Thursday, November 10, 2016

Apa perlu dilakukan selepas kemalangan-Part 2

Assalamualaikum,

Proses kereta aku siap dibaik pulih lebih kurang 2 bulan. Kira macam kau amek maternity leave gitu. Masalahnya kereta aku tak beranak la. so sepanjang kereta kat bengkel aku terpaksa rembat Kereta husband aku bawak pergi kerja. Nasib baik opis husband dekat dalam 10km je dari rumah, so aku paksa dia pakai Kereta manual abang aku. huahua.. 

So sepanjang 2 bulan tu, every 2 weeks aku akan datang bengkel tu untuk buat inspection. In case la kan diorang buat kereta aku cincai je, or pakai spare part selain perodua ke kan. Follow up tu memang penting untuk tahu progress kereta kau. Kalau tak puas hati ke,kalau detect diorang tipu ke bagitahu direct je. Kita langsi punya olang. Kalau buat tak betul, kita panggil abang kawasan datang kasi hentam lu olang. Lu langsi lu matii !*tangangigil*

2 weeks after hantar bengkel... dia togel semua .. sian awaa... :((
4th weeks-- alhamdulillah.. ada progress....

Final weeks.. sikit lagi nak jadi bentuk dah.. hang in there baby.. :((

Finally... siap jugak...yehuuu..!



JPJ & Puspakom buat sendiri je-Jimat belanja!

Sedang kereta dalam process baikpulih, aku kena settled kan jugak hal berkaitan JPJ dan Puspakom. Aku buat sendiri je jimat duit. Last time runner mintak sampai RM400 untuk buat 2 benda tu. Padahal buat sendiri lagi murah. Tapi depends korang jugaklah. If ada duit tapi takde masa, so better pakai runner. Sebabnya kalau buat sendiri ni yang leceh kena ambil cuti. Cuti kalau bersepah takpe. 

So, dalam masa sebulan admin bengkel tu akan prepare document untuk kita hantar ke JPJ iaitu kebenaran baik pulih Kenderaan. Ada a few item yang memerlukan kebenaran JPJ before bengkel boleh proceed untuk buat baikpulih kenderaan. Contoh bagi kereta aku:

- Front/rear windscreen pillar

- Centre pillar

- Chassis panel 

Lepas admin bengkel tu prepare document diperlukan, then kena hantar ke JPJ Padang Jawa. Borang ni dihantar ke pintu 3, kaunter rundingcara teknikal. Lepas hantar form, tunggu lah dalam masa 2 minggu untuk JPJ keluarkan surat kebenaran baikpulih Kenderaan.

Then lepas dah dapat surat kebenaran JPJ, surat tu terus hantar ke bengkel semula untuk proses seterusnya.


Tangan kecil itu.. Ammar yang punyaa....


Kereta dah siap-Alhamdulillah!

Bila dapat call dari bengkel kata kereta dah siap, rasa macam nak lompat bintang 10 kali sebab terlalu happy. Yelaah.. 2 bulan takde kereta rasa macam hilang kaki je. Nak pergi sana sini pun susah sebab kadang husband kerja tak menentu. Kadang tu kena outstation terpaksa dia ambil balik kereta dia. Nak merempit pulak husband tak bagi. Huhu


Pemeriksaan puspakom

Next step lepas kereta dah siap dibaikpulih, kereta kena masuk puspakom semula. Step untuk inspect puspakom:

1) Booking puspakom seminggu awal untuk buat inspection. untuk booking, boleh call ke nombor 03-5101 7000 (Puspakom padang jawa). Kata kita nak buat pemeriksaan selepas kemalangan Kenderaan persendirian. Nanti kita akan diberi booking no.

2) Lepas dapat tarikh untuk inspect, so siap-siap apply cuti lah kan. Kang nanti bos taknak approve cuti tak pasal kena tukar tarikh lain. Satu hal pulak!

3) Document diperlukan semasa pemeriksaan adalah surat pengesahan baikpulih dari bengkel dan juga geran kereta original.

4) Geran kereta ni pun kena mintak sendiri kat bank. Pergi ke mana-mana cawangan bank yang berdekatan, isi form, then dalam masa seminggu dah boleh collect geran kat bank tadi. Simple!



Settled part 2.







