Tuesday, March 10, 2015

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Ammar Zafran

Bismillah,

Alhamdulillah , syukur sangat dah selesai untuk majlis Aqiqah & cukur jambul si Ammar Zafran. Majlis berlangsung pada 08 March 2015 (Ahad)di rumah mak mertua kat Segamat. Al-maklumlah, cucu pertama mereka. Mesti family mertua agak excited sikit.

Majlis ni semua unplanned & last minute punya decision. Supposed Aqiqah Ammar nak buat sekali dengan majlis tunang adik ipar. Tapi disebabkan adik ipar pun tak sure bila nak buat majlis dia, so kitorang pun buat dulu majlis aqiqah untuk ammar since Ammar pun dah masok 3 bulan.

Preparations untuk kenduri semua mak mertua yang sediakan dari segi arrangement untuk menu masakan, pasang khemah, Marhaban, doorgift dan jemputan. Doorgift yang balance masa kami kawen pun belambak lagi. So pakai jela yang dah sedia ada. Kami pulak cuma sediakan duit kambing aqiqah Ammar & tambahan untuk doorgift. Bajet jemputan dalam 150 orang. Yang lain-lain semua family mertua support. Untunglaa..

Jumaat malam baru kami bergerak balik ke Segamat. The next day (Sabtu) baru start buat preparation. Tugas aku untuk sediakan doorgift lepas tu tampal tag majlis aqiqah Ammar. Tu pun buat sendiri aci taram je.. hewhew.

Sticker buat sendiri & tasbih sebagai doorgift

Tengah-tengah dok prepare barang goodies, tetibe mak mertua aku bagi idea untuk buat buaian berendoi. Bab deco-deco semua serah kat aku. Since, aku pun minat bab-bab cenggini, so dengan senang hati aku terima job tersebut. Hoh!

Buaian berendoi Ammar. Simple!

Majlis start pukul 10 pagi. Kalau kat kampong sure mesti on-time punya. Ammar pulak pukul 9.30 pagi baru terhegeh-hegeh nak bangun. Nak kejutkan awal kesian pulak lena tido. Pukul 9.45 pagi group marhaban dan sampai. Aku pulak terkocoh-kocoh nak siapkan si Ammar. Baju si Ammar pun tak decide nak pakai yang mana satu. Baju Ammar Mak Long yang jahitkan sendiri. Satu baju melayu & satu jubah. Bila try fitting baju melayu, Nampak besar sangat kat Ammar. So decide untuk pakaikan jubah je.

Baju ni size budak setaon..hehe
alolorhh tomey..


Sepanjang majlis berlangsung, Alhamdulillah Ammar tak meragam pun. Masa group marhaban berzanji pun si kecik Ammar tido. Masa aku dukung dia untuk cukur rambut pun takde masalah. Dok senyap tapi mata pandang-pandang sekeliling. Disebabkan group marhaban ramai memenuhi ruang tamu rumah mak mertua aku, so buaian berendoi tu jadi display je dok tengah-tengah ruang tamu. Hehe.

Lepas habis majlis, so time to next project. Botakkan kepala Ammar. Disebabkan masing-masing takot & tak pandai nak cukur kepala Ammar termasoklah daddy Ammar, so si ibulah yang terpaksa botakkan kepala Ammar. Time tu pulak Ammar tengah lena tido, time tu la masa sesuai nak cukur rambut. Lepas half way cukur rambut Ammar, daddy Ammar pun join cukur sekali since dia tengok takla susah sangat pun kan.

si botak Ammar & muka selekeh aku lepas abes kenduri


Ok. Perasan tak entry ni tak banyak gambar? Yup. Itu yang paling aku terkilan sekali sebab tak dapat nak share the moment with everyone. Yela, orang yang paling rajin ambil gambar of course la aku. Tapi disebabkan aku sibuk dengan si Ammar, banyak momen-momen yang  terlepas untuk dibuat kenangan. Orang yang ditugaskan untuk ambil gambar pulak cuma amek muka Ammar je. Cuma lengan sado aku ngan belakang badan je masuk dalam gambar. Ohhh sedihh..


Ok. nak merajuk kejap! Bye.




Tuesday, February 3, 2015

Cameron Highland-First family holiday!



Assalamualaikum,

Ohoi ohoi semua..!

So, just nak cerita our first family holiday. Last weekend punya cerita lah ni.. tak kira la basi ke tak basi bukan nasi pun… eheheh..

