Sunday, July 12, 2015

BerSOGO di SOGO-shopping pre-raya



Assalamualaikum,

Last Saturday, me and hubs planned untuk memeriahkan lagi sambutan pre-hari raya bertempat di SOGO. Ya ampun, ‘meriah’ okayyy. Nampak tak apostrophe kat situ? Kalau boleh nak bold sekali. Font 14 biar jelas. He he he.

Kenapa pilih SOGO? Aku pun tak sure. Yang penting aku tak galakkan last minute cari persiapan raya kat SOGO. Even aku suka suka suka.hoh. Tempat lain ada banyak lagi. But well, aku kan jenis extreme tak makan saman punya orang, aku pun rasa macam eager nak join umat manusia ni beramai-ramai memeriahkan suasana pre-hari raya kat SOGO. Baru thrill wehh.. Lagi sekali bagitahu. ‘Meriah’ okaayy. Herot berot kan sikit bibir masa sebut 'okaayyyyy'.

First plan, nak gerak pagi-pagi buta bajet dalam pukul 7 pagi tayar dah golek (hah kau exaggerate gile). Plan nye lah kan. Tapi for sure laki aku yang menang dalam planning sebab dok membuta lagi kat bilik. So, plan hancus, kitorang bergerak after Zohor lah. Sedang-sedang mengelamun berdua dalam kereta ditemani si budak kecik Ammar yang tak habis-habis melompat atas riba aku, tetiba hubs tanya kat aku “Apsal kita nak pegi SOGO eh eh?” dan tak semena-mena aku pun terpikir benda yang sama. Ape motif kitorang pergi SOGO? Padehal banyak lagi tempat boleh shopping yang dekat dan tak sesak macam Jusco ke, Tesco, Giant, etc. etc. Lepas tu aku pun sambut “Saje. Nak memeriahkan suasana..kohkohkoh” Time tu jugak tetiba kedengaran info trafik kat Mix.fm 94.5 yang mengatakan “heavy traffic at SOGO.. blab la bla…” Aku dan hubs pun pandang sesame sendiri. As expected.

Lepas fikir punya fikir nak elak jem yang kekononnya congested tu, hubs pun bagi idea bernas. Let us ride LRT will ya? Senang tak payah cari parking, tak payah layan jem yang confirm-confirm menggila. So aku pun setuju tanpa banyak soal.

Stesen LRT yang terdekat kitorang pergi ialah LRT Bandar Tasik Selatan. Sangat mudah Kalau nak ke SOGO, dari sini beli tiket ke Stesen Bandaraya dan ada lebih kurang 6 stesen before sampai ke Bandaraya. Stesen dia betul-betul depan SOGO. Kena menapak sikitlah dari stesen nak cross jambatan teros ke aras 2 SOGO. Since ni first time bawak Ammar naik public transport, siap dengan stroller lagi, so perasaan tu agak bercampur baur sikit sebab takut dia mengamuk ke kan. Nasib lah dalam train masa tu tak ramai orang. Even kena berdiri, Ammar kitorang letak dalam stroller. Ammar just duduk rilex je dalam stroller dia sambil pandang-pandang keliling. Good boy!

Menunggu ketibaan LRT
Chill la ibu.. Ammar okayy.. eh tu sapa pandang-pandang Ammar macam nk colek je bu?


Dari stesen Bandar Tasik Selatan ke Bandaraya took us about 20 minutes. Tak jauh dan tak sesak. Sangat bahagia. Setibanya di stesen Bandaraya, mak datok lautan manusia! Haha. So lupakan apa aku cakap tadi. Bahagia yang sementara..ppfffhh.

Alhamdulillah, even bersesak-sesak sikit sepanjang perjalanan nak ke SOGO, akhirnya kitorang dapat masuk ke dalam SOGO dengan jayanya. Bak kata orang, bersesak-sesak dahulu, bershopping-shopping kemudian. 

Kitorang sampai SOGO lebih kurang 5pm. Shopping lebih kurang 2 jam. Carik apa yang patut sahaja. Apa yang patut ko cakap. Bila dah ada offer sana sini, confirmlah kelaut semua tu. Laki aku pun terbabit sama. Apa yang kitorang sempat shopping kan mostly macam barang aku je. Hua hua. Suami kata baju dia dah berlambak so tak tahu nak beli apa dah. Bagi peluang si isteri nak shopping pulak. Apa yang aku beli macam kasut, perfume, baju long sleeve dan beg. Pulang dengan perasaan gumbira. Miahaha.

