Tuesday, December 4, 2012

Semoga diberi kekuatan

Bismillah,
Kadang-kadang bila kita rasa kita ni dah cukup kuat untuk terima semua benda tapi dalam hati kecil kita menyatakan yang sebaliknya. Hati kecil ni seringkali memberontak dan cuba untuk menafikan semua perkara. Walaupun sekuat mana kita cuba untuk mempositifkan diri, pasti hati kecil kita akan cuba membolak-balikkan keadaan. Apa yang selalu aku  buat, aku akan terus beristighfar dan tidak terlalu memikirkan perkara tersebut dengan terlalu lama. Jika dibiarkan hati kecil akan menang kerana membiarkan diri kita diselubungi dengan perasaan yang bercampur-baur dan kurang senang.

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"



Petua Hati Tenang:
Sentiasa bersangka baik
Jangan meneka-neka apa yang kita tidak tahu
Jangan terlalu bimbangkan perkara yang belum berlaku. Buat saja persediaannya.
Jangan terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat kawan atau orang yang pernah ada pengalaman.
Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
Bila hati mula tidak tenang, segera ambil wudhuk, solat sunat dan sebutlah nama Allah. Paling kurang dengar ayat Al-Quran kerana syaitan dan jin yang jahat sangat mudah masok ke dalam hati manusia yang tidak tenang.
Sentiasa ingat Allah.

Wednesday, November 21, 2012

Lagu Kedamaian meredakan hati

Bismillah,
Dalam mase sebulan ni macam-macam dugaan yang aku kena lalui. Pahit memang pahit. Sukar rasanya nak telan semua perkara. Tapi benda dah berlaku. Tak boleh nak patah balik. Kalau disimpan makin sakit pulak hati ni. Since that day, aku banyak termenung. Mungkin ada hikmah dengan apa yang dah berlaku. Aku cuba nak stay positive semampu yang boleh. Even hati ni kata cukuplah dengan ape yang dah jadi. Dah tak sanggup lagi nak terima kejutan demi kejutan lagi. In Syaa Allah, harap semua nya baik-baik saja.

**************************************************************************
Aku suka dengar  lagu ni sebab lirik dia ada kena-mengena dengan ape yang berlaku kat aku sekarang. kalau dengar mesti hati rasa sebak jek. Enjoy the lirics.

Lagu Kedamaian-Brothers
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembali


Ooo tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan
Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Tuesday, October 30, 2012

Ada hikmah disebalik musibah

Assalamualaikum,
Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tiada satu pun kesempurnaan dalam diri manusia selain dari-Nya. Aku mengaku aku mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan.. Aku insan yang memerlukan teman dikala kesunyian, yang menangis bila ditimpa ujian yang akan marah jika dikasari. Tapi aku tau dalam hati seorang wanita ada satu kekuatan yang tidak ada dari insan yang lain. Dan aku juga begitu. Aku berharap.
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah, dan Janganlah (Pula) Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamulah Orang-Orang Yang Paling Tinggi (Derajatnya), Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman." (QS Ali Imraan : 139)
Aku cuba untuk bertahan selama mana hatiku dapat menerima kenyataan. Aku cuba memujuk rajuk hatiku ini usah biarkan perkara ini berlarutan. Aku tahu disebalik kelemahan terbit rasa kekuatan yang tiada bandingan. Di mana rasa kekuatan itu timbul jika kita berserah kepada Allah. Ya aku kuat! Kata hatiku. Tidak mahu hati terus-menerus berasa keluh kesah di atas dugaan yang menimpa. Lalu hati terus dipujuk dengan sentiasa bersangka baik dan merendah diri. Ya bukan aku sahaja yang diuji. Dan ujian yang datang kepadaku tidaklah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan insan-insan yang lain.
Aku cuba untuk bangkit dan untuk kuat menerima apa yang berlaku. Setiap musibah ada hikmah yang tersembunyi.
"Allah Tidak Membebani Seseorang Melainkan Sesuai engan Kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)
Walaupun sukar dan hebat dugaan yang datang, aku sering panjatkan doa supaya Allah sentiasa memupuk kesabaran dalam hatiku dan Allah tunjukkan jalan
Al-Quran Menjawab : "Hai Orang-Orang Yang Beriman, Bersabarlah Kamu dan Kuatkanlah Kesabaranmu dan Tetaplah Bersiap Siaga (Di Perbatasan Negerimu) dan Bertakwalah Kepada Allah, Supaya Kamu Beruntung." (QS Ali Imraan : 200)



Nota kaki: Ya Allah berilah aku kekuatan

Thursday, August 16, 2012

Jodoh itu....

Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya. Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. Sayangilah seseorang itu kerana Allah."