Anyway,  En. Suami ada meeting kat Ipoh hari Jumaat lepas. Memandangkan last week tu merupakan hari last aku bercuti panjang  & untuk mententeramkan hati aku yang gundah gulana sebab next following week tu aku dah start bekerja, so, En. Suami plan untuk ajak kami sekali ke Ipoh & lepas tu kita naik Cameron highland. Yehuuu..!!

Before planning nak naik Cameron tu, kami dah shopping siap-siap dah baju sweater Ammar. Al-maklumlah, first time nak bawak baby keluar, excited terlebih sikit! So, plan dia, we went to Ipoh on Friday, stay kat rumah cousin’s Husband dalam 2-3 jam sambil tunggu En. Suami habes meeting, then off to Cameron.

Day 1

Kami bergerak ke Cameron pun time tu dah malam. Nasib baik la Ammar tido je sepanjang perjalanan tu. Hotel pun tak carik lagi. Memang main aci redah je ni. Sebab ikut our prediction, orang  tak ramai nak naik Cameron time-time cenggini.

Sampai kat atas je terus carik pasar malam dekat Brincang, sebab perut dah menari-nari mintak di isi. Memandangkan cuaca time tu agak sejuk, sejuk gile kott lebih kurang 12 degree celcius. Aku pulak bajet kental kulit biawak tak bawak sweater dengan stoking pun, so duduk la diam-diam dalam kereta dengan Ammar, Dah tu En. Suami pegilah meredah sorang-sorang kat pasar tu. Hasil nafsu kat pasar tadi, En. Suami beli 3 bungkus kueh tiaw goreng, 2 bungkus nasi lemak, 2 bungkus cendawan goreng, 2 ketul chicken wing dengan strawberry cicah coklat 1 bungkus. Mentekedarah betul laki aku ni. Dia bajet Ammar boleh tolong habeskan agaknya! huhu...

Lepas tu, next motif nak pegi carik hotel or resort murah-murah. Kitorang tak book awal-awal pun sebab bajet mesti banyak lagi bilik available sebab bukan weekend or cuti perayaan. Lagipun nak stay 1 malam je. Cousin En. Suami recommend Natasya Resort dekat Brincang sebab harga murah dan dekat dengan pasar malam.

Tak susah kot nak cari Natasya resort ni. Resort ni dalam kawasan hotel Equatorial je sebab half owned by Equatorial Hotel. Natasya resort ni adalah apartment 1 bilik. Untuk price pulak pun agak affordable la jugak. Kalau weekdays 1 malam Cuma RM170 je. Kalau weekend pulak dalam RM190. Lepas check-in, kami di bawa ke apartment oleh staff Natasya, parking pulak free je letak kat depan apartment.

Time ni dah pukul 10pm. Cuaca siyesly sejuk! First masuk je dalam apartment tu, mak datuk sejuk gaban dia punya lantai! Siap jinjit-jinjit lagi dukung Ammar bawak masuk bilik terus lompat atas katil. Rasa macam pelik jugak bilik ni takde selipar. Selalunya kan kalau kita stay hotel dia mesti ada sediakan selipar sebab En. Suami suka kebas selipar hotel bawak balik rumah lepas balik outstation. Time tu dah rasa menyesal pulak tak bawak stoking. Adeh...

Bilik resort ni. Not bad la jugak
Abaikan saya yang suka tido ni
 Dalam bilik cuma disediakan 2 pasang towel jek. Aku pun tercari-cari jugaklah ada tak towel kecik ke tapi takde pulak. Nevermind. Lagipun stay sehari je kot. hehe...

Bahagian ruang tamu
Kat ruang tamu ada sofa bed, meja bulat, TV pun ada. Tapi tak sempat nak snap semua sebab malas. banyak snap pic si Ammar je.bwahahah... Ruang tamu agak bersih dan luas. Not bad la kan. Lepas tu aku ngan En. Suami keluar ke balkoni konon-konon nak menghirup udara segar gitu. Keluar je balkoni, lantai dia triple sejuk dari lantai kat dalam bilik. oomagahh! Tak tahan kot. Lepas tu main hembus-hembus nafas nampak asap keluar dari mulut bajet dekat oversea.

Ruang dapur kecik
Kat dalam apartment ni jugak ada dapur kecik lengkap dengan fridge, water heater dengan oven. Senanglah nak buat susu Ammar nanti.

