Wednesday, August 22, 2018

Short Vacay-Cameron Highland

Bismilllah,

last week berkesempatan untuk bawak anak-anak untuk short vacay ke Cameron. Last time first vacay Ammar pun kat Cameron. Now trip kali ni untuk Sarah pulak. Plan asal this week balik kampung husband kat Bandar Bharu, otw tu singgah la naik Cameron.

Sebab short trip, 1 malam je so aku carik hotel yang mur mur area Brinchang. Last time duduk kat Natasya quite good sebab view kat beranda cantik tapi bilik air kotor sikit. Since aku lewat book hotel (sehari sebelum) so banyak hotel dah tak available. Lepas tu survey macam-macam hotel tengok review mostly certain hotel kotor la, haunted la last-last tak jadi book. haha. Sebab banyak sangat tengok review pelik-pelik so jumpa 1 apartment studio RM133/ malam yang mostly review ok-ok je. So ok lah kita go je. Actually plan nak carik bilik hotel je sebab nak tido semalam. Tapi sebab tak jumpa yang murah so dapat la apartment 1 bilik.

Malam khamis kami gerak. Alhamdulillah perjalanan ok, Sarah pun since dah masuk 5 bulan tak banyak meragam dah. So far so good. Ammar pulak as usual dalam kereta kalau tak tido dia buat concert dalam kereta.

Sampai Brinchang dalam 1.30 am kemain perut masing-masing kebuluq. Nasib baik jumpa 1 kedai mamak yang masih bukak tetengah pagi yang suhu lebih kurang 17 degree. Kita bajet kulit biawak tak bawak sweater bagai keluar kereta je menggeletar 1 badan. Sejuk!

Ammar kesejukan

Husband tapau 10 keping roti canai sekali untuk breakfast esok pagi tu lepas tu terus ke apartment tempat menginap. Kami menginap kat Play Residence dekat Golden Hill. Baru lagi tempat ni so bajet fikir mesti takde hantu.haha.

Lepas ambil kunci dengan tuan rumah, bawak barang-barang terus naik apartment dia kat tinggal 2. Apartment dia memang bersih. Mostly perabot dan hiasan dia beli dari ikea. Kemas je dia decorate rumah tu siap atas meja pun pinggan cawan sudu semua bersusun rapi.

Tapi bilik ada 1 je katil pun kecik. Boleh la tido 2 orang untuk aku dengan Sarah. Husband dengan Ammar pulak tido kat luar. Nasib baik ada 1 sofa yang boleh lipat tu kalau bukak jadi katil kecik. Ammar tido kat sana husband pulak malam tu dia kata tak dapat nak tido sebab nak siapkan keje ofis dia so aku dan anak-anak tido dulu.

Semua kebuluq!

Masing-masing belum bangun

Happy kids lepas bangun pagi


Next morning aku dan anak-anak dah bangun pagi-pagi eksaited nak berjalan. Husband still berkeruh since malam tadi maybe dia siapkan keje sampai lewat pagi and maybe sebab letih driving kot. Mana taknya nak naik ke cameron ni memang kena hati kental sikit sebab perjalanan nak naik atas tu memang jauh dan berliku. Kalau jenis tak tahan sure dah mabuk loya semua.

Lepas siapkan diri dan anak-anak, kejutkan suami untuk bersiap since suami pun bersiap dalam 5 minit (plus mandi). Dalam pukul 11.00 am dah check out.

First destination kami ke cactus point since dekat dengan tempat penginapan tapi tak beli apa pun just amek gambar je. hehe.







Next check point kami ke Ladang teh boh Sungai Palas. Orang kata tempat ni tempat wajib kalau datang Cameron.Tempat ni jauh tau amek masa 1 jam nak sampai plus jalan kecik dan  berliku. so kalau nak pegi tu fikir la masak-masak sebelum decide nak naik. Lepas sampai ke kawasan parking kena carik parking spot tu pun kalau dapat sebab ramai gila umat manusia kat sini then lepas park kena berjalan kaki pulak untuk naik ke cafe atas bukit. Tapii.. kami tak naik pun cafe tu sebab jauh gila plus dengan bebudak lagi kan. I tak sanggup!huhu

Sepanjang jalan nak ke end point ladang teh boh ni semua dikelilingi dengan ladang teh. Memang superb view dia. Kalau berani boleh berhenti tepi jalan nak ambil gambar. Tapi jalan dia sempit sangat so kena pandai cari spot untuk park kereta so tak ganggu jalan orang lain. 