"Andai sudah jodoh, pasti akan diijabkabulkan satu hari nanti insyaAllah. Bersabarlah dan jangan mendekatinya. Andai tiada jodoh, macam mana pernah rapat pun dua insan itu, mereka tidak dapat disatukan. Percayalah pada 51 : 49. Allah cipta setiap makhluknya berpasangan. Berserah dan usahlah membabitkan diri kita dalam sebarang hubungan yang tidak halal sebab dikhuatiri kita jauh dari Allah nanti. Jika hal itu terjadi, mustahil kita dapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. (:"

*honeypokapoka*



Friday, August 10, 2012

Amalan untuk wanita ketika datang bulan

Assalamualaikum,

Rugi pulak rasanya bila tak dapat nak grab hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Tapi, ‘bulan’ lain pulak yang datang kan. Haih. Down. Hati rasa macam ‘ bertuahnyee jadi lelaki. ‘ sebab lelaki takde hari di mana dorang di haramkan berpuasa atau solat. Lelaki tiap-tiap tahun tak payah susah-susah nak ganti puasa sebab dorang boleh berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran. So kiranya bertuah jadi lelaki sebab dorang boleh banyak beribadat dari kaum wanita. Tapi jangan lupe, kita lagi bertuah dilahirkan sebagai wanita tau. Sebab? Time datang bulan boleh makan sukehati je tanpa rasa bersalah, boleh shopping berjam-jam tapi muke still fresh padehal adik beradik lain dah longlai kaki sebab penat. Boleh korek hidung depan adik beradik lain tanpa nak cakap ‘ opps.. terlupa pulak aku puasa..’. hewhew.
Tapi bila fikirkan 10 bulan terakhir, lailatul qadar.......‘kenapalah mesti datang masa ni?? Datang mase lain tak boleh ke??’ down lagi.


Nway, terbaca ayat ni:

 Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-nisa:32)

Well, its true. I’m not going to complain anymore.


But don’t worry sista, kalau kita tak dapat nak puasa, berterawih dan ibadat-ibadat lainnya, ada lagi amalan yang boleh kita buat masa ni seperti:
  • Berzikir
  • Bersedekah
  • Berdoa
See?? Tak semestinya kita tak boleh buat amalan kan? Yelah, bulan Ramadhan bukan datang selalu. Setahun sekali je. Masa ni la kita nak upgrade kan lagi amalan-amalan yang boleh kita buat. Solat-solat sunat yang tak pernah kita buat or jarang-jarang kita buat bolehlah kita jalankan pada bulan ni so at least kita dah merasa yang kita dah buat semua tu daripada ketinggalan langsung. Lepas kita buat sekali mana tahu terdetik kat hati kita nak buat selalu. Mana tahu kan? Batu yang keras boleh terhakis sedikit demi sedikit oleh air yang mengalir inikan pula hati kita. InsyaAllah. Semua nya terletak pada hati masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
Nota kaki: semoga kita dapat memeriahkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan moga dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
 

Thursday, August 9, 2012

It's time for me to move on

Bila kita mengimpikan sesuatu perkara yang baik dengan bersungguh-sungguh, bila kita bersabar dan yakin akan janji Allah, bila kite berdoa dan bertawakal denganNya, insyaAllah Tuhan pasti mengkabulkan impian kita tersebut. Sama ada sekejap atau lambat. Tuhan tahu masa yang sesuai untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui. The day will come when the day has come. Just wait for it!


************************************************************

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Dapat jugak kerja baru akhirnye. Lepas sekian lama mencari kerja baru. I’m an active job seeker. Yes I am. Hoh. Tak sangka penantian selama ni berbaloi. Mungkin terlalu awal untuk aku ter-over excited dengan pekerjaan baru aku ni tapi yang penting ia lebih baik dari yang sekarang. Now I’m counting the days. Next month dah start new life! Even rasa cuak jugak takot tak dapat nak adapt dengan environment baru tapi aku kene cuba jugak. InsyaAllah.


Nabi pernah bersabda, “ Seseorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.’ –H.R Bukhari dan Muslim.


Mungkin aku rasa aku terbeban dengan pekerjaan yang sekarang, rasa layanan yang tak adil. Tak sama rata dan berat sebelah. Tapi aku tahu kemampuan aku, dan aku tahu kesabaran aku pun ade limitnye. Alhamdulillah, mungkin ade hikmah dengan semua yang berlaku. I thank Allah yang ujian ni semue dah mematangkan aku. Dalam hati aku Cuma ade satu perkataan, ‘lega”.