Toilet ada dua ok.. so tak payah nak berebut kalau nak terberak!
Ada jugak aku baca review dari satu blog ni kata toilet dia kotor. Tapi apartment yang aku dapat ni Alhamdulillah bersih. Cuma dia takde extra towel kecik. Yela, satu lap badan satu lap kepala. Nak lap benda lain pun boleh. Maybe dia tak bagi extra sebab takut customer kebas kot. Hehehe.. cuak le tu.. Lagi satu sabun pun dia takde yang letak dalam botol tu. So tak boleh nak kebas bawak balik simpan jadi survenior. duhh...

Lepas tido kan Ammar kitorang pun duduk depan tv makan makanan yang En. Suami borong kat pasar tadi then tidoq.

Day 2

Awal-awal pagi lagi Ammar dah kejutkan kitorang meragam tiba-tiba. Mungkin kesejukan. Lepas susukan Ammar & tidokan dia kejap, kitorang pun bersiap-siap untuk check-out & keluar berjalan-jalan. Agak tak seronok pulak sebab takde iron nak gosok tudung. Nak call housekeeping pun telefon tak disediakan pulak tu. Nasib la tudung malam tadi ok lagi dan agak matching la dengan baju yang aku nak pakai hari ni. So belasah jela. Lepas check-out semua, kitorang pun bergegas meninggalkan Natasya Resort untuk ke destinasi seterusnya pulak**wahh ayat kau**

Before check-out, snap pic dulu

Abaikan topi  Ammar senget benget tu

Lepas check-out, kitorang singgah kejap pasar yang ada tepi-tepi jalan tu. Sepanjang jalan nak turun tu mesti ada jumpa pasar. So kitorang stop kejap beli beberapa barang. Of course la kalau naik Cameron kena borong strawberry kan. Mula-mula bajet nak singgah strawberry farm nak jugak merasa petik strawberry sendiri. Last minute tukar plan sebab En. Suami malas nak singgah kat sana dengan alasan bawak baby kecik. Jadi, borong jela strawberry kat pasar tepi-tepi jalan tu. duhhh..

Hnnsh..hnsshh.. kembang kembang hidung tolak stroller naik bukit

''Mana pulak Ibu nak bawak Ammar ni ye?"
Lepas habes memborong, singgah pulak cactus point. Motif?? Saje jalan-jalan ambil gambar..haha.. beli pun tak..

Main cak-cak dengan Ammar... Ammar boo layan pulak
hmm.. yang mana satu nak beli ek?

Next pit stop, kitorang singgah ladang teh. Hah. yang ni pun aku berangan jugak nak ambil gambar dekat dengan ladang teh tu. Tu pun En. Suami tak kasi jugak sebab nak turun bawah tu agak jauh jugaklah. lagi-lagi nak angkut si Ammar tu. Last-last, dapat minum air teh je sambil tengok pemandangan ladang teh yang menghijau dari jauh. **hmmpphh**

Ammar dah besar sikit kita datang sini lagi ok *sobsob*
Peaceee...
En. Suami ku...

Ammar menikmati pemandangan.. di dalam mimpi....

Muka pasrah tak dapat turun ladang... :(

Seronoknya dapat holiday dengan family. Ammar pulak tak banyak meragam. Sepanjang perjalanan tu dia banyak tido je. Good boy! Lain kali kita plan holiday tempat lain pulak ye...

Wassalam.

Saturday, January 10, 2015

Introducing my baby boo

Assalamualaikum,

Still nak post pasal baby. gaahahaha..

Asyik cerita pasal baby je kan, so mehla aku introduce my sweet little sunshine.

Hi there... ;))
His first real smile.. luckily dapat snap... alolooo... so shuweett..*melting*

Kebolehan Ammar sekarang, selain kuat meneran, dia dah start nak main & senyum-senyum. Kalau main aci-aci agah dia, dia akan tenung je muka kita macam "ew..apsal ibu buat muka herot berot ni.." Kami bersungguh-sungguh agah dia just to see his smile, tapi agak payah jugakla nak kasi dia senyum. Kalau bernasib baik je. Ala.. dia kecik lagi pon. Still lagi try nak adapt with the surrounding.

Aku masih lagi dalam mood bercuti. Hujung bulan January baru start balik kerja. I really don't know how i am going to manage going back to work. Rasa malas gilos. Dah rasa seronok duduk rumah, jaga anak sendiri, nak tengok anak membesar depan mata, i feel so blessed. Rasa macam nak jadi fulltime house-maker. Tak puas rasanya nak menatap muka anak hari-hari.

