Saturday, January 10, 2015

Introducing my baby boo

Assalamualaikum,

Still nak post pasal baby. gaahahaha..

Asyik cerita pasal baby je kan, so mehla aku introduce my sweet little sunshine.

Hi there... ;))
His first real smile.. luckily dapat snap... alolooo... so shuweett..*melting*

Kebolehan Ammar sekarang, selain kuat meneran, dia dah start nak main & senyum-senyum. Kalau main aci-aci agah dia, dia akan tenung je muka kita macam "ew..apsal ibu buat muka herot berot ni.." Kami bersungguh-sungguh agah dia just to see his smile, tapi agak payah jugakla nak kasi dia senyum. Kalau bernasib baik je. Ala.. dia kecik lagi pon. Still lagi try nak adapt with the surrounding.

Aku masih lagi dalam mood bercuti. Hujung bulan January baru start balik kerja. I really don't know how i am going to manage going back to work. Rasa malas gilos. Dah rasa seronok duduk rumah, jaga anak sendiri, nak tengok anak membesar depan mata, i feel so blessed. Rasa macam nak jadi fulltime house-maker. Tak puas rasanya nak menatap muka anak hari-hari.

Thanks to Allah, for this precious gift, amanah dari Allah. InsyaAllah akan dididik menjadi anak soleh.

Amin.

Baby boo - Breastfeed

Assalamualaikum,

Mula-mula as a mom, aku ingatkan breastfeeding tu senang.Just sua je breast ke mulut baby dan baby terus hisap. As simple as that.Tapi rupa-rupanyaa..ayoo..!!! susah jugak yee.. It can be a tough skill to master for some moms like me.

Actually, selepas je aku melahirkan Ammar, nurse teros je ambik Ammar hantar ke nursery & suruh aku berehat. Yela kan, lepas beberapa kali push, memang sangat2 meletihkan. So, time tu aku tak fikir apa sangat pasal nurse nak ambik Ammar. Maybe procedure dia ke apa kan. So, malam tu aku memang rehat kaw2 la apa lagi.

Tapi time aku berehat tu, mestilah baby kena menyusukan? So, macam biasa nurse akan bagi susu formula dulu kat baby pakai botol susu. The next morning, baru nurse serah baby kat aku dah dia suruh aku breastfeedkan baby.

Ok. Time tu memang mencabar. Seriously. Mulut Ammar halus mulus kocik sangat. Bila try nak breastfeed, dia tak dapat nak latch dengan betul. Lagi pulak dengan flat nipple, sua-sua pun dia tak boleh. Nipple tenggelam. Ok nak nangis time tu! Breast pulak sakit. Nasib baik Ammar tak melalak ke, kalau tak lagi kelam-kabut dibuatnya.

Balik dari hospital cepat-cepat aku suruh hubby pegi carik breastpump. So Ammar kenalah minum susu pakai botol. Laju je dia hisap. Maybe puting botol tu panjang & senang nak latch.

Sampai sekarang pun aku try jugak berusaha nak breastfeedkan Ammar. Still fail. Dia dah terbiasa dengan puting plastik mungkin. Tenyeh breast kat mulut dia pun dia buat muka geli. Haih.

So, aku kenalah terima hakikat yang aku tak boleh breastfeeding kan Ammar. Rasa down jugak mula-mula. Macam tak cukup sifat jadi ibu. Siapa yang taknak baby dia dapat exclusive breastfeed dari ibu dia kan? But it's okay. Chill la kan. Kalau ada rezeki mungkin next baby pandai BF pulak  kan? InsyaAllah. :))


Friday, January 9, 2015

Baby boo -Baby kuat meneran

Assalamualaikum,

Satu perkara yang aku notice kat my baby masa awal-awal kelahiran dia is dia kuat meneran. Kuat sangat meneran sampai aku naik risau. Kadang-kadang tak tido satu malam sebab risau kat dia. Nak susu ke? dah banyak menyusu, perut masuk angin ke?Dah puas dok tenyeh minyak telon kat perut dia, kadang-kadang meneran sampai merah padam muka dia. Tapi mata still pejam jek & tak nangis. Kesian plak tengok dia macam tak selesa jek.