 

Thursday, July 19, 2012

Selamat datang Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda, “ Apabila tiba bulan Ramadhan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.” (HR muslim)






Allah taala berfirman,

“ Katakanlah:’ hai hamba-hamaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIalah yang maha pengampun lagi maha penyayang.” (Az-Zumar: 53)

“ Dan barangsiapa megerjakan kejahatan dan menganiaya diri sendiri kemudian ia memohon ampunan kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa: 110)

“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman, sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha PEngampun lagi Maha Penyayang.” (Al-A’raf:153)

“Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-Syuura: 25)







Nota Kaki: Thanks Allah pertemukan lagi kami kepada bulan Ramadhan. Alhamdulillah.


Tuesday, July 17, 2012

Lupa password email tapi kena ingat password lama?



Tadi pagi aku try nak change password email sebab memang dah lupe sangat password email tuh, pastu pulak kena jawab beberapa soalan dari akaun email itu.



Kalau memang dah lupe password, so nak suruh jugak aku ingat password yang lama. Memang takla kan. Tak ke kejam tu namanye? Cis.

Hard way


Sukar nak ditafsirkan fikiran seseorang itu. Pabila rasa sayang kepada seseorang, hal yang kecil jangan dipandang remeh. Katanya. Ialah, masa mula dilamun cinta. Semuanya memang indah belaka. Bila kita sudah terlalu dekat dengannya, tiba-tiba dia pula membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Beri sedikit masa katanya. Masa sendiri. kita dengan rela hati melepaskannya pergi. Buat sementara waktu. Walau hati tak merelakan. Sebab Sayang yang tak berbelah bagi. Tapi bila kita buat yang sebaliknya, kita dikatakan ada rencana lain. Nak melarikan diri mungkin. Sukarnya nak menduga. Hati selalu berbolak-balik. Kadang tersenyum sendiri. Nampak kelat di muka. Cuba menerima kenyataan. Walau hakikatnya pedih.

Thursday, July 12, 2012

Jum pi makan nasi kukus!

Bismillah,

Woaa..

Baru perasan dah lama tak update. So aku nak start dengan post pasal makanan. Ye jum aku bawak tempat makan yang selalu aku pergi waktu lunch hour. Dekat,senang dan cepat. Okeh. Tanpa berlengah meh aku cerita sikit pasal tempat makan ni. Tempat die bukan la ekslusif mane pun. Gerai tepi jalan bawah pokok nan rendang saje. Tempat faveret. Jum kite makan nasi kukus ayam berempah paling enak yang pernah aku makan. Hoh!

Gerai ni terletak di antara gerai minuman dan gerai makanan campur. So memang strategick la kirenya. Kalau malas nak beratur tunggu turn, boleh saje makan lauk campur yang disediakan kat gerai sebelah kiri. Kalau dah haus nak minum or takut tercekik lepas makan, gerai sebelah kanan nye ade pulak gerai air tebu dan kelapa yang fresh-fresh. Fuh. Sebelum aku belayar lagi jauh, sebenarnya aku nak cerita pasal kesedapan nasi kukus makcik Kiah ni yang tiada bandingannya. Pergh. Hiperbola pun aku tak kesah. Yang bestnye kat sini melayu, india, cina semua suka makan. Memang 1 Malaysia!


Nasi kukus yang enak..nyumm..

Ape yang menyedapkan nasi kukus ni sebab ayam goreng berempahnye yang super special, di goreng rangup dan amat la sedap. Selain tu sambal die pun memang superb la.


Nasi kukus minum dengan air kelapa..wow

Ni kalau korang duduk area kota kemuning meh la datang sini cuba makan nasi kukus yang memang superb. ok dah. Cukup la setakat ni.

Thursday, June 7, 2012

Ramiro Saavedra klon Kurt Cobain??

Huih.

Ramiro Saavedra yang berumur 27 tahun berasal dari Peru ni merupakan seorang guitarist dan telah ditemukan di satu pertandingan muzikal ala-ala American Idol yang bernama “Yo Soy”. Beliau telah memukau ribuan penonton dan juga juri dalam pertandingan tersebut dengan menyanyikan lagu “ Come As You Are” bersama gitar beliau. Juri pertandingan tersebut terkesima dengan persembahan Encik Ramiro ni yang mempunyai suara yang hampir sama dengan the Legend Kurt Kobain.

Muka pun dah nak iras-iras..hoho

Siapa-siapa yang fan die hard mesti tak percaya sungguh dengan kemiripan suara insan yang bernama Ramiro Saavedra.