View ladang teh superb!

Ibu dan Sarah

Happy Sarah!

Ada style bila bergambar!

Abang style!


Lepas ambil gambar puas-puas berlatar belakangkan ladang teh baru kami bergerak balik. On the way balik tu kami singgah pasar yang kat tepi-tepi jalan tu untuk beli makanan wajib dia strawberry. Then  beli sikit sayur-sayur untuk di bawa pulang. Sayur dia memang fresh dan murah RM10 untuk 16 jenis sayur yang dah di pack siap-siap. So pilih je sayur yang berkenan. Memang murah sangat.

Lepas singgah beli sayur dah nak masuk tengahari perut pun dah start menyanyi-nyanyi, kami singgah makan kat Green View Garden yang dekat dengan Kilang Avant Chocolate. Tapi masa kami datang kilang ni tutup so tak dapat nak pergi. Just makan kat cafe dia je. 

Masa kami sampai orang tak berapa ramai tapi cafe dia tak berapa nak bersih sangat. Food dia menarik jugak ada kek dengan ice cream macam-macam jenis. Tapi food dia agak sedap jugak. Kami order chicken chop dengan fish and chip plus air coklat. Then tetiba pulak Ammar request nak ice cream coklat so total spent makan kat situ je lebih kurang RM70+. Not bad.

Our lunch!

Air coklat sedap! tapi tak ingat nama

Adek tengok food je tak sabar nak makan ea?



Habis kenyang masing-masing kami terus bergerak balik ke kampung husband. So far perjalanan smooth even in between tu husband migrain sebab tak cukup tido.

Bila dah sampai kampung baru husband bukak cite yang masa kat apartment tu dia tak dapat nak tido sebab dia kena kacau! Dia kate benda tu main-main lampu dengan pinggan kat dapur. Sebab tu husband tido lewat malam tu. haha. Aku pulak sedap je berkeruh kat bilik sebab kepenatan. haha. Nasib la tak kena kacau, kalau tak mau aku yang lari dulu! :p




Sunday, July 22, 2018

Raya 2018

Bismillah,

**Major throwback coming up soon**

Banyak posting aku mostly dah basi-basi sebab masa memang saaaangat mencemburui aku (most of the time!)

Anyway, banyak lagi hutang post belum dilangsaikan sepenuhnya dan now nak post recent update pun dah takde masa dah.

Orait. 

Raya tahun ni sangat-sangat alhamdulillah paling favourite sebabnya pertambahan ahli baru dalam keluarga kecil aku, baby Sarah Anisa.

Nak cakap paling favourite sebabnya bab nak shopping baju raya la weh! haha...

Yela bila dah ada anak perempuan macam every shopping complex yang kau pergi mesti tak sah kalau tak tawaf berpuluh kali every corner, every section baju budak untuk pilih baju anak. Ya ampun macam-macam jenis, warna, style yang alahai comey lotey kiut miut lah. Mak yang ada anak perempuan aku rasa mostly macam ni kot. Dah hamek satu yang cantik, tetiba nampak yang lagi cantik kat belah sana. Lepas tu macam blur nak pilih yang mana satu, kalau beli dua-dua mau terjegil mata husband aku sekali terjegil dompet duit dia. haha. Mana taknya harga baju budak pun mengalahkan harga baju orang dewasa ohmai..

Bab beli baju raya pun mostly fokus kat bebudak je. Husband macam biasa jenis tak kisah kalau boleh yang paling murah sebabnya baju melayu lelaki jarang pakai selalu. Kalau tetiba nampak husband kau pakai baju melayu (selain utk pegi masjid, kenduri tahlil, hari raya) kang curious petala ke 8 pulak kan.

Baju raya untuk aku pun aku beli yang paling selesa je jenis kain cotton dan jenis yang senang nak bersilat dengan bebudak especially bila si Sarah tantrum atau nak mengejar si cergas Ammar.

