Thursday, December 29, 2016

To wetworld Shah Aalam



Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak pergi Wetworld shah Alam. Last pergi masa kecik-kecik dulu masa arwah ayah masih ada. Tu pun dah tak ingat macam mana rasa mandi kolam. 

Aku pun memang kureng sikit bab-bab aktiviti air ni sebabnya tak reti berenang. Adik aku yang badan gempal pun boleh terapung atas air. Aku siap tenggelam terkapai-kapai lagi. Memang activity air ni memang least favourite lah kan..for the time being. Nanti kalau dah pandai berenang baru fikir balik. hehe

Last week join melayan adik-adik dengan anak-anak buah mandi manda kat Wetworld. Katanya dah lame tak pergi kan. Aku pun layan jelah since Ammar pun memang suka main air. Kira ni first time bawak Ammar mandi manda kat sini so siap belikan pelampung dengan swimsuit untuk Ammar sebab teruja punya pasal kan. Anak yang nak main air mak yang excited lebih. Kemain seronok lagi budak kecik tu bila ajak swimming. Selalu mandi dalam tub mandi masa dia baby dulu sekarang tub tu pun dah ngam-ngam je badan dia so tak puas nak berendam.

Bebudak excited nak swimming


Untuk tiket masuk, harga untuk dewasa RM25 kanak-kanak 90cm-130cm RM20 dan kanak-kanalk 90cm ke bawah adalah free. Kira murah dan berbaloi lah. Before masuk aku nasihat kan ,kalau ada bawak food dari luar better masukkan dalam beg yang berzip siap-siap sebabnya nanti masa nak masuk ke dalam dorang spotcheck beg kita kot-kot kita bawak food dari luar. Sebabnya kalau beg berzip ni dorang tak check. 

Kalau letak dalam plastic ke confirm dia tak bagi bawak masuk. Nanti staff dorang simpankan then lepas habis mandi boleh collect balik kat kaunter bayaran dia tu. Masa kami masuk tu aku pun tak aware benda ni so semua jajan, keropok mak nenek semua yang aku beli untuk Ammar tu kena tinggal kat kaunter lah. Nasib baik adik aku bijak sikit dia letak food dia dalam beg siap-siap.

Bila masuk je dalam area tu, si Ammar memang dah teruja habis tak sabar nak terjun masuk kolam. Orang pun agak ramai jugak tapi we manage to get spot untuk duduk. Kat dalam ni dia ada sediakan cabana untuk kita duduk santai-santai especially untuk yang datang dengan family yang ramai untuk keselesaan tapi nak book cabana tu agak mahal la dalam RM150 ke RM200. So bila tengok harga tu macam haa ok la tak mampu nak duduk ‘banglo’ so dapat piknik tepi-tepi kolam pun dah kira ok.

Kalau family ramai prefer duduk sini untuk keselesaan
Struggle nak ambil gambar

Ok.. semua tak ready


ahaa.. nice sikit

First round mandi.. makan dulu...

Budak kecik kebulur lepas mandi

Nampak dah macam abang-abang

Muka happy dapat mandi

Siap dah boleh balik...

Overall memang syok habis la especially kat si Ammar sebab memang favourite dia kan mandi kolam. Kami pun tak lama mandi dalam 2 jam je tu pun dah rasa macam lama sangat. Si Ammar je teruja lagi siap meronta-ronta tak nak balik. Kami pun tak join yang water ride yang bermacam-macam kat sana sebab kena queue panjang gila. So just main yang tempat untuk kanak-kanak je.. haha.. Eventhough first time datang sini since dah berkurun tak datang tapi puas hati dan enjoy sesangat.