Yang kitorang tak sempat nak beli adelah pakaian Ammar. Nampak sangat mak dia selfish kental tak beli baju untuk anak. Ok jap jangan negative sangat. Actually tak jumpa pun baju baby yang cantik kat sana. Aku plan nak shopping baju Ammar kat tempat lain. Ibumu ini ibu mithali ok. Gegege.
Wahai cermin sakti... ibu saya lupa nak belikan baju untuk saya. Apakah perlu saya memberontak sekarang?** Amused dengan kecomelan diri sendiri

Abes shopping je time tu dah dekat nak berbuka. Kitorang hanya sempat beli air minuman dan kebab sahaja. Hanya sekadar alas perut. At this time, nak pegi makan kat mana-mana tempat confirm-confirm penuh. Yang bestnya, kat SOGO ada disediakan tikar di sepanjang kaki-kaki jalan untuk kemudahan pengunjung berbuka puasa. Maka ramailah umat manusia bersama-sama memeriahkan suasana berbuka puasa beramai-ramai di hadapan pintu SOGO. Syiokk weh. Siap boleh beramah mesra lagi tuh! Kiranya boleh mengeratkan ikatan silaturrahim sepanjang berkelah di depan SOGO tu. Hah. Bahagia tak?
Keluarga SOGO
Apa tengok-tengok?

Jom geng kita kacau orang nak berbuka!

Nampak tak? Nak cerita shopping kat SOGO pun kemain lagi berjela ko taip. Gile betul.

Lepas ni ada part 2 pulak. Kejadia lepas bershopping di SOGO.

Bertabahlah membaca!







Thursday, July 9, 2015

Ramadhan last!


Assalamualaikum,

Kejap je dah sampai Ramadhan ke-23 ni. Macam tak percaya je. Unbelievable. Pejam celik pejam celik je dah dekat nak masuk Syawal. Rasa macam banyak lagi benda tak sempat nak buat. Terawih pun banyak ter-miss. Baca Al-Quran pun ikot dan je. Kadang tak sempat. Rasa menyesal pun ada sebab tak buat betul-betul Ramadhan tahun ni.. ooemgeee…. Nak nangisss.. ;( Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Dapat ke jumpa lagi tahun depan? Mungkinkah?

Sejak ada baby ni banyak benda kami laki bini nak kena bergilir-gilir dalam beberapa perkara. Nampak tak kat situ tengah nak bagi alasan bajet innocent..ppffhh.. Macam contohnya kalau time berbuka puasa, masuk waktu je kitorang akan makan yang ringan-ringan dulu, sama ada kuih ke, kurma ke, minum air pun dah puas. Lepas tu, time nak makan heavy, sorang makan dulu sorang jaga Ammar. Bukan apa, kalau makan dua-dua, nanti adelah budak karaoke sorang-sorang bawah meja mintak perhatian. Kalau makan bersila kat depan tv kekonon nak teman dia, nanti jadilah beruk budak tu panjat kitorang, ingat kitorang ni tunggul? Tiang? Anak aku lasak hokeeyy. Nanti terjadilah drama depan tv. Tersembam dah banyak kali. Kalau beli helmet ok jugak kan?
Budak penuh dengan muslihat..

Ammar nak jadi macam thor la ibu.. ada gaya tak?

Masa solat pun kadang kena gilir-gilir. Kalau tak nanti dia ingat kitorang tengah main tikar terbang. Duduk pulak betul-betul depan tempat nak sujud. Kalau dia rasa nak lagi extreme, dia panjat kaki kitorang. Kalau Tarik sejadah atau telekong tu dah biasa sangat. Terpaksa abaikan je dengan tingkah laku budak yang tengah nak membesar ni. Semua benda dia nak teroka. Al-maklumlah, sel-sel otak sedang berhubung. Kadang-kadang hubs pergi terawih kat surau, Ammar pulak jenis tido awal. Pukul 830pm dah merengek mintak dodoi. So, tengah-tengah dodoi kan baby, terdodoikan diri sendiri jugak. Huahuahua.