Oh ya.. tema baju raya tahun ni ialah merah hitam kengkonon nak rare la tapi rupanya ramai yang tema sama macam kami. dehhh.

Untuk tahun ni giliran rumah family husband pulak di Bandar Baru, Kedah. Kami gerak sehari sebelum raya. Perjalanan pun alhamdulillah jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama... eh iklan..

Perjalanan ke kampung ambil masa lebih kurang 4 jam plus jem so memang tak rasa sangat lah sebab setiap bulan pun memang balik kampung so dah terbiasa dengan perjalanan jauh.

Raya pertama jatuh pada hari Jumaat so hari first raya tak buat apa sangat. Pagi-pagi lepas kaum lelaki balik dari masjid acara wajib tahunan setiap family bila beraya adalah sesi bergambar. Belah petang pulak ziarah ke rumah sedara belah pak mentua kat parit buntar.

 Raya kedua pula kami beraya ke Gerik, sedara mara belah mak mentua pulak. Masa ni bila mak mentua kata " jom kita beraya kat Gerik pulak" so aku macam oh ok.. jommm! masa tu ingat dari rumah FIL ke Gerik tu macam dari rumah aku ke opis je dekat jela. So aku prepare barang bebudak pun bajet-bajet cukup untuk pergi balik la paling lama pun 4 jam. Husband aku pun tak cakap pape sebab dia driver je bab preparation semua aku settlekan. Rupanya nak ke Gerik tu amek masa 3 jam lebih. Panas punggong aku dok dalam kereta. Haru. Dah tu pulak si Sarah banyak merengek, meragam maybe sebab tak selesa or badan letih. Berpeluh jugak aku nak pujuk si Sarah everytime tantrum masa beraya rumah orang.

Nak ontheway balik pulak susu Sarah habis so terpaksa husband pegi carik mall yang bukak dah tu kena beratur almost 1 hour semata-mata nak beli susu je.adoi. Nasiblah pampers ngam-ngam bawak so selamat sikit kat situ.

Raya ketiga pulak turn menerima tetamu yang datang rumah mertua. Sedara mara husband aku memang ramai. Sekali datang je 3-4 bijik kereta. Memang masak sungguh nak melayan tetamu yang tak putus-putus datang. Nak pulak adik ipar yang sorang tu dah balik kampung belah husband dia kat Pahang. So tinggal aku dengan adik ipar bongsu. Mak mentua aku memang tak cukup assistant nak menolong untuk buat semua benda so terpaksa tinggalkan Sarah kat husband dan turun padang. Ingatkan bila dah ada baby boleh excuse kan.. haha.. its a no okay..

Raya ke-4, kami dah balik rumah. Plannya nak gerak tengah malam nak elak jem. Rupanya tengah malam tu lagi jem. haha. Gerak dari rumah mertua 11 pm sampai rumah kami dekat pukul 5 am. Lepas subuh baru tido tengahari baru bangun. Belah petang pulak kami ke tabung haji bukak akaun bebudak simpan duit raya. Alhamdulillah rezeki bebudak tahun ni.

Cuti raya aku amek seminggu sebab macam tak puas duduk rumah dengan bebudak. Lagipun nak spend masa lebih sikit dengan husband before dia outstation for 2 month ke Terengganu. 

Minggu selepas tu, beraya belah family aku pulak. Since memang family belah aku memang tak ramai so dalam masa 1 hari dah habis beraya semua rumah sedara mara. Nak pulak masing-masing duduk dekat-dekat tak sampai 30 minit perjalanan ok!

So settled posting raya 2018.

My small family

Ayah 2 anak

mohon ampun maaf ye husband

Anak kesayangans

Abang yang penyayang

Family in laws

Cucu-cucu 

Beraya kat parit buntar


Mohsin's family

aahh.. better sikit... even ada yang gadoh la berebut mainan la.

Cucu-cucu nenek murni

Princesses in  the family

Sesi kutip duit raya

Makan time






Sunday, June 10, 2018

Throwback-Raya 2017


Assalamualaikum,

Since dah lama tak update blog, gaya penulisan macam hampeh je. Tetiba ayat semua nak jadi skema. urghhh..