Wednesday, December 21, 2016

Ammar 2nd birthday party

Assalamualaikum,

Last year masa birthday Ammar yang 1st, aku sempat buat candy buffet, ada chocolate fountain, siap dengan gula-gula, buah-buah, jajan, mashmallow. Semua jenis yang high sugar kalau mak-mak makan pun boleh kerat kaki. This year macam dah insaf sikit nak bagi benda-benda bergula kat budak-budak sebabkan too high sugar tak bagus untuk budak, nanti mak-mak bising sebab anak dorang jadi terlebih hyper dan sebab bagi makanan yang tak berkhasiat kat budak-budak.  So kiranya menu yang aku pilih mostly yang light-light jela, ada mee kari, nasi impit + kuah kacang (Ya ampun my favourite), kuih-muih dan buah-buah. Haa light ke?kehkeh

Kek pulak aku tempah kat sorang akak ni carik kat facebook je dok kat Shah Alam. Kira first time la beli kek dengan dia. Aku just describe nak buat kek macam mana, tema apa semua then suruh akak tu buatkan. Bila kek dah siap, MasyaAllah! Puas hati sangat! Cantik dan sedap. Memang tak sia-sia gamble carik contact kat facebook. Yela, kadang-kadang ada jugak yang buat kek je cantik tapi kek rasa hampeh. Tapi yang ni memang sangat-sangat puas hati!. Boleh contact akak ni 019 2150868 (Nini Cakes house) http://niniecakeshouse.blogspot.my/

Part deco-deco of course la aku yang mastermind nye sebabnya kalau nak pass kat ayah dia boleh diharap ke? kang disuruhnya beli balon hiasan dibelinya tanglung raya cina tu.. bhewww.. Tapi deco pun simple gila takdelah nak havoc-havoc bagai. Actually nak buat tema dinasour since Ammar memang suka sangat dengan dinasour. Dari sekecil-kecil mainan ke sebesar-besar patung dinasour tu semua ada kat rumah. Tapi sebab susah sangat nak carik barang hiasan tema dinasour so aku buat suka hati mak nenek jela deco-deco asalkan puas hati. 

Part memasak, of course la bukan aku. Haha. Aku import special chef dari kampong iaitu mak mentua aku untuk buatkan mee kari dan mak aku pulak buatkan kuah kacang + ayam masak kicap + sayur masak lodeh. Makanan sampingan macam kuih-kuih, cocktail, buahan semua aku yang buatkan. Actually seronok buat sendiri sebabnya semua benda aku yang decide. haha

Alhamdulillah, majlis sambutan birthday Ammar berjalan lancar eventhough hujan lebat turun petang tu. Siap dapat nyanyi lagu happy birthday untuk Ammar dah cukup buat Ammar happy.

Kek dari Ninie Cakes house tema dinasour.. deco superb kek sedap!



Deco cam asal ada je.. haha
Part ni best.. semua orang nyanyi happy birthday..

Antara tetamu yang hadir

Deco tepi meja simple asal hado..


Budak kecik sibuk nak kacau orang main henpon..
one happy kid


Monday, November 14, 2016

Proses kereta untuk pemeriksaan puspakom-Part 3 (FINAL)

Assalamualaikum,

Final proses selepas kenderaan anda dibaik pulih adalah pemeriksaan puspakom. 

Kenderaan yang dikenakan pemeriksaan semula puspakom adalah kenderaan yang mengalami perubahan spesifikasi terhadap enjin, casis atau badan, atau naik taraf berat muatan. Pemeriksaan ini adalah salah satu undang-undang untuk mengesahkan keadaan fizikal kenderaan anda selepas dibaikpulih.

Dihari pemeriksaan (ecewah!)

Pagi-pagi dalam pukul 8 am ajak kakak pergi teman ambil kereta kat bengkel. Lepas ambil kereta dan check apa yang patut, terus berdezup pergi ke Puspakom Padang Jawa.

First tips… kena datang awal! Eventhough kita dah booking time pukul 10 pagi dan dah dapat booking number, kau tetap kena queue berejam untuk tunggu turn kereta diinspect. Berbulu den ada 20 biji kereta depan aku tunggu turn untuk inspection. Boleh berlumut punggung tunggu lama sangat tau.