Raya tahun ni feeling dia lain sikit tak macam tahun-tahun sebelumnya. Tahun lepas masih berdua dengan hubs and Ammar masih dalam perot lagi. Tahun ni beraya bertiga, kalau shopping baju raya pun lebihkan yang budak kecik dulu. Aku ni pulak jenis tak boleh tengok baju baby. Rasa nak beli semua je sebab terlalu cute lah. Kalau boleh semua nak lengkap. Baju melayu, siap sampin, songkok/kopiah, kasut, stokin. Yang tu baru raya pertama. Raya kedua kenalah bergaya dengan baju lain pulak. Botak licin kepala laki gua. Nak buat macam mana dapat bini kaki shopping. Kehkehkeh.. Raya kali ni kena beraya bersungguh-sungguh dengan harapan akan ada orang bagi duit raya kat Ammar. Kalau ada rezeki Ammar, boleh la recover balik duit spent beli baju raya Ammar tu. Huahua.. ko dah kenapa.

Berbalik kepada cerita Ramadhan, rasanya ada baki lagi 6 hari sebelum ketibaan Syawal. Masa nilah kita kena grab betul-betul hari-hari terakhir Ramadhan ni dengan harapan InsyaAllah boleh ke temu dengan malam Laila tul Qadar. Hopefully kita masih sempat nak habiskan sisa-sisa terakhir Ramadhan ni, banyakkan berzikir, mengaji, bangun malam untuk bertahajjud, lupakan lah hp tu sebentar. Daripada kita berjam-jam duduk bermain gadget hanya untuk hiburan yang melalaikan, lebih baik kita beristighfar, berzikir, atau mengaji. Itu lebih baik. Bukan tiap-tiap tahun pun kena buatkan. Setahun sekali je. Tak rugi apa-apa pun malah Allah siap bagi ganjaran pahala lagi kat kita. Ni pun untuk peringatan diri sendiri jugak. Aku pun tak perfect. Aku pun lalai dengan gadget. Tapi tak salah kan kita saling ingat mengingati. Lagi-lagi di hari yang mulia ini. Hah. Dah start karangan macam ustazah dah ni. Baik stop kejap.

Wassalam.



Sunday, July 5, 2015

Breastfeed with inverted nipple?


Assalamualaikum,


Bukan semua ibu boleh breastfeedkan baby mereka. Bukan diorang taknak. Tapi just tak boleh. Including me. Eventhough I wanted to soo badly. Kita pun nak jadi mommy yang breastfeedkan baby dorang. Bukan kena pump hari-hari. Nak cakap letih memang letih. Susu pun bukan makin banyak. Bonding antara mommy dengan baby time breastfeed tu yang merangsang penghasilan susu badan. Tapi bagi yang tak boleh direct breastfeed? Pump dengan keadaan tertekan, it won’t help. Susu susah nak keluar. Kalau ada pun sikit. Ada masa stress sangat sebab kita rasa kita takde upaya nak sediakan baby susu yang secukupnya. Stress tau?

Kadang-kadang ada some mommies yang bangga cerita diorang senang nak breastfeed baby diorang, susu belambak-lambak, baby suka, baby kenyang, baby gemuk, baby sehat. Itu annoying namanya ok? Bila kita cerita kita tak boleh breastfeed, siap perli kata kita tak pandai, kita malas, kita taknak belajar, nanti baby selalu sakit, baby tak cukup zat, siap bagi nasihat macam dia sorang je mak yang terhebat kat dunia ni. Padahal anak baru sorang…pppffhh..

Well, of course every new mother kat dunia ni kalau diberi pilihan antara susu badan atau formula, for sure ibu-ibu akan memilih untuk menyusu badan. Semua pun dah sedia maklum tentang khasiat dan kebaikan susu ibu. Siapa yang taknak baby mereka dapat nutrient yang diperlukan oleh badan mereka.  Mungkin some mother out there ada masalah macam aku jugak. Inverted nipple dan sukar menyusukan directly baby mereka. Dan aku pun tak tahu aku ada masalah tu sampai la aku ada baby sendiri dan cuba untuk breastfeed kan baby aku. Tapi tengok keadaan. Ada jugak yang ada masalah inverted nipple boleh breastfeed. Tapi untuk aku, aku dah cuba dan tak boleh.