Thanks to Allah, for this precious gift, amanah dari Allah. InsyaAllah akan dididik menjadi anak soleh.

Amin.

Baby boo - Breastfeed

Assalamualaikum,

Mula-mula as a mom, aku ingatkan breastfeeding tu senang.Just sua je breast ke mulut baby dan baby terus hisap. As simple as that.Tapi rupa-rupanyaa..ayoo..!!! susah jugak yee.. It can be a tough skill to master for some moms like me.

Actually, selepas je aku melahirkan Ammar, nurse teros je ambik Ammar hantar ke nursery & suruh aku berehat. Yela kan, lepas beberapa kali push, memang sangat2 meletihkan. So, time tu aku tak fikir apa sangat pasal nurse nak ambik Ammar. Maybe procedure dia ke apa kan. So, malam tu aku memang rehat kaw2 la apa lagi.

Tapi time aku berehat tu, mestilah baby kena menyusukan? So, macam biasa nurse akan bagi susu formula dulu kat baby pakai botol susu. The next morning, baru nurse serah baby kat aku dah dia suruh aku breastfeedkan baby.

Ok. Time tu memang mencabar. Seriously. Mulut Ammar halus mulus kocik sangat. Bila try nak breastfeed, dia tak dapat nak latch dengan betul. Lagi pulak dengan flat nipple, sua-sua pun dia tak boleh. Nipple tenggelam. Ok nak nangis time tu! Breast pulak sakit. Nasib baik Ammar tak melalak ke, kalau tak lagi kelam-kabut dibuatnya.

Balik dari hospital cepat-cepat aku suruh hubby pegi carik breastpump. So Ammar kenalah minum susu pakai botol. Laju je dia hisap. Maybe puting botol tu panjang & senang nak latch.

Sampai sekarang pun aku try jugak berusaha nak breastfeedkan Ammar. Still fail. Dia dah terbiasa dengan puting plastik mungkin. Tenyeh breast kat mulut dia pun dia buat muka geli. Haih.

So, aku kenalah terima hakikat yang aku tak boleh breastfeeding kan Ammar. Rasa down jugak mula-mula. Macam tak cukup sifat jadi ibu. Siapa yang taknak baby dia dapat exclusive breastfeed dari ibu dia kan? But it's okay. Chill la kan. Kalau ada rezeki mungkin next baby pandai BF pulak  kan? InsyaAllah. :))


Friday, January 9, 2015

Baby boo -Baby kuat meneran

Assalamualaikum,

Satu perkara yang aku notice kat my baby masa awal-awal kelahiran dia is dia kuat meneran. Kuat sangat meneran sampai aku naik risau. Kadang-kadang tak tido satu malam sebab risau kat dia. Nak susu ke? dah banyak menyusu, perut masuk angin ke?Dah puas dok tenyeh minyak telon kat perut dia, kadang-kadang meneran sampai merah padam muka dia. Tapi mata still pejam jek & tak nangis. Kesian plak tengok dia macam tak selesa jek.

Then mak aku explain. Orang tua-tua kata dia tengah meneran daging untuk besar. Aihh.. first time dengar. Mak aku explain lagi its normal la untuk baby meneran macam tu. Ada sesetengah baby memang bising, bising sebab meneran la. So don't worry la, mak aku cakap omputih plak.. heh. lama-lama dia hilang sendiri.

Ok. So baby, ibu izinkan kau meneran. Meneran la puas-puas kasi besar ok?

Eh.. aku ni asyik cakap my baby je, baby takde name ke?

Eheheh.. ok let me introduce. Nama diberi Ammar Zafran b. Khairul Ridzuan. Panggilan baby Ammar, Ammar, or Gammy.

Kenapa gammy eh? Ntah.. Hasben aku suke panggil dia gammy.. sebab dia... tettt.... hehe...

Sekarang Ammar dah 7 minggu dan dia pun dah kurang meneran sangat.  Menyusu pulak sangat kuat. Masa cucuk sebulan berat dia dah 3.8kg. Normal mungkin?

Ok setakat ni je. Ammar dah start nak susu balik.

Susu je kau nak...