Firstly, sampai je kat puspakom pergi ke kaunter guard depan pintu tu bagitau kita nak buat inspect, dah booking then bagi nombor plat kereta. Then nanti dia akan bagi satu form pemeriksaan untuk kita isi yang mana patutlah. 

Form ni lah kena isi..


Lepas tu bermulalah episode beratur sampai berasap punggung.

Start pukul 10 am beratur, pukul 12pm baru sampai kaunter bayaran. Dah tu aku sorang perempuan yang lain mostly runner yang tolong orang buat inspection. haah. Aku je yang terajin buat sendiri. Bukan apa, jimat duit beb! Untuk sekali inspection Cuma RM26.50 je. Cuba bayangkan kalau runner tu buat 10 bijik kereta, dengan upah runner RM200+ untuk sebijik.. haaaa.. rasa macam nak jadi runner puspakom pulak.

Half way dah.. sikit je lagi.. uhuks..


Turn kereta untuk diinspect. Drive masuk lorong yang diberikan. Then keluar kereta dan tunggu di tempat yang disediakan.

Tak lama pun nak inspect dalam 10 minit lepas tu tunggu report siap dalam 15 minit.

Kereta kena masuk lorong 5 ya kawan-kawan


Bila dapat report, terus rasa macam nak demam.

Tak pasal pulak failed, fail kat tinted. Baru teringat last time lepas beli kereta terus pergi tinted tapi tinted nipis je pun. Rasa geram pun ada. Dekat 3 jam beratur tapi result menghampakan. So kenalah start all over balik. 

Start all over balik maksud dia memula tadi kau sampai ambil form kat guard then queue untuk turn inspect. *nangistakberlagu*

Besar-besar haa cop gagal...


Lepas buang tinted, Alhamdulillah puspakom report dah lulus. Puspakom siap dalam pukul 3pm. pergh.. rasa macam baru lepas menang olimpik acara lari berganti-ganti selama 2 hari.

Fuuu...

Tuuu kereta aku kat belakang tu.. ter snap abang hensem plak.. aih


Then lepas dah siap semua, report puspakom kenalah hantar ke bengkel jugak lepas tu kereta dah boleh bawak balik masuk dalam kotak, seal, lepas tu sorok bawah katil!

Alhamdulillah settled.!





Thursday, November 10, 2016

Apa perlu dilakukan selepas kemalangan-Part 2

Assalamualaikum,

Proses kereta aku siap dibaik pulih lebih kurang 2 bulan. Kira macam kau amek maternity leave gitu. Masalahnya kereta aku tak beranak la. so sepanjang kereta kat bengkel aku terpaksa rembat Kereta husband aku bawak pergi kerja. Nasib baik opis husband dekat dalam 10km je dari rumah, so aku paksa dia pakai Kereta manual abang aku. huahua.. 

So sepanjang 2 bulan tu, every 2 weeks aku akan datang bengkel tu untuk buat inspection. In case la kan diorang buat kereta aku cincai je, or pakai spare part selain perodua ke kan. Follow up tu memang penting untuk tahu progress kereta kau. Kalau tak puas hati ke,kalau detect diorang tipu ke bagitahu direct je. Kita langsi punya olang. Kalau buat tak betul, kita panggil abang kawasan datang kasi hentam lu olang. Lu langsi lu matii !*tangangigil*

2 weeks after hantar bengkel... dia togel semua .. sian awaa... :((
4th weeks-- alhamdulillah.. ada progress....

Final weeks.. sikit lagi nak jadi bentuk dah.. hang in there baby.. :((

Finally... siap jugak...yehuuu..!



JPJ & Puspakom buat sendiri je-Jimat belanja!

Sedang kereta dalam process baikpulih, aku kena settled kan jugak hal berkaitan JPJ dan Puspakom. Aku buat sendiri je jimat duit. Last time runner mintak sampai RM400 untuk buat 2 benda tu. Padahal buat sendiri lagi murah. Tapi depends korang jugaklah. If ada duit tapi takde masa, so better pakai runner. Sebabnya kalau buat sendiri ni yang leceh kena ambil cuti. Cuti kalau bersepah takpe. 