Masa tu boleh dikatakan susu badan memang banyak tapi masalahnya baby susah nak latch dengan keadaan nipple yang macam tu. Seriously its hard. Jangan kata aku tak cuba. Mula-mula pelik jugak sebab ingatkan baby tak pandai nak latch. Aku siap carik video cara-cara nak breastfeed kan baby. Still tak boleh. Baby taknak. Meraung dan haus. Nak tak nak kena beli breastpump kemudian bagi susu guna botol. So, baby jadi suka dengan botol nipple plastic.

Then, aku google lagi cara nak mudahkan breastfeed bagi mommy yang ada inverted nipple. Pakai nipple shield. Baby kejap je nak pakai lepas tu nangis balik sebab tak puas.  Nipple shield tu pulak asyik bergerak-gerak je so tak selesa. Jadinya anak aku ni hari pertama je dah minum formula. Aku sempat bagi susu badan dalam 4 bulan je.Itu pun campur. Kalau tak cukup susu badan terpaksalah bagi formula. Alhamdulillah. Itu pun dah memadai. Selain masalah inverted nipple, susu badan aku tak banyak. Masa pantang memang banyak minum Horlicks, makan sayur sawi, lobak putih. Lepas tu, siap makan Shaklee esp untuk tambahkan susu tapi susu masih tak cukup. Sedih .. L

Sekarang Ammar dah masuk 7 bulan. Bila aku teringatkan masa mula-mula Ammar lahir, rasa sedih dan agak kecewa sebab tak dapat nak bagi exclusive breastfeed kat Ammar. Mungkin ada hikmah atas semua tu. InsyaAllah, kalau ada rezeki next baby akan cuba lagi. Alhamdulillah, Ammar pun membesar dengan sihat dan aktif sekarang. Dan yang seronok, start dari baby sampai sekarang, bagi aku Ammar sangat senang dijaga dan tak banyak kerenah.


Ok. Sekian.

Thursday, June 18, 2015

Baby demam campak!

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah, dah sampai setengah hari berpuasa pada hari pertama Ramadhan (yayy.. happy sikit!)  Walaupun kesihatan tak mengizinkan, baru lepas demam panas last week around 39 degree (tak larat woo..) sekarang dah ok sikit tapi still ada batuk & selsema. Even tak selesa, sebab tekak perit lepas batuk.. huhu.. hopefully, InsyaAllah, dapat stay puasa sampai waktu berbuka nanti. Bertahan!

Cerita pasal kesihatan ni, actually satu family aku demam. Me, demam panas paling teruk aku kena tahun ni. Dengan sakit-sakit sendi tak  boleh nak bangun plus sakit kepala. Ya Allah rasanya Tuhan je yang tahu. Al-maklumlah, aku jarang demam. Husband, balik outstation kelmarin  je demam & sakit-sakit kepala. Migrain dia datang balik. Everytime balik dari outstation je macam ni. Badan kurang ketahanan. I’m feeling bad for him sebab tak dapat nak jaga baik-baik. Me pun tak sehat ok dear.. *sobsob..*

Now yang latest, Ammar pun demam sekali! Kelmarin aritu suhu badan dia panas sangat sampai 39 degree. Aku yang demam pun rasa tak larat nak bangun, si budak Ammar ni pulak, rilek je pegi merangkak sana sini, main sana sini macam tak sakit langsung!

Lepas bagi ubat semua, badan dia terus kebah. Tapi aku perasan ada banyak bintik-bintik merah kat badan dia. Ah sudah! Aku dah rasa macam demam campak je. Besok nya tengah-tengah malam dia bangun merengek –rengek gosok-gosok muka. Then aku Nampak bintik-bintik merah dah penuh satu muka dia. Oh my! Confirm campak. The next day, pegi klinik lagi sekali then doctor pun confirmkan Ammar kena demam campak.