Sunday, November 6, 2016

Apa perlu dilakukan selepas kemalangan-Part 1


Assalamualaikum,

Hari ni baru ada kesempatan nak story mory pasal kes Kereta aku eksiden masa raya hari tu. Dah nak masuk 4 bulan

Last hari raya puasa haritu, aku pinjamkan kereta aku kat abang aku sebab dia nak balik kampong kat Kelantan. Since aku pun balik kampong ke Segamat pakai kereta husband, so aku pun tanpa banyak tanya bagi lah pinjam kat dia. Abang kan…

Tapi, malang itu sungguh tak berbau…..

Nak dijadikan cerita, sampai-sampai je aku kat kampong husband, got a call from my abang ni kata mereka accident. Innalillah! Masa tu agak kaget lah sebab kami baru 5 minit sampai dari kampong then dapat berita yang mengejutkan tu. 

Alhamdulillah, semua selamat in that crash. Abang aku langgar divider kat atas highway, masa tu baru kat Bentong sebabnya terlelap. Allahuakbar! Mengucap aku sebab tak sangka abang aku boleh terlelap masa tengah drive. Tapi bersyukur sebabnya tak melibatkan Kereta orang lain. Own crash. Semua selamat. Syukur!

Dalam syukur tu rasa terkilan jugaklah sebabnya Kereta aku kan yang accident. Haha! Then lagi ralat sebab baru setahun beli. *nangishingustergantung* Tapi just fikir positif maybe semua ada hikmah yang Allah nak tunjuk supaya kita jadi lebih sabar. 

So memandangkan ni kali pertama kereta aku accident, aku rasa macam nak share sikit apa yang perlu kita buat selepas accident, macam mana nak claim insurance semua. Kira my own experience lah. Confident sikit. 

Stay calm & Safe our valuable items!

Yang penting, try not to panic. Of course la lepas eksiden kita akan rasa terkejut so tenangkan diri dulu. Check semua family member selamat. Then keluar dari Kereta cepat-cepat. Safe our belongings especially yang penting macam purse/wallet, phone. Kalau handbag kau brand prada sekali pun better safe them quick!

Ambil gambar & call insurans kereta

Yang penting ambil gambar kecederaan kereta. Ambil dari pelbagai sudut. Lepas abang aku kemalangan tu, mujur polis trafik cepat sampai then kawal lalu lintas. Since masa tu orang berpusu-pusu nak balik kampong (1 day before raya), so traffic agak padat. Abang aku punca jem tersebut. Lulz!

Lepas tu boleh call insurans kereta kata kereta eksiden. Selalunya insurans Kereta ada sediakan sekali khidmat bantuan kemalangan. So towtruck dari insurans kita tu akan datang untuk tarik kereta kita untuk dihantar ke panel workshop. In case ada towtruck lain offer nak tarik kereta kita, please say NO dan jangan pandai-pandai sign apa-apa surat yang diberikan oleh towtruck tersebut. Sebab nanti tak boleh nak claim insurans, dah kena keluar duit poket sendiri pulak. Haru..

Tahap kecederaan kereta aku
saya ta kuaat awwaa...;(
Kereta punca jem!...


Terus buat report polis

Kemudian, terus pergi buat report polis. Masa abang aku eksiden tu, towtruck tu yang hantar abang aku & family ke balai polis yang berdekatan. Polis report ni penting untuk kita buat claim insurans nanti dan report kena buat 24 hours. Lepas dapat report polis, buatlah beberapa salinan untuk kita hantar ke panel workshop nanti.

Since abang aku yang salah sendiri, so pandai-pandai lah goreng buat report polis untuk make sure kau dapat claim insurans. huhu



Proses claim insurans pulak

Lepas dah settle semua, boleh lah buat claim ke insurans kereta kita tu. selalunya pihak insurans akan mintak kita e-mailkan polis report yang kita buat sebelum ni. Lepas seminggu balik beraya kat kampong, aku terus proses claim insurans then tak sampai seminggu claim submitted dan under process. Kemudian adjuster dari pihak insurans akan berurusan dengan workshop untuk inspect kereta dan untuk kira total kos baikpulih.



Settled part 1.



