Friday, August 10, 2012

Amalan untuk wanita ketika datang bulan

Assalamualaikum,

Rugi pulak rasanya bila tak dapat nak grab hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Tapi, ‘bulan’ lain pulak yang datang kan. Haih. Down. Hati rasa macam ‘ bertuahnyee jadi lelaki. ‘ sebab lelaki takde hari di mana dorang di haramkan berpuasa atau solat. Lelaki tiap-tiap tahun tak payah susah-susah nak ganti puasa sebab dorang boleh berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran. So kiranya bertuah jadi lelaki sebab dorang boleh banyak beribadat dari kaum wanita. Tapi jangan lupe, kita lagi bertuah dilahirkan sebagai wanita tau. Sebab? Time datang bulan boleh makan sukehati je tanpa rasa bersalah, boleh shopping berjam-jam tapi muke still fresh padehal adik beradik lain dah longlai kaki sebab penat. Boleh korek hidung depan adik beradik lain tanpa nak cakap ‘ opps.. terlupa pulak aku puasa..’. hewhew.
Tapi bila fikirkan 10 bulan terakhir, lailatul qadar.......‘kenapalah mesti datang masa ni?? Datang mase lain tak boleh ke??’ down lagi.


Nway, terbaca ayat ni:

 Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-nisa:32)

Well, its true. I’m not going to complain anymore.


But don’t worry sista, kalau kita tak dapat nak puasa, berterawih dan ibadat-ibadat lainnya, ada lagi amalan yang boleh kita buat masa ni seperti:
  • Berzikir
  • Bersedekah
  • Berdoa
See?? Tak semestinya kita tak boleh buat amalan kan? Yelah, bulan Ramadhan bukan datang selalu. Setahun sekali je. Masa ni la kita nak upgrade kan lagi amalan-amalan yang boleh kita buat. Solat-solat sunat yang tak pernah kita buat or jarang-jarang kita buat bolehlah kita jalankan pada bulan ni so at least kita dah merasa yang kita dah buat semua tu daripada ketinggalan langsung. Lepas kita buat sekali mana tahu terdetik kat hati kita nak buat selalu. Mana tahu kan? Batu yang keras boleh terhakis sedikit demi sedikit oleh air yang mengalir inikan pula hati kita. InsyaAllah. Semua nya terletak pada hati masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
Nota kaki: semoga kita dapat memeriahkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan moga dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
 

Thursday, August 9, 2012

It's time for me to move on

Bila kita mengimpikan sesuatu perkara yang baik dengan bersungguh-sungguh, bila kita bersabar dan yakin akan janji Allah, bila kite berdoa dan bertawakal denganNya, insyaAllah Tuhan pasti mengkabulkan impian kita tersebut. Sama ada sekejap atau lambat. Tuhan tahu masa yang sesuai untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui. The day will come when the day has come. Just wait for it!


************************************************************

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Dapat jugak kerja baru akhirnye. Lepas sekian lama mencari kerja baru. I’m an active job seeker. Yes I am. Hoh. Tak sangka penantian selama ni berbaloi. Mungkin terlalu awal untuk aku ter-over excited dengan pekerjaan baru aku ni tapi yang penting ia lebih baik dari yang sekarang. Now I’m counting the days. Next month dah start new life! Even rasa cuak jugak takot tak dapat nak adapt dengan environment baru tapi aku kene cuba jugak. InsyaAllah.


Nabi pernah bersabda, “ Seseorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.’ –H.R Bukhari dan Muslim.


Mungkin aku rasa aku terbeban dengan pekerjaan yang sekarang, rasa layanan yang tak adil. Tak sama rata dan berat sebelah. Tapi aku tahu kemampuan aku, dan aku tahu kesabaran aku pun ade limitnye. Alhamdulillah, mungkin ade hikmah dengan semua yang berlaku. I thank Allah yang ujian ni semue dah mematangkan aku. Dalam hati aku Cuma ade satu perkataan, ‘lega”.

 

Thursday, July 19, 2012

Selamat datang Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda, “ Apabila tiba bulan Ramadhan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.” (HR muslim)






Allah taala berfirman,

“ Katakanlah:’ hai hamba-hamaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIalah yang maha pengampun lagi maha penyayang.” (Az-Zumar: 53)

“ Dan barangsiapa megerjakan kejahatan dan menganiaya diri sendiri kemudian ia memohon ampunan kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa: 110)

“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman, sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha PEngampun lagi Maha Penyayang.” (Al-A’raf:153)

“Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-Syuura: 25)







Nota Kaki: Thanks Allah pertemukan lagi kami kepada bulan Ramadhan. Alhamdulillah.


Tuesday, July 17, 2012

Lupa password email tapi kena ingat password lama?