Kurt Kobain


 Sikit pasal Bio Kurt Cobain:

Kurt Cobain lahir pada 20 Feb 1967 di Aberdeen,Washington.Beliau seorang songwriter, musician dan dikenali sebagai guitarist untuk band Nirvana. Beliau terkenal dengan lagu-lagu beliau yang hit seperti Smells Like Teen Spirit dan Come as You Are. Beliau dahulu seorang yang happy child until his parents divorced semasa beliau berusia 7 tahun. Hidup beliau menjadi huru-hara dan commited suicide by fatal shotgun blast to the head. His body was found on April 8 1994 in his home with a shotgun pointing at his chin dan beliau juga dikatakan mati disebabkan overdose with drugs.


How tragic was that?


Semoga Ramiro Saavedra dapat mengubati kerinduan terhadap peminat-peminat setia Kurt Cobain.

Monday, May 14, 2012

Berterus terang kan lagi baik


Assalamualaikum,

 Pernah tak kita buat kesalahan tapi kita tak mengaku or lebih tepat lagi tak nak mengaku pun kita buat kesalahan tu? Macam kita terpecahkan pasu bunga mak kita pastu bila mak kita membebel-bebel Tanya siapa yang buat tapi kita buat batu je(klasiknye contoh).. tak pun bila kita tertumpahkan serbuk milo kat pantry office kita pastu buat tak kesah je dengan harapan cleaner akan datang dan bersihkan tempat tu dan bila orang Tanya siapa yang buat kite still buat tatau or pure-pure tak dengar je sebab taknak orang tau betapa culas nye kita masa tu. Lepas tu just biarkan orang tu menuduh-nuduh orang lain tanpa usul periksa. People like to assume right?

Mesti pernah kan?kan kan? Ke tak?

So dari kite tak mengaku kesalahan kite tu why not kite berterus terang je rather than just keep quite maybe sebab nak jaga reputation or takot orang akan salah anggap kat kita in the future.. Lagipun bukan besar sangat salah kita tu. Dengan berterus terang mungkin hati kita akan lebih tenang lagi sebab dari kite just keep the guilt inside us yang menyebabkan hati gugup tak tentu arah. Selain tu jugak takkan kite nak orang lain take the blame on us kan? Macam yang aku cakap tadi people like to assume. Orang akan cepat menuduh orang lain yang pernah buat salah before dan dah macam set dah kat kepala yang orang ni akan keep on buat salah pada masa akan datang. Walau tak besar mana pun salah tu.Urghh..tak patutnye orang macam tu kan.

Tak salah pun berterus terang. If orang nak fikir buruk pasal kite lantak pi la die. At least kite dah cakap jujur. Siap dapat pahala lagi kan.hoh. ok tu je nak cakap.
peace yaww.

Wednesday, April 11, 2012

Gegaran Kuat Di Acheh?

Bismillah..

Sekarang ramai yang tengah kecoh pasal gempa kuat di acheh kira-kira 8.9 skala richter. Gegaran tersebut jugak turut dirasai Negara yang berhampiran seperti Thailand, Singapura dan juga Malaysia. Dalam facebook jugak ramai kawan-kawan aku kata yang diorang terasa gegaran tersebut sekitar jam 6 petang kat area kampong aku. Tapi aku tak terasa pulak gegaran tersebut.

Jum kita sama-sama doakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di acheh. Mudah-mudahan tsunami 2004 tak berulang lagi. Mungkin ini peringat dari Allah untuk kita semua. Doakan yang terbaik untuk semua. insyaAllah.


Ini ada doa aku titipkan untuk keselamatan semua.

“Allaahumma innii as’alukal ‘afwa wa ‘aafiyata fid dunyaa wal aakhirati. Allaahumma innii as’alukal ‘afwa wal ‘aafiyata fi diinii wa dunyaaya wa ahlii wa maalii. Allaahummastur ‘auratii wa aamin rau’atii. Allaahummahfazni min baini yadayya wa min khalfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fauqii wa a’uuzu bi’azamatika an ugtaala min tahtii.”

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah kesalahanku dan amankanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah diriku, baik dari depan maupun dari belakang, dari kanan maupun dari kiri, dan dari atasku. Dan aku memohon perlindungan dengan kebesaran-Mu agar tidak diculik dari arah bawahku. (H.R. Abu Daud)”

nota kaki: Mudah-mudahan Allah berikan kita semua kemudahan dan keselamatan.

Friday, March 30, 2012

Best birthday gift Ever!

Excited mode. Gaahhh..

Mr Smiley sengih-sengih pegang Samsung Galaxy-W


Senyum aku lebih lebar dari senyuman Mr Smiley tu…oooohh.. *giggling comel..aww*

Macam tak percaya dapat hadiah gempak dari Encik. Even aku takdela addicted sangat dengan gadget canggih manggih tapi sape taknak dapat handphone free kan?theee...hee. Tapi hadiah ni datang dengan bersyarat. *Tepuk dahi*

Jangan banyak complaint dengan kerja. Stress dengan workload. Tensi dengan bos. Bengang dengan colleague. Yeah. Aku mengaku aku memang kuat mengomplen.gaahh. Pasti Encik pun sudah busan mendengarnya. Encik kata terima dengan seadanya dan yakin Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing.