Thursday, November 3, 2016

Trip ke Kuala Gandah, Elephant Sanctuary Centre



Assalamualaikum,

My nearly-2-year-old son is a huge fan of gajah. Kat rumah aku ada rekod satu cerita dalam TV from Thailand mengenai gajah, My Lucky Elephant. Jalan cerita dia sangat simple tapi menarik. Since aku dah rekod, so almost every day Ammar mintak pasang cerita tu sampai kami dah naik hijau tengok hari-hari. 

HARI-HARI OK! Tak tipu.

Since Ammar pun dah minat gajah, so kami pun ada bercadang nak bawak Ammar tengok sendiri gajah tu depan mata. Haa.. baru thrill kan. So, last time kami pun bawak dia ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Trip kali ni kami tak bertiga, aku bawak sekali my mom dan adik bongsu. Baru meriah kan. So here’s my trip story dan beberapa tips untuk kegunaan korang.

Elephant show start at 2pm onward

So, off we went to Kuala Gandah. Actually before pergi adelah survey sikit kat internet pasal tempat ni. Aktiviti gajah start from 2pm onward. Ada aktiviti mandi bersama gajah, feeding, elephant show etc etc. Macam menarik kan? 

Kedai makan tak banyak?

Dari Shah Alam ke Kuala Gandah ambil masa dalam 1 jam 45 minit je. Aku just nak remind once dah sampai pekan Bentong, better korang makan siap-siap kat sini sebabnya bila dah sampai area Kuala Gandah memang korang takkan jumpa kedai makan dah. Tu pun ada satu je kedai makan kat luar pusat konservasi tu tapi bila kami sampai dalam pukul 1 pm kedai makan tu pun dah nak tutup. Despair tau berjalan dengan perut lapar ni.

Free entry je tau… sumbangan dialu-alukan

Masa kami sampai tu, memang ramai sangat pengunjung yang datang. Bayaran masuk memang free Cuma digalakkan lah untuk memberi sumbangan. Jangan la jadi kedekut taik hidung masin sesen pun kau tak hulur. Duit sumbangan tu nanti pusat tu akan pakai untuk kegunaan gajah-gajah ni jugak. Kata pencinta haiwan kan? Kalau tak cinta kenapa datang kan? Huhu. Panas au sini.. ..

Registration kaunter.. penuh orang nak tengok gajah
Tak sabar nak tengok gajah tuu


Lepas daftar di kaunter, kami terus ke kandang di mana diletakkan 5 ekor gajah separately. Pengunjung dibenarkan untuk feeding gajah dengan membeli food gajah dengan harga RM2 untuk 5 kerat tebu (kerat tebu??)

Masa ni memang padat sangat orang berpusu-pusu nak bagi gajah makan. Kat sini rata-rata pengunjung dia berumur lingkungan 40-50 tahun. Makcik-pakcik tau berebut-rebut dengan aku semata nak bagi gajah makan. Kau hado?


Xcuse me.. Ammar nak pegang gajah.. tolong tepi sikittt


2nd attempt Ammar nak peganga gajah.. successfull!




Elephant show start at 2pm.. tapi delay sikit

Pertunjukan gajah start pukul 2 pm. Pengunjung pun dah ramai berkumpul ambil tempat masing-masing kat grand stand untuk tengok gajah marching. Time tu memang panas menggelegak jugaklah. Tapi dekat pukul 2.35pm baru show start. Rasa macam geram nak marah jugak kat situ sebab show tak ontime. Ramai pakcik makcik dah tunggu lama tak senang duduk sebabnya kena tahan panas including mak aku. 

Bila Nampak gajah-gajah marching dari jauh, ramai dah start tepuk-tepuk tangan suka. Then lepastu setiap ekor gajah akan diintroducekan oleh penjaga masing-masing dan buat aksi sikit. Done! Show ended. Pengunjung diberi tembikai free untuk bagi gajah makan. Tak sampai 1 jam pun. Thee..hee.. 

Ammar diberi masa sikit untuk bermesra dengan gajah. Turn out yang dia takut tengok gajah depan mata! haha.... 

Lepas puas tengok gajah, kami pun tak boleh duduk lama kat sana sebabnya peluh kesabaran dah memercik sana-sini. Kami plan untuk ketempat lain pula.

Menunggu dengan penuh kesabaran

" Mommy Daddy.. sayy aaaaa.."

Show ended--jom pulang!

2nd destination- Air terjun Chamang-the best!