Tadi pagi aku try nak change password email sebab memang dah lupe sangat password email tuh, pastu pulak kena jawab beberapa soalan dari akaun email itu.



Kalau memang dah lupe password, so nak suruh jugak aku ingat password yang lama. Memang takla kan. Tak ke kejam tu namanye? Cis.

Hard way


Sukar nak ditafsirkan fikiran seseorang itu. Pabila rasa sayang kepada seseorang, hal yang kecil jangan dipandang remeh. Katanya. Ialah, masa mula dilamun cinta. Semuanya memang indah belaka. Bila kita sudah terlalu dekat dengannya, tiba-tiba dia pula membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Beri sedikit masa katanya. Masa sendiri. kita dengan rela hati melepaskannya pergi. Buat sementara waktu. Walau hati tak merelakan. Sebab Sayang yang tak berbelah bagi. Tapi bila kita buat yang sebaliknya, kita dikatakan ada rencana lain. Nak melarikan diri mungkin. Sukarnya nak menduga. Hati selalu berbolak-balik. Kadang tersenyum sendiri. Nampak kelat di muka. Cuba menerima kenyataan. Walau hakikatnya pedih.

Thursday, July 12, 2012

Jum pi makan nasi kukus!

Bismillah,

Woaa..

Baru perasan dah lama tak update. So aku nak start dengan post pasal makanan. Ye jum aku bawak tempat makan yang selalu aku pergi waktu lunch hour. Dekat,senang dan cepat. Okeh. Tanpa berlengah meh aku cerita sikit pasal tempat makan ni. Tempat die bukan la ekslusif mane pun. Gerai tepi jalan bawah pokok nan rendang saje. Tempat faveret. Jum kite makan nasi kukus ayam berempah paling enak yang pernah aku makan. Hoh!

Gerai ni terletak di antara gerai minuman dan gerai makanan campur. So memang strategick la kirenya. Kalau malas nak beratur tunggu turn, boleh saje makan lauk campur yang disediakan kat gerai sebelah kiri. Kalau dah haus nak minum or takut tercekik lepas makan, gerai sebelah kanan nye ade pulak gerai air tebu dan kelapa yang fresh-fresh. Fuh. Sebelum aku belayar lagi jauh, sebenarnya aku nak cerita pasal kesedapan nasi kukus makcik Kiah ni yang tiada bandingannya. Pergh. Hiperbola pun aku tak kesah. Yang bestnye kat sini melayu, india, cina semua suka makan. Memang 1 Malaysia!


Nasi kukus yang enak..nyumm..

Ape yang menyedapkan nasi kukus ni sebab ayam goreng berempahnye yang super special, di goreng rangup dan amat la sedap. Selain tu sambal die pun memang superb la.


Nasi kukus minum dengan air kelapa..wow

Ni kalau korang duduk area kota kemuning meh la datang sini cuba makan nasi kukus yang memang superb. ok dah. Cukup la setakat ni.

Thursday, June 7, 2012

Ramiro Saavedra klon Kurt Cobain??

Huih.

Ramiro Saavedra yang berumur 27 tahun berasal dari Peru ni merupakan seorang guitarist dan telah ditemukan di satu pertandingan muzikal ala-ala American Idol yang bernama “Yo Soy”. Beliau telah memukau ribuan penonton dan juga juri dalam pertandingan tersebut dengan menyanyikan lagu “ Come As You Are” bersama gitar beliau. Juri pertandingan tersebut terkesima dengan persembahan Encik Ramiro ni yang mempunyai suara yang hampir sama dengan the Legend Kurt Kobain.

Muka pun dah nak iras-iras..hoho

Siapa-siapa yang fan die hard mesti tak percaya sungguh dengan kemiripan suara insan yang bernama Ramiro Saavedra.

Kurt Kobain


 Sikit pasal Bio Kurt Cobain:

Kurt Cobain lahir pada 20 Feb 1967 di Aberdeen,Washington.Beliau seorang songwriter, musician dan dikenali sebagai guitarist untuk band Nirvana. Beliau terkenal dengan lagu-lagu beliau yang hit seperti Smells Like Teen Spirit dan Come as You Are. Beliau dahulu seorang yang happy child until his parents divorced semasa beliau berusia 7 tahun. Hidup beliau menjadi huru-hara dan commited suicide by fatal shotgun blast to the head. His body was found on April 8 1994 in his home with a shotgun pointing at his chin dan beliau juga dikatakan mati disebabkan overdose with drugs.


How tragic was that?


Semoga Ramiro Saavedra dapat mengubati kerinduan terhadap peminat-peminat setia Kurt Cobain.

Anak Masuk Darjah 1