Wednesday, January 7, 2015

Baby boo

Assalamualaikum,

At last, my confinement period already over! Alhamdulillah. Cukup 45 hari berpantang kat rumah mak aku & the next day Hubby & me terus balik ke rumah kami konon-konon nak introducing our home sweet home to our handsome baby boy.*winkwink sikit*

waaaahhhh.... tak sangka sangat dah jadi ibu. Perasaan seronok tu membuak-buak & each time pandang muka baby, dalam hati ni kata 'eh tak percayanya ini anak ibu' anak ibu yang super duper cute ni...gaahhh..


Actually, aku deliver 3 minggu awal dari EDD yang diberi oleh doctor. Agak tak prepare & tak sangka baby nak keluar begitu cepat. Alhamdulillah, it all went well.



Sakit ke beranak? Sakit hokeeyyyyy.....

Tak sangka aku dapat lalui semua tu dengan jayanya. Sebabnya aku jenis orang yang tak tahan sakit. Thinking of the delivery process je teros kecut perot menggeletar semua ada. aku just nak benda ni cepat-cepat habis! Nebes giloss bila tengok proses bersalin kat youtube dari masa sakit contraction, kepala baby dah keluar kat bon**t, kalau tak bernasib baik kalau baby besar dah kena gunting pulak kat bawah tu, gahhh mimpi ngeri sangat! Boleh kata time aku 9 month preggy, tiap2 hari aku akan tengok video delivery process kat youtube just untuk kuatkan diri aku ni. Boleh ke aku ni??

Masa time pregnant 8-9 bulan tu, banyak jugaklah aku study cara nak mudahkan bersalin, preparation masa nak bersalin etc etc. Cara bernafas yang betul masa sakit contraction, makan kurma untuk tenaga, banyakkan minum air masak etc etc. Semua tu aku praktikkan masa kat hospital dan alhamdulillah, aku dapat bersalin secara normal. Syukur!

Kalau orang tanya macam mana feeling bersalin? Aku akan jawab.. seronok! Rasa nak buat lagi tapi bukan dalam masa terdekat ni..heheh... Boleh kata sepanjang proses bersalin tu even rasa sakit tu sangat kuat, tapi once baby dah keluar dari dalam perut, dah tak rasa apa dah! I can simply said its a miracle! Syukur sangat Hubby ada kat labour room sepanjang aku sakit nak terberanak. Dia tak putus-putus bagi moral support kat aku & aku rasa bersemangat sangat masa tu.

Now my baby dah 6 weeks old & he's doing great. Since aku dah ada 4 orang anak buah, so aku tak kekok bila nak handle baby. Cuma perasaan je lain. Sebab dia anak aku! bwahahah...!!

Banyak perkara yang aku dah belajar sepanjang dah tukar title jadi ibu ni which is sabar. Sabar sabar dan sabar. Rutin harian pun jadi amat-amat berlainan & aku kena adapt dengan cepat.

Rasa tak puas pulak story pasal ni. Its a great experience yang Allah titipkan kat setiap wanita untuk merasa kesakitan bersalin iaitu rasa sakit kedua paling sakit selepas sakit sakaratul maut. Aku bersyukur dapat merasa semua tu. Secara tak langsung mendekatkan diri aku kepada Pencipta.

Kena stop kat sini sebab baby dah start meragam mintak susu! :))

Will share another story soon!

Thanks for reading. ;))

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014-Welcome 2015!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga kita dapat berjumpa ke penghujung tahun 2014 & sekarang menanti detik 12.00 malam untuk ke tahun 2015. Time is running too fast!

Banyak kenangan yang bakal aku semat dalam diari hati aku, suka & duka sepanjang tahun 2014 & segala memori tu takkan terpadam sampai ke penghujung hayat. I'm writing it here so that I won't forget all those great memories I've been cherished in 2014. Now, it's time to create even more great stories, memories, new experiences, new challenges & new hope for another year with my beloved husband & our little one (will share the story soon..;)),both of you are my reasons for me to keep on smiling & living life as it is.

Just a short note from me since takde masa nak menulis panjang-panjang (sebab takde line internet..gahh). Still under confinement period. Will share everything yang tertinggal soon after my confinement period over (just left another days..counting..counting...), dapat balik rumah, dan taip pajang-panjang lagi...heheh...




"As the year comes to an end, don't look back at yesterday's disappointment. Look ahead to God's promises yet to unfold."


Goodbye 2014- Welcome 2015!

Wassalam.

Anak Masuk Darjah 1