Dari Kuala Gandah ke air terjun Chamang lebih kurang 1 jam je. Perjalanan nak ke air terjun agak berliku so sila bersabar semasa pemanduan sebabnya bila dah sampai sure korang berpuas hati melihat keindahan alam yang menanti. Chewah!

Superb cantik-tapi bahaya

Air terjun Chamang antara one of attractive destination. Tapi kat sini kena berhati-hati sikit sebab kerap berlaku kepala air. Kalau musim tengkujuh tempat ni akan di tutup. Pernah ada 3 kematian berlaku. Tu pun sebab sikap pengunjung yang cuai tak alert dengan tanda amaran kawasan bahaya yang ada kat sini. 

First time sampai memang wow! Air terjun tercantik pernah aku tengok. Ada jambatan gantung disediakan untuk ke seberang sana. Masa mak aku panjat mak kata memang tak boleh go on. Ketaq lutut jambatan tu bergoyang-goyang. Nak turun ke bawah pun agak curam lah. Tak sangka mak aku boleh harungi dengan jayanya. Maceh mak!

Ammar memang pantang tengok air. Ni sungai ke-2 dia datang. First time mandi kat sungai Ledang. Memang seronok tengok budak kecik tu mandi. Kalau air tu tak sejuk macam ais confirm dia tak nak balik. Despair lagi.

Lebih kurang pukul 5 pm baru bergerak balik semula Shah Alam.

Another great trip!

Jambatan goyang


Husband di situ mandi manda


Adik aku melayan si Ammar


Si kecik nampak air je...

Belajar swimmingg!
Mak dok berehat saja.. tukang jaga beg.. huu
Dah puas mandi kita makan ais krim pulak

Air terjun Chamang.. for sure akan datang sini lagi-pic ehsan google

xoxo

Tuesday, September 13, 2016

Amanville-indoor playground


Assalamualaikum,

Husband outstation lagi for another 1 month ke Labuan. This time was quite hard for him to leave us sebab dah lama tak kena outstation lama-lama. Lagi-lagi kena berjauhan dengan anak kesayangan dia. Anak dia. Not me he’ll be missed. *Eheks* 

Last time kena outstation lama masa Ammar 6 bulan. Tak reti apa lagi. Now Ammar dah 1 tahun 8 bulan. Dah pandai carik Ayah dia kalau tak nampak depan mata. Panggil ayah sesampai je kat rumah lepas balik dari kerja, Panggil ayah lepas mandi (rutin harian lepas aku mandikan dia, ayah dia yang akan pakaikan baju), carik ayah kalau nak tengok TV, ayah..ayah.. ayah…

Tapiii.. kalau nak makan carik ibu..

kalau kena marah dengan ayah, carik ibu..

kalau nak tido carik ibu..

kalau nak susu carik ibu…

hihi… fair laa…

So sepanjang husband takde aku lah kena jaga Ammar sorang-sorang. Anak baru sorang so boleh manage lagi. Plan anak nak ramai, so kena lah tahan sikit perangai budak kecik yang boleh tahan lasak dia ni. 

Kalau weekdays tido rumah mak. Mak aku yang mengasuh Ammar so taklah kelam kabut pagi-pagi nak pergi kerja. Weekend kadang balik rumah, uruskan rumah pulak. Kalau bosan duduk rumah bawak Ammar berjalan. Kalau berjalan dengan budak ni kena ada satu motif je. Kalau banyak sangat plan selalunya tak menjadi.

Weekend haritu, bawak Ammar main kat Amanville kat Space U8. Member ada recommend tempat tu best so aku pun try la bawak Ammar ke sana. Its an indoor playground for kids aged 12 and below. For weekend, entry per head RM15, weekdays RM9 for kids below 3 yo. Then kalau nak masuk kena pakai socks. Kalau tak bawak kenalah beli dengan harga RM3 sepasang.



Kami sampai pun petang pukul 4pm so masa tu orang tak ramai lagi. Baru 2 family. First time masuk Ammar macam takut-takut lagi nak main. Dia cuma perhati je sekeliling. Scan dulu apa yang patut. Macam mana nak main. Mula-mula masuk area infant sebab ada banyak soft toys dan gelongsor yang kecik-kecik. Area ni di panggil "main-main". Time ni Ammar okay lagi boleh control.