So, dalam masa sebulan admin bengkel tu akan prepare document untuk kita hantar ke JPJ iaitu kebenaran baik pulih Kenderaan. Ada a few item yang memerlukan kebenaran JPJ before bengkel boleh proceed untuk buat baikpulih kenderaan. Contoh bagi kereta aku:

- Front/rear windscreen pillar

- Centre pillar

- Chassis panel 

Lepas admin bengkel tu prepare document diperlukan, then kena hantar ke JPJ Padang Jawa. Borang ni dihantar ke pintu 3, kaunter rundingcara teknikal. Lepas hantar form, tunggu lah dalam masa 2 minggu untuk JPJ keluarkan surat kebenaran baikpulih Kenderaan.

Then lepas dah dapat surat kebenaran JPJ, surat tu terus hantar ke bengkel semula untuk proses seterusnya.


Tangan kecil itu.. Ammar yang punyaa....


Kereta dah siap-Alhamdulillah!

Bila dapat call dari bengkel kata kereta dah siap, rasa macam nak lompat bintang 10 kali sebab terlalu happy. Yelaah.. 2 bulan takde kereta rasa macam hilang kaki je. Nak pergi sana sini pun susah sebab kadang husband kerja tak menentu. Kadang tu kena outstation terpaksa dia ambil balik kereta dia. Nak merempit pulak husband tak bagi. Huhu


Pemeriksaan puspakom

Next step lepas kereta dah siap dibaikpulih, kereta kena masuk puspakom semula. Step untuk inspect puspakom:

1) Booking puspakom seminggu awal untuk buat inspection. untuk booking, boleh call ke nombor 03-5101 7000 (Puspakom padang jawa). Kata kita nak buat pemeriksaan selepas kemalangan Kenderaan persendirian. Nanti kita akan diberi booking no.

2) Lepas dapat tarikh untuk inspect, so siap-siap apply cuti lah kan. Kang nanti bos taknak approve cuti tak pasal kena tukar tarikh lain. Satu hal pulak!

3) Document diperlukan semasa pemeriksaan adalah surat pengesahan baikpulih dari bengkel dan juga geran kereta original.

4) Geran kereta ni pun kena mintak sendiri kat bank. Pergi ke mana-mana cawangan bank yang berdekatan, isi form, then dalam masa seminggu dah boleh collect geran kat bank tadi. Simple!



Settled part 2.







Sunday, November 6, 2016

Apa perlu dilakukan selepas kemalangan-Part 1


Assalamualaikum,

Hari ni baru ada kesempatan nak story mory pasal kes Kereta aku eksiden masa raya hari tu. Dah nak masuk 4 bulan

Last hari raya puasa haritu, aku pinjamkan kereta aku kat abang aku sebab dia nak balik kampong kat Kelantan. Since aku pun balik kampong ke Segamat pakai kereta husband, so aku pun tanpa banyak tanya bagi lah pinjam kat dia. Abang kan…

Tapi, malang itu sungguh tak berbau…..

Nak dijadikan cerita, sampai-sampai je aku kat kampong husband, got a call from my abang ni kata mereka accident. Innalillah! Masa tu agak kaget lah sebab kami baru 5 minit sampai dari kampong then dapat berita yang mengejutkan tu. 

Alhamdulillah, semua selamat in that crash. Abang aku langgar divider kat atas highway, masa tu baru kat Bentong sebabnya terlelap. Allahuakbar! Mengucap aku sebab tak sangka abang aku boleh terlelap masa tengah drive. Tapi bersyukur sebabnya tak melibatkan Kereta orang lain. Own crash. Semua selamat. Syukur!

Dalam syukur tu rasa terkilan jugaklah sebabnya Kereta aku kan yang accident. Haha! Then lagi ralat sebab baru setahun beli. *nangishingustergantung* Tapi just fikir positif maybe semua ada hikmah yang Allah nak tunjuk supaya kita jadi lebih sabar. 