Okeh! Syarat diterima! It makes me to work even harder than before. Now with a big smile…dan semangat yang berkobar-kobar..yahh!



Teringat aku dengan kata-kata worth saying dari Brian Dyson CEO Cola Cola.

There is 5 important things in life which is Work, Health, Family, Friend and spirit. Work is like a rubber ball. Once we throw it, it will bounce back to us. But Family, health, friend and spirit are like a glass ball. Once we throw them, they will be damaged or shattered.

Jadi kite perlulah kerja dengan lebih semangat dan tekun supaya kerja-kerja kita dapat disiapkan dengan cepat lagi efficient. Jangan banyak komplen sebab komplen tu just melemahkan jiwa kita dan buatkan kite lagi malas untuk bekerja. Dan yang penting, lebihkan masa dengan family and friend dan orang-orang yang kite sayang. Appreciate and love them more because they are the spirit of your life and make your life even brighter! Dan jaga kesihatan tuh! rehat secukupnya..jangan banyak tido sudah.theeee..hee.


Ok sudah. Aku nak start mengexplore. Trimas Encik. Saya terharu..

Sunday, March 25, 2012

Nak sesuatu yang besar? Jum ke Carls Junior..

Last weekend aku dan Encik planning untuk menonton movieess, lepas usha trailer movies yang latest keluar kat panggung, so we decided untuk menuntun Bunohan. You know Bunohan? Kirenye aku baru tahu kat area Kelantan ade satu kampung name Bunohan. so bertambah ilmu geografi aku. Tapi kat sini aku bukan nak buat review pasal cite Bunohan. Tapi aku nak review pasal satu tempat makan best yang aku baru discover. Lagi best dari cite Bunohan tu sendiri. Ok lets hear it bebeh!

Tiket wayang yang kami beli jam 2. Sekarang jam 1.30. kirenye kitorang hanya ada masa 30 minit untuk mencari tempat makan disebabkan perot masing-masing dah berlaga-laga menyanyikan lagu ziana zain. Oh.. aku paling tidak suka mencari tempat makan kat One Utama. Lagi-lagi tempat parking dia boleh sesat woih! Lagipun memang jarang ke sini so memang kami tak berapa nak familier dengan tempat-tempat nak dituju. Sempat jugak tengok map untuk carik tempat makan yang paling senang dan pantas iaitu kfc. So berlari-lari anak la kitorang turun escalator semata-mata mencari kfc. Memang dah agak sampai bawah je kami lost! Kalaulah GPS leh pakai time ni..adui…perot dah lapa. Tengah-tengah blur + hati panas tak jumpe kfc tetibe Nampak satu tempat yang macam tak pernah dikunjungi. Carls Junior? Burger? Perot bunyi? Ok jum!

Lepas pilih menu yang dah direcommend kate hebat dan sedap oleh waiter tu kitorang pun diberi number giliran dan cawan plastic. Wow! Bestnye. Boleh ambil sendiri air dan boleh refill anytime! Bagus ok. Aku just amek air grapes dan encik pulak gatal-gatal nak minum air ais lemon tea. Lemon kene amek sendiri ikot suke laahh..


Kene tunggu burger siap...

Air boleh isi dan refill anytime!

Tak lama nak tunggu burger sampai. Sampai je pesanan kitorang, dan aku pun wowww lagi sekali. Kali ni panjang sikit wooowww….burger tu besar ok! Rasanye 2 kali ganda besar mcD koott…besar! Kentang goreng die pn wowww besarrr…dan paling penting sedap! Better dari McD yee…(sorry peminat McD)..

wowwwwnye besarrrr...!

ngaaaapp...
Rase burger yang enak tambah pulak tengah lapa yang amat, tak sangka aku boleh habiskan burger yang besar tu. Fuh. Rasa tak nak bangun dari kerusi. Kire lagi 10 minit pukul 2 kami pun bergegas ke panggung. oh. sape rasa nak cube meh la datang ke tempat ni...terbaik!

Sakit yang datang Ujian untuk kita kan...

Bismillah….