Belagak depan aweks
Ada pasang cerita upin ipin


Makin lama makin ramai orang masuk, Ammar dok perati je budak-budak lain main. Lepas tu baru muka dia macam excited then dia pun follow sama. Nak kawan rupanya..hooh

Then try bawak dia masuk area yang macam extreme sikit dipanggil "panjat-panjat", dia punya excited tak hengat. Siap taknak keluar dari sana. About half an hour dia dah start enjoy dengan mainan kat sana. Berlari sana sini, lompat sana-sini. Budak-budak kecik ni memang tak reti penat langsung. Seriously. Aku pulak yang letih kena kejar dia ke sana-sini.

We called this area "panjat-panjat"..tanjat boboyy
Syok kemain lagi main gelongsor tu

Main kutip-kutip bola pulak

Seronok berguling atas bola-bola yang lembut tu
Panjat jangan tak panjat..


I had to keep an eye on him sebab takut dia terlepas ke mana-mana. Ada sekali aku terlepas pandang (since sibuk nak pos gambar/video Ammar kat ayah dia) He tends to take part with other kids panjat kat gelongsor paling tinggi sekali kat sana tapi aku cepat-cepat panjat tarik dia turun. Sebabnya that part was not meant for kids 1-2 yo. Gelongsor tu quite high la tapi si Ammar boleh panjat sampai atas sana. Nasib baik aku cepat grab tangan dia before he eventually slide down to the other side of the area. Sangat berani ok! Menggelabah jugaklah masa tu siap ada parents pandang-pandang aku sebab naik kat tempat yang suppose untuk budak-budak je..ahaks!

He really enjoyed la dok main kat sana, non-stop melompat, non-stop guling-guling, non-stop berlari-lari.. aisshh.. for almost 2 ½ hours. ibu was reaaalllyy supperr tired!

Then time nak balik yang paling mencabar. Ammar jenis yang sukar dikawal kalau kemahuannya tak dipenuhi atau bila kena stop doin’ something yang dia suka. Dia akan merajuk, berguling-guling kat lantai, lepas tu lembikkan badan dia time kena dokong. Yeaahh.. and I did it by myself.. Alone!

Tapi yang bagusnya he didn’t scream out uncontrollably kalau time tantrum tu. Which I guess a relieve la for me. Pheww

Finally dapat pujuk dia. Main kejar-kejar kat area space U8 tu, nama pun "space" so memang spacious gila. hiks.

Budak kecik happy dapat main puas-puas


Lepas tu bawak masuk dalam kereta, bagi susu... tup tup terus tertido... pheeww... such a looonng dayyy..

Overall, memang puas hati dengan indoor playground Amanville. Facility quite good, ada area makan-makan, kawasan dan alatan mainan pun bersih, ada toilet untuk budak-budak , so kalau baby nak tukar pampers pun senang. Highly recommended.






Friday, August 12, 2016

Dating with my sweetheart

Assalamualaikum,

Dulu aku pernah kata aku ni sejenis introvert yang kalau ke mana-mana lebih prefer pergi sorang-sorang but now since dah kawen dan dah ada anak confirm lahh sorang-sorang tu dah tak wujud lagi dalam kamus kehidupan aku ni.ecewah!

Last Monday aku purposely amek cuti emergency sebabnya nak spend masa dengan anak. aku memang suka dating dengan budak kecik ni. eventhough sangat meletihkan tapi menyeronokkan sebab dapat tengok telatah Ammar yang kadang-kadang buat aku rasa macam “anak sape la yang buas sangat ni woi”.. anak aku…hehe


Dalam kereta memang takde carseat untuk Ammar so aku just biarkan dia main kat seat tu sebab space bawah tu memang luas.


So hari tu bawak Ammar keluar berjalan-jalan. Kalau keluar berdua ni hati memang kena kental dan kena fit sikit lah sebab budak kecik ni memang sangat hyperactive kalah pelari sprinter 100m. jenuh kau nak kejar dia ke sana sini. Kami pun tak kemana sangat. As usual tempat favourite of course la Giant. Sebabnya kat sana ada indoor playground. Even tak berapa besar tapi cukup puaslah bagi budak baru setahun 8 bulan ni nak bermain.

Lepas penat berjalan-jalan, perut pun lapar kan, dan masa tu pulak lah dan dan duit langsung takde kat dalam purse, Cuma ada duit sen je. Nak carik ATM pulak payah kat tempat tu then dalam kepala tetiba “tingg” teringat sesuatu.