Ohhhh... dah tak hensem dah anak ibu... :((

Alhamdulillah, so far Ammar tak banyak meragam sepanjang dia sakit ni. Aku pun heran. Elok je dia main, merangkak, panjat-panjat, macam tak sakit. Kuat ok anak ibu *sobsob* Kita punyalah risau pasal dia, yela kecik lagi baru 6 bulan setengah, aku kena demam campak pun time tu dah darjah 4 kot.


I'm sexy and fabulous..

Aku pun tak berapa sure macam mana nak jaga baby demam campak ni. So, just mengoogle dan jumpalah beberapa tips untuk jaga baby demam campak ni:
  •  Jangan kasi baby mandi. Kalau suhu badan panas, just lap je badan pakai kain basah sebab air cepat sejat.
  •  Boleh kasi minum air kelapa
  • Nak kasi cepat sembuh mandikan pakai air campur daun semambu
  • Selain tu, boleh la apply ubat sapu yang doktor bagi


So far, yang no. 1 & 4 je aku buat. Yang lain-lain, belum try lagi. Mana ya nak dapatkan pokok semambu? Aku pun tak sure. Hopefully, Ammar cepat sembuh. InsyaAllah.


Thursday, June 11, 2015

Ammar ajak swimming kat Hippopo baby Spa!

Assalamualaikum,

Ok so last week/last month kot..pppfffhh.. aku bawak Ammar swimming kat Hippopo baby spa kat Empire Subang. Eh ehh ingat kita orang dewasa jeke nak kena spa manjakan diri, baby pun kena tau!

So, that weekend actually kitorang balik kampong hasben kat segamat. Booked sesiap untuk session swimming Ammar, hari Ahad pukul 2.30pm. Booking kena seminggu awal ye and most importantly to make sure your baby takde fever ke, flu ke, kena makan or nyusu 1-2 hours before session bermula, baby kena cukup rehat & all. Yela nanti masuk-masuk dalam tub je mengamok sebab tak cukup tido/rehat kan susah.

Actually, banyaklah benefits baby spa ni. Contohnya:

  • encourage brain development
  • Enhance baby’s confidence & security
  • Baby bonding with parent
  • Increase comfort 
  • Boost baby’s emotional stability
  • Improve relaxation


Dia ada banyak pakej yang disediakan kat spa ni. Untuk kitorang yang baru nak try test ni, kitorang just amek pakej single session pun sudah memadai. Price macam kat bawah ni:
  •          Swimming session (30 min)- RM48
  •      Massage (30min)-RM38

Hah, berbaloi tak? Sangat ok! Even mula-mula aku rasa eh kejap gile 30 minit je?? Rupanya 30 min tu is more than enough sampai aku rasa eh lama lagi ke nak abes ni?? Hehe..Exaggerate sangat.

Kat sini jugak ada disediakan 2 jenis tub. Yang kecik untuk baby below 5 month & untuk baby more than 6 month ada disediakan tub yang lebih besar dan selesa.

Hasben menjalankan pemantauan. Yang kaler putih tu tub below 6 month. Yang hujung tu tub untuk >6 month


Dari segamat kitorang gerak ke Subang dalam pukul 12pm. Timing tu memang cukup-cukup makan je. Ammar pulak tak sampai 10 minit gerak dari rumah mentua, terus tido sampai la sampai ke Subang.

Sampai je kitorang kat sana, kitorang disambut dengan mesranya oleh staff2 Hippopo & diberi sedikit taklimat tentang baby spa ni.

Before baby swimming, baby kena warm up dulu. At this time, Ammar macam blur lagi sebab baru bangun tido lepas tu dah disuruh pegi swimming. Dia punya tenung kat staff tu macam nk telan je. Garang kau nakk.

Warming up time..!!
Then, staff tu pakaikan Ammar special diaper untuk swimming, before terjun masuk tub, kena test-test dulu rasa air sedap ke tidak, then baru boleh masuk tub. Oh ya, lupa nak mention, air yang digunakan untuk swimming ni takde chlorine dan suhu air around 30 degree. So, sangat-sangat suitable untuk baby-baby anda.

Yang ni name dia air ye baby...


Time nak masok tub, Ammar takde rupe excited langsung compared to mak dia yang overly excited nak tengok Ammar terjun masuk tub. Ammar just tengok air pastu macam wondering sensorang “where am i??”