Dari semalam mak aku rasa tak sedap badan. Kurang sehat katenya. Nak bawa jumpa doctor tak mau. Alaahh…orang tua memang payah nak bawa pegi klinik. Macam-macam alasan dibagi. Maklumlah, seharian jaga cucu. Mak aku jaga Anak akak aku dah nak masuk 9 bulan dan anak abang sulung aku berusia setahun setengah. kesian memang ada. tapi mak aku memang berkeras tak bagi cucu-cucunya hantar ke nursery. Asal baca paper je ade kes penjaga dera budak la, budak mati tersedak susu la, kene pijak la..haih…nak-nak paper metro. Pelik-pelik tajuk beritanye. dunia sekarang. Susah kita nak menduga. Mak kate selagi tenaga masih ada. lagipun sakit yang datang kan ujian dari Tuhan untuk kita. Tujuan Dia datangkan sakit untuk beri peringatan kat kita dan menguji tahap kesabaran kita. Mak aku cakap laahh..

 Aku ada terbaca kat buku, sabda Nabi “ Tidak menimpa seorang mukmin satu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, kesakitan dan kesedihan malah dukacita, melainkan dihapuskan sebahagian dari dosanya…”

Teringat aku 2 tahun lepas macam-macam ujian menimpa family aku. Mula-mula kakak aku yang keguguran selepas 2 bulan pregnant anak pertama. Kemudian mak aku suspect denggi. Bukan takat denggi, tambah pulak dengan penyakit pneumonia. Sampai sekarang mak aku bergantung dengan ubat untuk kurangkan penyakit mak tu. Seminggu lepas tu, adik aku pulak suspect denggi. Bukan sorang, dua-dua adik aku suspect denggi.adik perempuan ngan adik laki aku. Tapi adik pompuan aku yang kene admit kat spital seminggu. Bila adik aku dah mula nak sembuh, aku pulak accident! Haru betul. Aku baru balik dari tempat keje naik moto. Dan-dan pulak mase tu hujung bulan kan, eksaitet dapat gaji, muke dah bunga-bunga. Mase tu jugak aku Nampak kereta putih tetibe berada kat depan aku. Mase tu yang aku ingat aku sebut “eh..kereta..”…tau-tau je dah terbaring atas jalan raya gaya superman. Bahu patah. 4 hari jugaklah kat KPJ Shah Alam. Fully sponsored sebab orang tu yang salah sebab langgar aku. Nasib dia nak tanggung semua…fuh…

Mase aku accident tu seminggu sebelum raya. Sehari before raya aku dah bukak anduh kat tangan aku. Segan la jalan beraya pakai anduh! Kirenye banyakla aku kene puasa ganti. Gaaahh…

Dalam buku yang aku baca ade menyebut, Allah berfirman, “ Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami beriman; sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta..” (al-ankabut 2-3).

Sebab tu kite kena selalu muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri. Manusia tak lari dari buat dosa. Manusia selalu lupa dan alpa. Jadi semua apa yang berlaku dalam keluarga aku mesti ada hikmah die yang tersendiri. Tuhan tu bukan nak bebankan kite. Semua tu menunjukkan Tuhan sentiasa beri perhatian kat kite. Jadi, dalam masa sehat ni, selalulah bersyukur atas nikmat sehat yang diberi dan jangan mengeluh dalam kehidupan sebab Tuhan sebenarnya dah berikan yang terbaik untuk diri kita sendiri Cuma kita yang tak sedar. Dan tak ambil peduli. Jadi bersyukurlah!

Tuesday, March 13, 2012

Would you prefer a second chance?




Second chances imply another chance to take a shot at something. Life seldom gives you a second chance and whenever chances or opportunities come knocking at your door, seize them. Life is all about making hay while the sun shines. There is a tide in the affairs of men which when taken at the flood, leads on to fortune. Omitted all the voyages of their life are bound in shallows and in miseries. One should never be dependent on second chances. One should get done with all the work in the very first shot itself. People who are never dependent on second chances are more efficient and capable. Avoid waiting for second chances. Just get done with your work in the very first chance when you take it up. In the words of Orlando A. Battista, “Temptations, unlike opportunities, will always give you many second chances.”




Nota Kaki: Quote worth saying....

Tuesday, February 28, 2012

Jum pegi Pameran Pengantin!

Daaahaaaiii......

Last week aku ngajak mak aku untuk teman aku pegi Pameran Pengantin yang diadakan kat SACC Convention Centre Shah Alam. Secara paksaan.huh.Actually aku dah planning awal-awal nak pegi dengan Encik. Saje nak berangan future wedding macam mana…tetapi…Encik ada hal lain plak (merajok!).

Sebenarnyee,teringin sangat nak pegi dengan beliau. Nanti boleh argue pasal nak pilih tema kaler ape, baju nak melaram brape pasang, nak pilih goodies barang ape sesuai, nak kek bape tingkat…(ohhh..berangan nya aku)..