Then mak aku explain. Orang tua-tua kata dia tengah meneran daging untuk besar. Aihh.. first time dengar. Mak aku explain lagi its normal la untuk baby meneran macam tu. Ada sesetengah baby memang bising, bising sebab meneran la. So don't worry la, mak aku cakap omputih plak.. heh. lama-lama dia hilang sendiri.

Ok. So baby, ibu izinkan kau meneran. Meneran la puas-puas kasi besar ok?

Eh.. aku ni asyik cakap my baby je, baby takde name ke?

Eheheh.. ok let me introduce. Nama diberi Ammar Zafran b. Khairul Ridzuan. Panggilan baby Ammar, Ammar, or Gammy.

Kenapa gammy eh? Ntah.. Hasben aku suke panggil dia gammy.. sebab dia... tettt.... hehe...

Sekarang Ammar dah 7 minggu dan dia pun dah kurang meneran sangat.  Menyusu pulak sangat kuat. Masa cucuk sebulan berat dia dah 3.8kg. Normal mungkin?

Ok setakat ni je. Ammar dah start nak susu balik.

Susu je kau nak...





Wednesday, January 7, 2015

Baby boo

Assalamualaikum,

At last, my confinement period already over! Alhamdulillah. Cukup 45 hari berpantang kat rumah mak aku & the next day Hubby & me terus balik ke rumah kami konon-konon nak introducing our home sweet home to our handsome baby boy.*winkwink sikit*

waaaahhhh.... tak sangka sangat dah jadi ibu. Perasaan seronok tu membuak-buak & each time pandang muka baby, dalam hati ni kata 'eh tak percayanya ini anak ibu' anak ibu yang super duper cute ni...gaahhh..


Actually, aku deliver 3 minggu awal dari EDD yang diberi oleh doctor. Agak tak prepare & tak sangka baby nak keluar begitu cepat. Alhamdulillah, it all went well.



Sakit ke beranak? Sakit hokeeyyyyy.....

Tak sangka aku dapat lalui semua tu dengan jayanya. Sebabnya aku jenis orang yang tak tahan sakit. Thinking of the delivery process je teros kecut perot menggeletar semua ada. aku just nak benda ni cepat-cepat habis! Nebes giloss bila tengok proses bersalin kat youtube dari masa sakit contraction, kepala baby dah keluar kat bon**t, kalau tak bernasib baik kalau baby besar dah kena gunting pulak kat bawah tu, gahhh mimpi ngeri sangat! Boleh kata time aku 9 month preggy, tiap2 hari aku akan tengok video delivery process kat youtube just untuk kuatkan diri aku ni. Boleh ke aku ni??

Masa time pregnant 8-9 bulan tu, banyak jugaklah aku study cara nak mudahkan bersalin, preparation masa nak bersalin etc etc. Cara bernafas yang betul masa sakit contraction, makan kurma untuk tenaga, banyakkan minum air masak etc etc. Semua tu aku praktikkan masa kat hospital dan alhamdulillah, aku dapat bersalin secara normal. Syukur!

Kalau orang tanya macam mana feeling bersalin? Aku akan jawab.. seronok! Rasa nak buat lagi tapi bukan dalam masa terdekat ni..heheh... Boleh kata sepanjang proses bersalin tu even rasa sakit tu sangat kuat, tapi once baby dah keluar dari dalam perut, dah tak rasa apa dah! I can simply said its a miracle! Syukur sangat Hubby ada kat labour room sepanjang aku sakit nak terberanak. Dia tak putus-putus bagi moral support kat aku & aku rasa bersemangat sangat masa tu.