Sekarang McD introduce cashless term di mana kalau kita takde duit cash kat tangan kita boleh pakai kad debit/kredit je. senang kan! Cuma order, tap and pay with no minimum amount. Perghh.. memang fast food betul ni.

Just 3 simple steps.

1) Order
2) Sentuh kad
3) Enjoy your meal!


First order lah kan!

Mesin kad memang dia letak depan kaunter je then kita yang cucuk kad tu sendiri so macam kau takyah risau lah orang lain pegang kad kau takot hilang .. ke eh? 

Mesin kad ni pun dia letak depan kaunter je


Ammar menikmati his lunch!
Nampak dalam gambar ni memang behave la satu-satu dia ambil kentang kunyah slow-slow. hakikatnya, berlari sana sini dalam restauran tu.. nasib la tak ramai orang.

Actually memang puas hati kalau dapat happy kan anak. Lepas penat berlari-lari dalam mall, mintak susu terus tertidur dalam kereta. Time ni jela dapat peluang nak bermain-main dengan anak. Time dia dah besar nanti dia nak main dengan kawan-kawan dia pulak. *sobsob*



Thursday, July 14, 2016

Cerita Shopping

Aku ada terbaca satu post kat facebook pasal macam mana nak layan isteri bershopping. Macam mana nak bagi jawapan yang diterima oleh isteri. Dan si suami ni memang bagus laa sebab layan isteri dia bershopping. Siap bagi cara-cara how to answer correctly without hurting your wife’s feelings. Yelaa.. perempuan ni kan complicated. Kejap-kejap sentap. Sikit-sikit moody. Padahal nak shopping kasut je pun. Bajet macam masalah ekonomi Negara je.

Aku pun suka la bershopping ni kan. Perempuan mana yang tak suka shopping ni habaq mai skit. Lepas tu kalau shopping of course la kena ada suami di sisi. Dah kau kahwin dengan suami dia jela teman kau 24 hours kan. Lepas tu kalau nak beli sesuatu of couse la nak kena mintak opinion your partner kan. Dah kau ajak suami teman shopping so apa guna dia kehulur kehilir ikot kau 4jam semata nak beli kasut kan? 

Tapi memang la lelaki ni memang dijadikan tak reti nak ambil hati perempuan tau. Bila tanya pendapat jawapan dia sama je.

“bang ok tak kasut ni?

“ok”

“bang cantik tak beg ni?

“ok je”

“bang sesuai tak baju ni dengan kulit ayang?”

“ok je”

“bang spec ni sesuai tak dengan bentuk muka ayang?”

“ok”

Sambil mata tu pandang henpon langsung tak tengok apa yang kita tunjuk kat dia. So buat penat je aku usung suami aku 4 jam nak shopping tapi tak boleh pakai langsung. Balik pun dalam keadaan sentap. Bila husband tanya “u kenapa ni?” “ takde pape lah!” jawab kita. Yela kan dah bagitau tadi perempuan ni complicated. Haha

Its hurt.

Tapiii.. tu dulu punya cerita la.. hihi.. sekarang dah reti dah nak bagi pendapat, komen macam-macam dah macam pengkritik fesyen dah aku tengok suami aku. Over! Haha..

Tapi actually the reasons kita tanya opinion husband just to let him involve kan sebenarnya. Nak tengok either sama tak taste kita dengan dia. either dia concern ke tak dengan tindakan kita. Kadang-kadang kita dah tahu dah benda tu tak sesuai untuk kita. Tapi saje bertanya. Memang pompuan ni kan suka bertanya benda-benda yang diorang dah tahu. Haha

Kalau nak tengok isteri ni orang penting dalam hidup si suami ni senang je. Tengok suami ni layan kita ke tak in anything even for small issues. Macam nak makan mana, nak shopping mana, nak holiday kat mana. Kalau si suami involve, bagi pendapat semua, dia sayang sangat isteri dia. Kalau jawapan dia bagi so-so je.. ataupun bagi jawapan, "ikot awak lah" "suka hati awak lah" " macam-macam lah", si suami ni kena lebih sensitive sikit la pasal hal ni. hihi. Tu pendapat aku lah kan.