*********************************************************
Salam 26- Ramadan.

Lagi 5 hari berpuasa sebelum kedatangan Syawal. Ramadan tahun ni aku tak fully utilize betul-betul since ada Sarah, princess yang sangat attention seeker.

Sarah yang kuat merajuk, kuat meraung. Lambat sikit bagi susu dah meraung macam kena gigit semut api. Meraung yang sampai keluar air mata, tersedu-sedan, setiap 1 jam mintak susu tapi badan maintain kecil molek. Walaupun kecik tapi tenaganya kuat sangat eventhough baby girl. Jangan main-main ye.

So sebelum Hari Raya tahun ni, aku nak kena update Raya tahun lepas punya cerita, even tak berapa nak ingat at least aku kena update every year punya raya dalam blog. Kalau tak rasa macam tak complete lak blog ni.

Tahun lepas beraya kat belah aku pulak which mean kat Jalan Kebun jela. Adik beradik pun semua beraya kat sini kecuali abang sulung yang beraya kat Kelantan. Kali ni disebabkan saja nak merasa perasaan balik kampong, semua pakat tido rumah mak malam sebelum raya tu eventhough rumah sendiri pun 10 minit je dari rumah mak. Alhamdulillah adik beradik semua duduk dekat, paling jauh pun 20 minit je dari rumah mak. Tak sempat pun nak merasa rindu dengan mak sebabnya every week pun boleh datang jenguk.haha

So tema tahun lepas kami sekeluarga pilih warna maroon. Baru aku perasaan, tiap-tiap raya warna tema baju mostly warna-warna tanah. Raya 2016 tema brown. Tu pun husband yang perasan masa nak carik tema baju raya tahun ni. Raya tahun ni warna dia rahsia dulu tapi still warna gelap la. haha

Kalau beraya ni adik beradik berkumpul ramai ramai masa raya pertama memang meriah. Pagi raya macam biasa yang lelaki masing-masing bersiap untuk ke masjid, yang perempuan pulak bersiap untuk ke dapur prepare makanan or apa yang patut. Lepas kaum lelaki balik dari masjid je kami terus ramai-ramai pulak ziarah kubur arwah abah. Lepas balik kubur baru boleh makan dan sesi bergambar.

Family aku ni memang kecik sangat, Kami cuma ada each other. Adik beradik jela yang memeriahkan suasana raya. Tu sebabnya bila adik beradik berkumpul tu rasa seronok sangat. Sedara mara pulak boleh kira dengan jari je. Family belah mak memang takde sebabnya mak asalnya merantau dari seberang. Sedara mara belah abah pulak  pakcik-pakcik semua dah meninggal Cuma tinggal makcik je yang ada. Tu pun duduk berjiran je tak jauh dengan rumah mak. Cousins memang kureng rapat sebabnya masing-masing dah berkeluarga  dan duduk jauh-jauh. Cuma anak-anak abah (lain mak) je kami agak close jugak cuma jarang jumpa. Kiranya kalau beraya tu raya pertama dah habis pusing semua rumah sedara-mara. haha

So tulah dia serba sedikit pasal family aku. Selang 2 tahun baru dapat berkumpul balik sebab tahun seterusnya beraya kampong pasangan masing-masing pulak. Yang tak bestnye nanti rumah mak jadi sunyi tinggal adik –adik yang tak kahwin lagi je teman mak. Lagipun mak tak kesah since masing-masing duduk dekat-dekat masih dapat berkumpul lagi seminggu lepas tu. 

So nak share gambar raya tahun lepas. Tak banyak ada sebabnya phone aku corrupted sebab jatuh last time, so gambar semua hilang termasuk gambar raya. Sedih wooo..sobs

 
Family 'besar' kami.. kurang sorang family

ok Candid pulak


Me and le husband perut muncit

Ammar time kecik..

ok.. Tunggu pulak post untuk raya tahun ni pulak ye..

Monday, June 4, 2018

D-MER and Me



Masa lahirkan Sarah dan start bagi Sarah breastmilk, ada satu perasaan pelik everytime bengkak susu. Perasaan tu susah sangat nak describe, tapi more to negative feelings, rasa sedih, marah, rasa panic, emotional, rasa tak sedap hati sampai aku ingatkan aku ada PPD. Tapi selalunya perasaan tu rasa kejap je lepas tu hilang. Tapi memang tak best langsung perasaan tu.

