Assalamualaikum,
Trip kali ni kita ke Penang pulak. Actually husband dan mak pak dia ada urusan family dekat Parit Buntar. Dah alang-alang ke utara kami lajak sikit ke Penang, hah jauh tuuu
Dah lama sangat tak ke Penang. Trip ni pun unplanned, hah nampak tak, selalunya unplanned trip mesti menjadi. Hotel tak book lagi, mana nak pergi pun takde plan lagi, main redah je ni..hihi
So, bergeraklah kami ke Penang di pagi Jumaat yang indah. Tengah-tengah on the way tu baru terkial-kial nak book hotel or cari apartment yang murah-murah. Lagipun nak stay 1 malam je, family-in-law pun jenis suka berjalan dan tak kisah nak duduk mana asalkan selesa.
Finally jumpa 1 apartment bajet yang kiranya murah lah time tu, RM275/night dekat Batu Feringghi. Nama apartment tu Sri Sayang, 2-rated je so terus kami berdezup ke tempat yang dituju.
DAY 1
Sampai ke Batu Feringghi dekat pukul 4 petang terus check-in dan berehat. Husband amek tingkat 26 konon nak rasa angin sepoi-sepoi dalam bilik nanti. Yang bestnya jugak apartment ni dekat dengan laut, so boleh Nampak pemandangan laut dari balkoni. Syiok weh!
2 single-bed untuk mak pak husband |
Queen bed untuk kami bertiga-nampak view laut |
Ruang tamu dia. tok wan tengah layan kerenah Ammar |
Dapur |
View dari bilik kami.Tengah sunset |
Malam tu aktiviti jalan-jalan cari makan sekitar Penang. kami makan kat Khaleel nasi kandar. Sedap bhai wa cakap. Nasi beriani dia terbaikk. Memang recommended!
Then kami ke Padang kota Lama just nak merasa pasemboq Penang. Kalau datang sini tak makan pasembow dia memang rugi la weh. Bersemboq-semboq ayaq liuq bila merasa kesedapan pasemboq tu. toorbbaaikk!
Mak pak in-laws menikmati pasemboq |
Tido di mana-mana asal selesa |
Lepas tu, kitorang try rasa Mady Char kuew tiaw kat area Nasi Kandar ni. aku dengar one of the best Char kuew tiaw kat Batu Feringghi. Tapi aku bagi rate 2.5/5 je. sebab mee Nampak pucat je then bagi aku tak sesedap Char kuew Tiaw kat Parit Buntar.
Habis dah trip jalan-jalan carik makan kami for today.
DAY 2
Pagi-pagi dah bersiap-siap nak carik breakfast. Kat sini ada banyak gerai-gerai jual breakfast. Setiap 5 meter je dah nampak gerai-gerai jual nasi lemaklah, mee goreng, bihun goreng, kuih-kuih etc. etc.. so takyah risau sangat. Kami stop kat satu gerai makcik ni sebab nampak ada ramai orang kan. So dalam fikiran kitorang mesti nasi lemak makcik ni sedap. As expected, nasi lemak dia sedap gaiss, bihun dia pun sedap jugak. Memang puas hati.
Lepas kenyang makan nasi lemak, terus kami check-out to our next destination. On the way tu stop kejap tepi pantai sebab nak feeling-feeling drama Melayu.
Ibu, mari mandi manda! |
Menung apa tu? |
As usual Ammar mesti excited bila nampak air. siap tarik tangan aku nak terjun masuk air.huhu
Sampai kat Georgetown kami pusing-pusing dulu keliling Bandar. Actually Bandar ni sangat menarik sebab ada banyak building-building lama British style yang sebenarnya ada nilai tersendiri. Kalau orang yang menghargai seni sejarah dan struktur bangunan mesti tahu punyalah.
Lepas beberapa kali pusing kami ternampak lukisan 3D kat tepi dinding bangunan lama. Apa lagi aku dan husband pun tak nak lepaskan peluang bergambar kat mural-mural ni. cantik weh!
Actually lukisan ni ada kat merata bangunan sekitar kawasan ni. mostly semuanya jauh antara satu sama lain. Kalau nak lagi syok, park kereta kat tepi jalan, lepas tu sewa basikal then boleh pusing-pusing carik lukisan ni. disebabkan masa sampai sini Ammar tengah tido, so kami tinggalkan Ammar dengan in-laws, then kami berdua berjalan kaki untuk cari lukisan 3D ni. Gigih sungguh!
Basikal warna-warni untuk di sewa |
Uncle ni main muzik pakai barang terbuang. nice! |
Kami dapat bergambar kat beberapa lukisan je sebab dah tak larat nak jalan kaki. Even sikit je tapi actually rasa puas sebabnya dapat bergambar kat lukisan ni. Actually dah lama teringin nak bergambar kat sini sebab one of the attraction place kat Penang. So my mission accomplished. Thanks lah kat husband yang sudi teman jalan kaki sampai keluar peluh-peluh jantan dia sebab nak layan wife dia ni. hihi
My chubby hubby... i lap u lahh |
Overall, we've had a lot of fun here even just a short vacay. Dapat makan pasemboq dah puas hati!Kalau ada masa akan ke sini lagi.