Disebabkan aku bersungguh-sungguh amat-berharap-punye muke kat mak aku, so, mak aku pun nak ikot teman. Malas nak ajak kawan-kawan sebenarnya. Sebab lebih selesa pegi dengan family jek. Rupenye mak aku lagi eksaitet nak plan wedding aku dari diri sendiri!heh.

Dalam jam 3 petang bergerak la kami ke tempat yang dituju. Bajet tak ramai orang. Rupenye lebih 10x pusing-pusing carik parking…huh.. Ingatkan nak parking kat area yang ada clamping zone tu. Macam clear je. Dekat dengan pameran tu. Tapi pikir punye pikir takot kang kene clamp tak pasal-pasal so aku pun carik tempat yang lebih selamat. Tetapi…lepas round skali lagi kat area clamping zone tu, dah ada 5 kereta dah park kat situ! ok fine..korang memang berani. Takpe-takpe, aku nak parking jauh sikit. Jauh ok!


Sampai je ke tempat kejadian, berduyun orang punye ramai ok! Bajet macam aku sorang je nak kawen kan.hah. Bergerak la kami dari satu stesen ke stesen yang lain. Ada persembahan gamelan kat pintu masuk pameran. Tetibe terbayang masa wedding aku nanti ade persembahan gamelan. Fuh. Macam best. Pastu ada persembahan fashion show dari sorang fashion designer yang aku tak berapa nak kenal.hoh. Then ada jugak persembahan dari penyanyi Bob AF. Mak aku terpacak tak gerak-gerak nak tengok Bob menyanyi.heh. Comel mak aku.
Orang main gamelan masa wedding aku? Macam best
Sedap jugak sore beliau


Sepanjang pameran tu kitorang banyak amek flyers yang diedarkan je. Ramai sangat orang plus aku tengok mak aku dah macam pening semacam je pusing-pusing carik jalan keluar tak jumpe.heh. Then after a while, we manage to get out from the crowd. Fuuhh…

Seronok jugak. Sebab teringin nak pegi kan. So layankan aje..heh.. lepas 2jam lebih ronda-ronda kitorang pun decide untuk pulang ke rumah. Thanks mom yang sudi menemani aku untuk ke pameran pengantin tu plus kene jalan kaki jaoh sebab tak dapat parking. Sorry. Terharu ok.

Friday, February 24, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Growing Up...


As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let you down probably will.
You will have your heart broken probably more than once and it's harder every time.
You'll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken.
You'll fight with your best friend.
You'll blame a new love for things an old one did.
You'll cry because time is passing too fast, and you'll eventually lose someone you love.
So take too many pictures, laugh too much, and love like you've never been hurt because every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back.

Tuesday, February 21, 2012

You always think you are right? Yes you are..

Sape yang nak jadi salah? Naturally,kita semua nak yang betul dan secara logik pun semua orang fikir dia yang betul. This is not a sign of arrogance, but of common sense. Bila dah terang dia salah pun die tetap rasa die betul. Sebab? Common sense. Sape yang nak jadi salah kan? So kenapa ada yang offended bila orang kata “ awak selalu fikir awak betul!” Ke Kite lagi prefer die kata “ awak selalu fikir awak salah” Dah tentu tak kan.




If you want to be right you are arrogant; if you want to be wrong you are a idiot.







 nota kaki: Menulis di kala hati tengah serabut!

Monday, February 20, 2012

When its hurt you...

Girl meets boy.
girl falls hard.
boy doesn't even stumble. 

Of course we'll meet new people & fall in love again. Of course we're gonna hate each other & seek out to hurt each other but we'll always have a history that wont let us forget about each other no matter how much we want to...

Its so funny how only 3 months ago my stomach would do all kinds of crazy flips when you signed on & now....I don't care at all....

Thursday, January 26, 2012

Guide to A Better Life

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.

Dalam surat beliau kepada isteri nya dan anak-anaknya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.

Lets hear it and share it!



Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita 

 Personaliti 
  1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. 
  2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
  3. Jangan berlebihan, tetapkan had
  4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
  5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
  6. Bermimpilah ketika anda berjaga
  7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
  8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
  9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
  10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
  11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri 
  12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
  13. Lebihkan senyum dan ketawa
  14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju



Komuniti
 
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
 
 
 
 
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah
 
 
 
 
 
Nota kaki: Artikel ni adalah untuk peringatan diri sendiri dan anda semua. Jadi kongsikan kepada orang-orang yang anda sayang.
 

I'm imperfect, but i'm perfectly me!

I'm imperfect, but I'm perfectly me.







Nota kaki: imperfect is perfect!

Kerinduanku..