Every time perasaan tu datang, aku akan pejam mata dan jerit dalam hati “stop..stop.. stop!!” sampai perasaan tu hilang. Perasaan tu teruk sangat sampai rasa nak stop bagi Sarah breastmilk. Pernah satu hari aku doa mintak keringkan susu badan ni sebab kadang-kadang tak tahan sangat nak hadap perasaan teruk tu. Dia punya feeling tu memang horror gila!

So disebabkan terlalu curious dengan benda pelik yang menyerang aku ni, aku pun try google problem aku ni dan surprisingly rupanya penyakit dengan perasaan negative tu memang wujud dan penyakit tu dipanggil syndrome D-MER.

Apa tu D-MER?

So D-MER ni atau Dysphoric Milk Ejection Reflex ialah condition di mana si ibu yang menyusu mengalami satu perasaan negative yang berlaku sebelum susu keluar (milk release) dan hanya berlaku dalam beberapa minit saja. D-MER ni jadi disebabkan hormone dopamine yang tetiba menurun dan effect emosi kita. (more info here)

Sebenarnya syndrome ni baru je discover pada 2007 oleh Alia Macrina, iaitu orang  pertama yang identified D-MER masa lahirkan anak ke tiga. Actually takde further research pun pasal D-MER dan source tu sangat2 limited. Kalau google pun memang kurang info or pendedahan pasal D-MER ni. So kiranya aku antara mak-mak yang “special” yang suffer syndrome ni. tapi jadi tak special bila kau rasa sendiri perasaan tak best tu tau.

Aku pun ada follow facebook group D-MER founded by Alia Macrina ni. Rupanya ramai mat saleh yang ada condition macam aku. So I am not alone! At least bila kita share cerita how D-MERS affects our daily life (as a mother) kita boleh support each other, bagi kata-kata perangsang untuk kita lebih kuat hadapi benda ni. Ada jugak yang share macam mana cara diorang handle atau reduce kan rasa D-MER tu sendiri yang boleh kita apply kat diri sendiri.

Ni antara problem yang diorang share dalam group.

Boleh join group ni.. sangat supportive








Ada jugak yang share diorang suffer D-MER yang teruk sampai kena stop breastfeeding. Kesian kan?

Treatment pun lebih kepada managing your own emotions selain support from people that suffer the same syndrome like me. Once kita aware dengan masalah ni, so kita lebih senang nak handle. Contohnya macam aku, kalau perasaan negative tu datang, aku berselawat atau berzikir, takpun tarik nafas dalam-dalam atau cuba distract fikiran aku dengan benda lain. Kalau orang lain mungkin minum kopi boleh kurangkan sikit D-MER. Others macam exercise atau minum air pun dapat kurangkan perasaan tu. Tapi perasaan tu still there and unavoidance sebabnya kita tak boleh nak control perasaan tu due to hormone inbalance dalam badan bukan sebab something yang boleh kita control.

So blame the hormone!
 
Sekarang ni D-MER aku makin kurang disebabkan kurangnya susu badan aku. Yup! bulan puasa ni memang affect jugak production susu badan aku ni. SInce susu pun dah kurang, aku dah start mix dengan susu formula.. Aku bagi susu formula Nan sebabnya orang kata rasa susu dia lebih kurang sama rasa dengan susu badan. 

Tapi Sarah selalu meragam tiap kali bagi susu formula. Kalau dapat susu breastmilk kemain laju lagi dia minum. Kadang aku pun terpaksa selang seli puasa sebabnya nak kumpul stock susu badan. Kalau lah D-MER ni hilang aku rasa boleh lagi fokus pump susu dan stock up banyak-banyak kot.

InsyaAllah, ibu teruskan jugak stock up susu ibu dengan D-MERs yang sangat menganggu ni dan make sure Sarah dapat susu ibu secukupnya.

Abang dan Adik..

Sunday, May 27, 2018

My breastfeed journey for baby Sarah


Assalamualaikum,

Benda yang paling menyesal lepas ada baby ni which I took for granted was breastfeeding. Aku ingatkan breastfeeding ni painless and baby naturally akan latch on breast dengan senang.