Mula-mula pakaikan Ammar neck float, dia macam agak excited jugak & main tendang-tendang dalam air. Ramai supporters dia include his daddy kat luar tub tu macam “go baby kick..kick your leg!” Dah macam game bola aku tengok . Tapi tak sampai 10 minit, dia dah rasa gelisah. Sebabnya dia rasa kepala die tersangkut kat somewhere yang dia tak dapat nak grab bola-bola dalam air tu. Haha..

yayy.. muke excited sikit!
Kick your leg Ammar.. kick your legg...! Ammar floating je..pffhh

Lepas tu, 5 minit rehat. Tukar pelambung pulak. Kali ni pakai waist float. Time ni Ammar dah boleh grab bola-bola yang terapung atas air tu. Tu pun kejap je dia main sebab dah penat.

Ibu..Ammar kat mane ni...
Having so much fun!
Banyaknye bolaa...
Overall, sangat berpuas hati dengan service kat sini plus dengan staff yang friendly. Highly recommended untuk parents yang bercadang untuk spend time dengan baby tapi tak tahu nak buat apa sebab baby kecik lagi, kat sinilah tempat terbaik. Sure baby suka punya la! :))


Kepada parents yang stay area Subang, boleh datang Baby spa berdekatan:

Empire Shopping Gallery
S11, Second Floor, Empire Shopping Gallery Jalan SS16/1, 47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
03-56134889


Wednesday, March 11, 2015

Anak demam- tips kurangkan selsema & demam

Bismillah,

Ammar Zafran now turns 3 month old..yeayyy! Alhamdulillah syukur, Ammar sangat senang di jaga masa baby ni. Tak banyak kerenah, tak banyak ragam. Most of the time dia akan tidoq, tak pun main sorang-sorang. Bila keluar berjalan or jumpa sedara-mara mesti dorang cakap Ammar budak baik sebab jarang tengok dia meragam. Alhamdulillah! For now la.. hehe..

Last time aku demam & selsema. Now dah berjangkit pulak kat si kecik Ammar. Yela, asal dekat je mesti nak gomol-gomol budak kecik tu. Mana boleh tahan tengok budak kecik tu tersengih-sengih asal di agah. Kesian pulak tengok Ammar sokseksoksek hingus keluar kat hidung. Ada one time tu Ammar meragam je sebab tak selesa. Sangat kesian kalau baby kita tak sehat. Yela, kita tak boleh simply bagi ubat demam or ubat selsema kat baby. Organ dalaman baby masih tak matang lagi so sangat-sangat tak digalakkan baby diberi ubat demam.

So, aku pun bawak Ammar pegi klinik untuk consult dengan doctor. Doctor kata untuk baby memang tak digalakkan bagi ubat. Kalau nak bagi pun kena bagi dos yang kecik. Cuma nak kurangkan selsema dia so doctor bagi Ammar nebulizer.

Redha jela Ammar kena neb.
Masa Ammar demam, memang risau yang amat. Yela, baru 3 bulan kan. Time tu suhu badan dia 37.6 degree. So, beside consult dengan doctor, kita pun boleh je pakai petua orang dulu-dulu. what I do,  untuk baby demam just lap je badan baby dengan kain basah. Kalau dah kering, ulang lagi sekali. Cara ni untuk pastikan badan baby kita sentiasa sejuk. Lepas tu boleh jugak tuam kepala baby dengan kain basah. 

Untuk baby yang selsema pulak, mak aku kata letak kunyit kat batang hidung dia.

Cara dia:
  •  Kunyit dalam 1 inci dibuang kulit.
  • Lepas tu hiris kunyit tu kat belakang lesung batu just untuk dapatkan air kunyit tu.
  • Then, sapu kat area dahi & batang hidung baby. letak sikit je

Nampak tak kaler kuning segaris tu?

So far, aku just letak kunyit je kat batang hidung Ammar. Kalau pegi klinik pun doctor suruh pakai neb. Kesian pulak tengok. Selsema dia pun dah makin kurang. Cuma kadang-kadang je dia meragam sebab hidung tak selesa. Tapi if demam baby takde tanda-tanda nak baik, better jumpa doctor semula. in case anything happen kan.

Ok setakat ni je. 