Nice song and lyrics. Aku suke dengar untuk menenangkan hati. Bila dengar lagu ni dengan penuh penghayatan dan kefokusan, confirm berlinangan air mata ni. Lagu ni selalu dimainkan kat astro Oasis. Dulu masa sekolah pun after solat, kami beramai-ramai nasyidkan lagu ni..nice..hati tenang...Jum hayati..

Lirik Lagu Munajat - Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Friday, January 13, 2012

Sebab sayang kami tinggalkan...

Selamat pagi all..

Bangun dengan ceria dan bertenaga tak? Kalau ya tepuk bahu sendiri dan katakan “tahniah,good job!” Tapi kalau pukul 1 petang baru nak bangun pastu kate tahniah kat diri sendiri tu memang lahabau namenye.

Aku tertarik dengan kisah yang tengah kepoh sekarang ni kat harian metro pasal ibu bapa yang ditinggalkan anak di pusat jagaan orang-orang tua. Aku terpikir juga ape ke salah ke anak-anak sekarang tinggalkan mak bapak dorang kat pusat-pusat jagaan tersebut? Mungkin kalau ada orang dengar kita cakap macam tu mesti dia pikir, “tak malu nye budak, tak mengenang budi, mak bapak dah jaga die dari kecik sampai la ke besau, bagi makan pakai semua, pastu bila dah besa,keje besa, sesuke hati die je nak campak mak bapak dorang kasi orang lain jaga..@$#%&*Sd#” (budi bahasa budaya kita).

Mungkin tak salah bagi anak-anak yang dah ada commitment sendiri, kerjaya sendiri, dah ada family, anak-anak sendiri, kehidupan sendiri dan takde masa nak jaga parents dorang. Daripada parents mereka terbiar takde orang jaga kat rumah, lebih baik mereka hantar parents ke pusat jagaan orang-orang tua. Kat sana lebih selesa sebab ada kawan untuk bersembang, ada aktiviti yang dijalankan kat setiap rumah jagaan yang ditempatkan dan paling penting parents dorang tak sunyi dan bosan ditinggalkan sorang-sorang kat rumah anak-anak. Bila petang, anak-anak akan datang dan jemput mereka semula. Bukan hantar tapi tak ambik-ambik pulak!

Cuba kita pikirkan, masa kita kecik-kecik pun mak bapak kita hantar kita ke nursery atau babysitter untuk dijaga sebab kita bekerja, so apa salahnya kita hantar mak bapak kita pulak ke rumah jagaan orang-orang tua untuk dijaga. Dunia ni adil kan? Bukan kita tak sayang, sebab kita sayanglah kita buat perkara yang terbaik untuk parents kita.

Tapi lain la kes bagi anak-anak yang hantar parents ke pusat jagaan orang-tua pastu tak datang jenguk dan terus menghilangkan diri tu baru la layak dipanggil anak tak kenang budi. Memangla tak patut!

Jadi, selagi kita ada kesempatan ni, jagalah parents kita dengan sebaiknya. Setiap anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua orang tua mereka. Entertaint mereka, kasihi mereka dan lindungi mereka selagi hayat dikandung badan sama seperti mereka tabah menjaga kita semenjak kita kecik. Jangan bila dah ibu bapa meninggalkan kita baru kita rasa menyesal dan rugi tidak menjaga mereka dengan baik.




***************************

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.












Sunday, January 1, 2012

GIVING 103% AT WORK

Ayo ayo ayoo..

Pagi tahun baru semua..!
Pagi rasa happy tak?
Oh..happy sebab kena pergi kerja ….. lalalaa… (happy lahhh…)


Yay!
Oh…pagi ni teringin nak carik kerja baru…

Google jobstreet…index.com..jobless.my..ejonsvacancy..jobsmalaysia (alahh…tak reti nak pakai)..sambil dengar lagu kat jango.com..ada lagu baru terus download kat 4shared..

godek-godek ape yang perlu…klik appy apa yang patut..
Oh..simple and easy nye dunia…main klik-klik je..
Nak lagi canggih kalau kelip mata je semua leh download…wahh..senang-senang…haha…



Ok now...time for a game,

Dalam pekerjaan, kita cuba untuk  mendapatkan 100% dalam setiap perkara yang kita buat. Meh aku nak ajar cara nak dapatkan 103%. Kita up sikit..! Here's a little math that might prove helpful in the future!

What makes life 100%?

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

equals:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

then:
H A R D W O R K
8 1 18 4 23 15 18 11 = 98 % Only

K N O W L E D G E
11 14 15 23 12 5 4 7 5 = 96 % Only

But:
A T T I T U D E
1 20 20 9 20 21 4 5 = 100 %

However:
B U L L * * * T
2 21 12 12 19 8 9 20 = 103%


ok..now..try it!

Anak Masuk Darjah 1