Ye. Aku ingat semua benda tu senang!. Rupanya breastfeeding ni antara the toughest thing once you become a mom. Trust me. You have to be fully knowledgeable before starting your breastfeeding journey.

Masa Ammar lahir dulu, aku tak dapat nak direct breastfeed kan dia sebab aku ade problem nipple tenggelam (link for my previous post is here)Lepas 2 month berusaha, lastly give up sebab letih sangat nak handle Ammar sebab mengamok time feeding plus kesian.

Ammar Zafran beberapa jam lepas keluar dari perut

So after 2nd baby ni memang dah tekad nak breastfeed betul-betul since aku ada baca beberapa artikel yang katanya ibu-ibu yang mengalami nipple condition macam aku ni (flat nipple, tenggelam, pendek, orang kata puting buta) ada jugak yang success breastfeed tapi dengan teknik yang betullah.

But again, I failed.

So the first week, aku nursing kan Sarah dengan flat nipple tu, aku picit susu bagi keluar dan “paksa” Sarah hisap. Tapi memang Sarah susah nak latch. Dia hisap nipple sekejap then terlepas. Aku try banyak kali tapi still nipple terlepas dari mulut Sarah. Sarah tak meragam sangat masa nursing tu so I guess Sarah dapat minum susu (sebab aku struggle picit banyak-banyak bagi keluar)Tapi aku bodoh jugak, sebab aku fikir perut baby still kecik tak banyak minum susu so aku rasa Sarah dah cukup minum.

Tett. Rupanya aku salah.

Lepas hari ke-5 tu aku nampak muka Sarah dah start menguning. Since aku ngan husband  darah jenis O, possibility anak akan dapat jaundice tu tinggi. So aku kerapkan breastfeed Sarah untuk reduce kan jaundice dia tapi masa tu aku buat bodoh lagi still continue dengan cara breastfeed aku. Memang tekad sangat taknak bagi Sarah minum susu pakai botol takut dia nanti nipple confuse. Memang renyah la sikit sebab kadang susu meleleh kat pipi Sarah sampai badan bau masam!

Hari ke-6 Sarah dah start jadi pasif gila. Bila usik-usik pun dia tak respon sangat. Suka nak tidur je.Bagi susu pun taknak. Muka pun dah kuning gila! Masa tu dah start panic dah, terus call husband ajak pergi check hospital. Bila check level jaundice Sarah dah 270 mumol/L. Lagi sikit nak 300 which kalau hit 300 lebih terus kena refer hospital besar buat blood transfuse.

Muka Sarah dah nampak kuning time ni


Masa doctor bagitahu rasa macam nak hempuk diri sendiri. Menyesal sebab still buat bodoh masa Sarah dah start menguning tu. Then aku tanye lah doctor kenapa tinggi sangat jaundice Sarah since Sarah menyusu badan dan inform condition aku ni. Doktor kata since masalah nipple aku ni, kita pun tak tahu berapa banyak baby hisap susu. Maybe dapat or tak sebab baby pun tak dapat latch betul, kita rasa baby dah hisap susu tapi sebenarnya baby tak dapat susu. So better pam susu dan bagi pakai botol je baru kita tahu berapa banyak baby minum.

Ya Allah, masa tu rasa bersalah sangat-sangat kat Sarah. Ibu nak senangkan diri ibu ni rupanya ibu lupa Sarah tak dapat cukup susu ibu. Niat ibu Cuma nak Sarah direct breastfeed je tapi lupa tujuan sebenar Sarah lahir kat dunia ni. Terus aku rasa sebak sangat masa serah Sarah kat bilik nursery untuk nurse proceed treatment. Balik je masuk dalam kereta dah nangis teruk!