Now my baby dah 6 weeks old & he's doing great. Since aku dah ada 4 orang anak buah, so aku tak kekok bila nak handle baby. Cuma perasaan je lain. Sebab dia anak aku! bwahahah...!!

Banyak perkara yang aku dah belajar sepanjang dah tukar title jadi ibu ni which is sabar. Sabar sabar dan sabar. Rutin harian pun jadi amat-amat berlainan & aku kena adapt dengan cepat.

Rasa tak puas pulak story pasal ni. Its a great experience yang Allah titipkan kat setiap wanita untuk merasa kesakitan bersalin iaitu rasa sakit kedua paling sakit selepas sakit sakaratul maut. Aku bersyukur dapat merasa semua tu. Secara tak langsung mendekatkan diri aku kepada Pencipta.

Kena stop kat sini sebab baby dah start meragam mintak susu! :))

Will share another story soon!

Thanks for reading. ;))

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014-Welcome 2015!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga kita dapat berjumpa ke penghujung tahun 2014 & sekarang menanti detik 12.00 malam untuk ke tahun 2015. Time is running too fast!

Banyak kenangan yang bakal aku semat dalam diari hati aku, suka & duka sepanjang tahun 2014 & segala memori tu takkan terpadam sampai ke penghujung hayat. I'm writing it here so that I won't forget all those great memories I've been cherished in 2014. Now, it's time to create even more great stories, memories, new experiences, new challenges & new hope for another year with my beloved husband & our little one (will share the story soon..;)),both of you are my reasons for me to keep on smiling & living life as it is.

Just a short note from me since takde masa nak menulis panjang-panjang (sebab takde line internet..gahh). Still under confinement period. Will share everything yang tertinggal soon after my confinement period over (just left another days..counting..counting...), dapat balik rumah, dan taip pajang-panjang lagi...heheh...




"As the year comes to an end, don't look back at yesterday's disappointment. Look ahead to God's promises yet to unfold."


Goodbye 2014- Welcome 2015!

Wassalam.

Tuesday, November 11, 2014

Ke Pameran Kesenian Islam

Assalamualaikum,

Last weekend, me and hasben berkesempatan untuk berkunjung ke pameran pedang & peninggalan Rasulullah yang diadakan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah di Shah Alam. Since takde aktiviti yang menarik dihujung minggu (makan tido makan tido je), so hasben plan untuk bawa aku ke pameran tersebut. Pameran tersebut telah berlangsung sejak September lepas dan akan berlanjutan hingga ke bulan December 2014.



Sampai di sana, memang tak ramai pengunjung yang datang (we were the ‘only’ visitor) yang datang pada hari tu. Agak konfius jugak sebab ingatkan dah tutup. Tapi hasben main redah je masuk teros ke dalam dewan pameran since takde signage yang kata pameran di tutup pada hari tu.


Masok je dewan pameran, kat entrance ade replika gua which at first aku ingatkan rumah hantu, dengan sound effect pun macam kat dalam rumah hantu, mungkin sebagai tarikan untuk kanak-kanak yang datang berkunjung. Dalam gua tersebut ada dipamerkan sejarah awal mushaf (Mushaf art at early Islamic Era), sejarah kedatangan ayat-ayat Al-Quran ke bumi. Kemudian, terdapat beberapa replika seperti pedang Nabi, bahtera Nabi Nuh, replika sandal Nabi Muhammad dan juga replika rumah yang didiami oleh Nabi Muhammad. Kat bawah ni gambar yang sempat aku ambil sepanjang lawatan. Even dia ada mention kat sana dilarang ambil gambar, tapi since takde staff yang available masa tu, so why not… just untuk kenangan. Enjoy!





Salasilah Nabi Muhammad S.A.W

Replika bahtera Nabi Nuh..


Replika sandal Nabi Muhammad S.A.W


Entrance replika kediaman Nabi Muhammad

Ruang ibadah

Jubah yang selalu dipakai oleh Nabi Muhammad

Baju kegemaran Nabi Muhammad, Qomis

Ruang menyambut tetamu



Wassalam.

