga SOGO |
 |
Apa tengok-tengok? |
 |
Jom geng kita kacau orang nak berbuka! |
Nampak tak? Nak cerita shopping kat SOGO pun kemain lagi berjela ko taip. Gile betul.
Lepas ni ada part 2 pulak. Kejadia lepas bershopping di SOGO.
Bertabahlah membaca!