Lepas kejadian tu aku terus bagi Sarah minum susu pakai botol je. Tapi aku selang selikan dengan breastfeed. Still berusaha mana tau Sarah boleh latch tetiba kan. Tapi lepas sebulan still tak boleh jugak, Sarah pulak dah pandai meragam or mengamuk kalau lambat dapat susu. Haa.. lagi dasyat mengamuk dari Ammar. Boleh masuk kelas vocal lepas ni.uhu

Lepas 2 bulan berusaha breastfeed, at the end aku kena terima hakikat yang aku still tak boleh breastfeed anak aku. Sedih pun ada sebab macam hilang satu nikmat Allah bagi as a mother. Tapi still positive, Allah bagi ujian tu kan bersebab. Maybe aku tak cukup kuat or tabah macam mak-mak lain untuk bagi exclusive breastfeeding untuk baby diorang.



Kena pujuk diri sendiri untuk sentiasa bersyukurlah! Some married couples waiting for years tau nak dapatkan anak tapi aku baru tak dapat nak nursing kan baby pun dah down. Semua perkara kena trust moderately. Sebab kita tak tahu macam mana perjalanan kita at the end of the road. Sebab every single person pun Jalan dia berbeza-beza. Positive la.. positive k.

Anyway, aku ada banyak lagi masa nak belajar, belajar dan belajar. Who knows yang third or forth success kan? J

InsyaAllah.



Saturday, May 12, 2018

Tie's Kitchen - Nasi Ayam Royale

Assalamualaikum,

So yang ni entry express. Despite of cerita yang tengah hangat sensasi lagi meletop selepas PRU-14, Dr. Mahathir as our 7th prime minister now, aku pulak nak cerita pasal masak memasak.heh.

Baru je lepas tidurkan si kecil Sarah. So kena taip laju-laju sebelum budak kecik tu bangun.

So, husband baru je balik dari German selepas seminggu, husband request suruh aku masak nasi ayam since kat sana dia kata diet tak makan sebab teringatkan nasi. Tekak melayu sangat husband aku ni. 

Bab masak memasak ni memang aku fail sebab dalam kepala ni memang tak banyak resipi yang aku tau selain menggoreng dan menumis. Tapi aku suka memasak sebab aku suka tengok rancangan memasak kat tv so kalau kat dapur tu aku imagine aku dalam rancangan memasak sambil bercakap sorang-sorang. hehe

So here it is the recipe yang aku google (as usual la...*wink*) untuk my lovely husband. Sebelum ni aku pernah jugak buat nasi ayam ni pakai recipe yang sama dari orang ni yang adaptasi recipe bekas masterchef Istana Buckhingham dan recipe dia memang terbaik.

Penyediaan nasi:

- Beras 3 pot (ikot berapa banyak perut nak isi)
- 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- 1 inci halia (tumbuk halus)
- Kiub pati ayam
- Daun pandan
- Lemak ayam
- Serbuk kunyit (saya letak sikit je)
- Air rebusan ayam (sama level dengan  beras)

cara-cara:

Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi sampai jadi minyak

Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus serta kiub pati ayam + daun pandan

Masukkan beras (make sure basuh dulu) dan air rebusan ayam dan kunyit

Tadaa... dah siap!
Bahan perapan ayam dan cara menggoreng:

- 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- 3 sudu madu
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap
- 1 sudu minyak
- Sedikit lada sulah

Masa nak rebus ayam, aku rebus pakai air yang banyak untuk masak nasi, sambal dan sup. Make sure rebus air bagi mendidih dulu baru masukkan ayam.

Masukkan semua bahan2 perapan tadi dan kacau sebati

Dah kacau sebati, perap dalam 20 min. Lagi lama lagi bagus

Goreng pakai minyak yang panas dalam 10 min. Tadaa.. siap!!


Cara masak sambal:

- 6 biji lada merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 sudu jus limau nipis
- Gula dan garam
- Air rebusan ayam
- 1 sudu tepung jagung dilarutkan dengan air

** Blender semua bahan kemudian masak dalam api sederhana. Last sekali baru masukkan air tepung jagung. Yang ni lupa nak snap gambar.

** Sup pulak just tumbuk 2 ulas bawang putih, goreng dalam kuali kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. Jadilah sup ayam.

Nasi ayam cara saya!



So simple!

Resipi nasi ayam ni paling sedap dan menjadi yang pernah aku buat. Husband pun 2 kali tambah nasi sebab sedap katanya. Tak tahu la sedap betul ke atau sebab dah seminggu tak telan nasi. hehe.

Ok. settle!





Anak Masuk Darjah 1