Saturday, November 8, 2014

Stroller for baby

Assalamualaikum!

Recently Mr. Hubby & me pergi ke Mom & baby expo dekat Mid Valley.

Lagi sekali!!!



Mr. Hubby dah tak larat nak melayan bini shopping baju baby since dah belambak baju baby kat rumah tu. Tapi still rasa banyak lagi barang yang tak cukup dengan alasan "ala ni kan our first baby.. everything kena ada & boleh simpan untuk next baby pulak" wah.. dah planning awal-awal pulak tu! Everytime ada iklan pasal baby expo, diskaun barang baby, jualan gudang pakaian baby, sales barang baby etc etc. aku la yang beriya-iya ajak hubby sambil buat muka sekupang dan pura-pura sakit nak bersalin (even lama lagi okehh..!) kat Hubby & thanks Hubby sebab masih ada kudrat untuk melayan kerenah bini awak ni.. Thee..hee...

Tapi eventhough sekarang ni belambak mommy & kids expo, jualan gudang for baby mak nenek semua tu, we have to be very careful when choosing the right outfit & for our future baby. Jangan main redah je beli semua barang sampai tak ingat yang mana keperluan atau kemahuan. Sebab baby ni cepat membesar so no point if kita beli baju infant banyak-banyak, asal nampak cantik & cute plus murah pulak tu teros rembat. Its an advice for me & for those yang tengah menanti kehadiran cahaya mata macam aku*happy face tepek sini*

And also, please remember, bukan semua baby expo jual barang yang murah dan berkualiti, sometimes ada jugak yang letak harga murah-murah tapi barang dah simpan lama dan berhabuk especially macam botol susu, puting susu, barang mainan etc. etc.Sometimes ada juga jumpa baju yang dah koyak dan kotor pun ada.!

So, watch out mommy out there! Sebelum beli sesuatu barang untuk our baby, make sure telek dulu satu-satu barang yang kita nak beli tu.. takes time sikit nak pilih mana yang bagus.. kalau dah tak elok jangan beli. it could be dangerous to our baby! Lagi-lagi untuk first time mommy macam aku ni.

Eh macam panjang pulak introduction aku ni! Nebermind!

So, kat Mid Valley, tak banyak sangat berbelanja barang baby which my Hubby dah remind awal-awal. Jangan tamak & membazir. Baik bos *muka seposen tak jadi*

Anyhow, for that day, we planned to survey for baby stroller. It's quite hard for us to pick the right stroller sebab ada belambak brand stroller yang berkualiti dijual dipasaran. And also not to forget car seat for baby. Since aku dan hasben akan kerap travelling ke rumah mertua di Segamat (since it is their first grandson) so 2 benda ni amat penting sekali untuk kami.

Ada banyak perkara yang perlu kita consider sebelum membeli stroller such as safety features, head support, side protection, comfort dan untuk aku dan hubby, kami prefer yang senang untuk install dan tak bazir ruang untuk disimpan.

Lepas puas pusing-pusing keliling, lastly jumpa jugak stroller yang we both berkenan. Agak murah jugak sebab 2 set barang dapat below RM500. Affordable kan? The best thing is, stroller ni agak ringan dan senang untuk dipasang, disimpan dan tak bazir ruang untuk diletakkan ke dalam bonet kereta. You know, bila dah ada baby, for sure kereta kita dah macam pusat nursery! Can you imagine that!**pheww**

Tapi, disebabkan tiada stock & kami kena tunggu until the end of this month untuk new stock & barang akan teros dicourier ke rumah. Anyhow, disebabkan kami bekerja, (cuma Ciko je ada kat rumah) so aku terpaksa la pick-up sendiri barang dekat G-Dex office.

Alhamdulillah.. sampai dengan selamat


ok.. that's all for now! =)



Anak Masuk Darjah 1