Assalamualaikum.


Tuesday, March 10, 2015

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Ammar Zafran

Bismillah,

Alhamdulillah , syukur sangat dah selesai untuk majlis Aqiqah & cukur jambul si Ammar Zafran. Majlis berlangsung pada 08 March 2015 (Ahad)di rumah mak mertua kat Segamat. Al-maklumlah, cucu pertama mereka. Mesti family mertua agak excited sikit.

Majlis ni semua unplanned & last minute punya decision. Supposed Aqiqah Ammar nak buat sekali dengan majlis tunang adik ipar. Tapi disebabkan adik ipar pun tak sure bila nak buat majlis dia, so kitorang pun buat dulu majlis aqiqah untuk ammar since Ammar pun dah masok 3 bulan.

Preparations untuk kenduri semua mak mertua yang sediakan dari segi arrangement untuk menu masakan, pasang khemah, Marhaban, doorgift dan jemputan. Doorgift yang balance masa kami kawen pun belambak lagi. So pakai jela yang dah sedia ada. Kami pulak cuma sediakan duit kambing aqiqah Ammar & tambahan untuk doorgift. Bajet jemputan dalam 150 orang. Yang lain-lain semua family mertua support. Untunglaa..

Jumaat malam baru kami bergerak balik ke Segamat. The next day (Sabtu) baru start buat preparation. Tugas aku untuk sediakan doorgift lepas tu tampal tag majlis aqiqah Ammar. Tu pun buat sendiri aci taram je.. hewhew.

Sticker buat sendiri & tasbih sebagai doorgift

Tengah-tengah dok prepare barang goodies, tetibe mak mertua aku bagi idea untuk buat buaian berendoi. Bab deco-deco semua serah kat aku. Since, aku pun minat bab-bab cenggini, so dengan senang hati aku terima job tersebut. Hoh!

Buaian berendoi Ammar. Simple!

Majlis start pukul 10 pagi. Kalau kat kampong sure mesti on-time punya. Ammar pulak pukul 9.30 pagi baru terhegeh-hegeh nak bangun. Nak kejutkan awal kesian pulak lena tido. Pukul 9.45 pagi group marhaban dan sampai. Aku pulak terkocoh-kocoh nak siapkan si Ammar. Baju si Ammar pun tak decide nak pakai yang mana satu. Baju Ammar Mak Long yang jahitkan sendiri. Satu baju melayu & satu jubah. Bila try fitting baju melayu, Nampak besar sangat kat Ammar. So decide untuk pakaikan jubah je.

Baju ni size budak setaon..hehe
alolorhh tomey..


Sepanjang majlis berlangsung, Alhamdulillah Ammar tak meragam pun. Masa group marhaban berzanji pun si kecik Ammar tido. Masa aku dukung dia untuk cukur rambut pun takde masalah. Dok senyap tapi mata pandang-pandang sekeliling. Disebabkan group marhaban ramai memenuhi ruang tamu rumah mak mertua aku, so buaian berendoi tu jadi display je dok tengah-tengah ruang tamu. Hehe.

Lepas habis majlis, so time to next project. Botakkan kepala Ammar. Disebabkan masing-masing takot & tak pandai nak cukur kepala Ammar termasoklah daddy Ammar, so si ibulah yang terpaksa botakkan kepala Ammar. Time tu pulak Ammar tengah lena tido, time tu la masa sesuai nak cukur rambut. Lepas half way cukur rambut Ammar, daddy Ammar pun join cukur sekali since dia tengok takla susah sangat pun kan.

si botak Ammar & muka selekeh aku lepas abes kenduri


Ok. Perasan tak entry ni tak banyak gambar? Yup. Itu yang paling aku terkilan sekali sebab tak dapat nak share the moment with everyone. Yela, orang yang paling rajin ambil gambar of course la aku. Tapi disebabkan aku sibuk dengan si Ammar, banyak momen-momen yang  terlepas untuk dibuat kenangan. Orang yang ditugaskan untuk ambil gambar pulak cuma amek muka Ammar je. Cuma lengan sado aku ngan belakang badan je masuk dalam gambar. Ohhh sedihh..


Ok. nak merajuk kejap! Bye.




Anak Masuk Darjah 1