Layanlah sikit si isteri. She has done everything for you. Dia bekerja dan dia pun surirumah tangga. Eventhough she had not done enough, just remember she had born your children. Mesti lelaki ni ingat senang je bersalin ni kan? Cuba try tengok. She carry her round belly for 9 month, had morning sickness, had difficulty in breathing, walking, sleeping and sometime eating. Every month pergi check-up. Waiting for hours kat klinik untuk tunggu turn check-up. Senak perut kena tendang dengan baby. Lepas tu sakit bersalin lagi. Takkan nak tanya sikit pendapat pasal beli kasut pun nak berkira dengan isteri ye tak? 

You know, once a woman married to the person she loved, she will spend her life towards their husband. She’s willing to sacrifice anything for the sake of her husband. She left her home, her siblings, her mother, her father, and live with someone that she hopes could take care of her for the rest of her life. She depends on him. If not her husband, who else she could depend on?

Perempuan ni akan tinggalkan social life dia. she has less number of friends, she didn’t hang out with them, and prefer to spend time with family. I bet most women did that. 

Kalau lelaki lain cerita la kan. Dah kahwin pun still lagi boleh lepak-lepak dengan kawan kat luar sampai berjam-jam. 

Alahh. Layan la sekali sekala isteri tu. your wife kan. Dulu time nak mengorat dulu bukan main lagi siap tuju lagu lah, bersajak, berpuisi bagai. Bila dah dapat langsung taknak layan si isteri ni. bukan selalu pun dia mintak ajak teman bershopping. Kalau nak jadi suami mithali boleh la belanja sekali sekala kan isteri tu.. hihi..



Ok thanks for reading.

Wednesday, July 13, 2016

Ceritera Hari Raya 2016

Assalamualaikum,

Aku rasa raya tahun ni macam paling kelam kabut. Sebabnya aku langsung tak prepare any persiapan raya dari ke pakaian, head to toe, suami dan anak, biskut raya pun tak beli lagi. Ya ampun memang serabut masa pikir tema warna apa nak pakai tahun ni. 

Ingatkan tahun ni nak save budget nak pakai baju bridesmaid masa adik ipar kahwin last year, kaler peach. Since baju memang sedondon aku dan husband. cuma baju Ammar je takde. So tahun ni nak belikan baju Ammar jela. Tapi, pusing merata cari baju raya Ammar susah gila nak cari yang match kaler. Aleh-aleh aku dan husband tukar tema, carik kaler yang ada size Ammar. finally dapat jumpa kaler brown. Masa tu macam tak fikir sangatlah baju raya sendiri asalkan baju anak dan husband complete. Haha merepek je tak fikir baju raya sendiri. Gila taknak melaram.

Lepas pakaian husband dan anak settled, time carik baju untuk diri sendiri pulak. Payah memang payah siap pusing PKNS 2 3 kali sebab tak jumpa kaler yang matching. Time tu dah despair la carik baju tak jumpa-jumpa. Siap terpikir nak pakai baju kurung biasa dengan kain batik je. haha.Finally jumpa tapi tak matching la. sama tone je. belasah jela time tu. asalkan ada. Lepas tu pergi Jusco pulak beli kasut raya. Beli tudung pulak kat Sek. 7 Shah alam. Haa Nampak sape yang sakan beraya.. haha.

Then, beli 2 3 balang biskut raya nak bawak balik kampong husband. Oh ya, tahun ni turn beraya rumah family husband kat Segamat. So meriah la jugak sebab dapat balik kampong. Yang bestnya feeling time atas jalan otw nak balik kampong tu. haha..

Tu je nak cerita pasal persiapan raya. Haritu kata macam takde feel nak raya tapi yang shopping sakan nye aku.. haha.. yela kan.. kalau tak isteri yang tolong carikkan persiapan baju untuk anak dan suami siapa lagi yang kena buat kan. 

Aku memang willingly buat untuk family. Eh family first kan. Dalam hubungan ni dah takde istilah “Aku aku.. kau kau” sekarang dah tukar kepada “kami”. Semua kena sepakat, kena tolerate to each other, kalau isteri susah suami bantu, dan sebaliknya. Every partner should play their own part. Baru kata family bahagia gitu. 


Ok. Done part story Raya 2016.

Sedondon tak kami
With my family in-law

Anak Masuk Darjah 1