So memandangkan ni kali pertama kereta aku accident, aku rasa macam nak share sikit apa yang perlu kita buat selepas accident, macam mana nak claim insurance semua. Kira my own experience lah. Confident sikit. 

Stay calm & Safe our valuable items!

Yang penting, try not to panic. Of course la lepas eksiden kita akan rasa terkejut so tenangkan diri dulu. Check semua family member selamat. Then keluar dari Kereta cepat-cepat. Safe our belongings especially yang penting macam purse/wallet, phone. Kalau handbag kau brand prada sekali pun better safe them quick!

Ambil gambar & call insurans kereta

Yang penting ambil gambar kecederaan kereta. Ambil dari pelbagai sudut. Lepas abang aku kemalangan tu, mujur polis trafik cepat sampai then kawal lalu lintas. Since masa tu orang berpusu-pusu nak balik kampong (1 day before raya), so traffic agak padat. Abang aku punca jem tersebut. Lulz!

Lepas tu boleh call insurans kereta kata kereta eksiden. Selalunya insurans Kereta ada sediakan sekali khidmat bantuan kemalangan. So towtruck dari insurans kita tu akan datang untuk tarik kereta kita untuk dihantar ke panel workshop. In case ada towtruck lain offer nak tarik kereta kita, please say NO dan jangan pandai-pandai sign apa-apa surat yang diberikan oleh towtruck tersebut. Sebab nanti tak boleh nak claim insurans, dah kena keluar duit poket sendiri pulak. Haru..

Tahap kecederaan kereta aku
saya ta kuaat awwaa...;(
Kereta punca jem!...


Terus buat report polis

Kemudian, terus pergi buat report polis. Masa abang aku eksiden tu, towtruck tu yang hantar abang aku & family ke balai polis yang berdekatan. Polis report ni penting untuk kita buat claim insurans nanti dan report kena buat 24 hours. Lepas dapat report polis, buatlah beberapa salinan untuk kita hantar ke panel workshop nanti.

Since abang aku yang salah sendiri, so pandai-pandai lah goreng buat report polis untuk make sure kau dapat claim insurans. huhu



Proses claim insurans pulak

Lepas dah settle semua, boleh lah buat claim ke insurans kereta kita tu. selalunya pihak insurans akan mintak kita e-mailkan polis report yang kita buat sebelum ni. Lepas seminggu balik beraya kat kampong, aku terus proses claim insurans then tak sampai seminggu claim submitted dan under process. Kemudian adjuster dari pihak insurans akan berurusan dengan workshop untuk inspect kereta dan untuk kira total kos baikpulih.



Settled part 1.



Thursday, November 3, 2016

Trip ke Kuala Gandah, Elephant Sanctuary Centre



Assalamualaikum,

My nearly-2-year-old son is a huge fan of gajah. Kat rumah aku ada rekod satu cerita dalam TV from Thailand mengenai gajah, My Lucky Elephant. Jalan cerita dia sangat simple tapi menarik. Since aku dah rekod, so almost every day Ammar mintak pasang cerita tu sampai kami dah naik hijau tengok hari-hari. 

HARI-HARI OK! Tak tipu.

Since Ammar pun dah minat gajah, so kami pun ada bercadang nak bawak Ammar tengok sendiri gajah tu depan mata. Haa.. baru thrill kan. So, last time kami pun bawak dia ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Trip kali ni kami tak bertiga, aku bawak sekali my mom dan adik bongsu. Baru meriah kan. So here’s my trip story dan beberapa tips untuk kegunaan korang.

Elephant show start at 2pm onward

So, off we went to Kuala Gandah. Actually before pergi adelah survey sikit kat internet pasal tempat ni. Aktiviti gajah start from 2pm onward. Ada aktiviti mandi bersama gajah, feeding, elephant show etc etc. Macam menarik kan? 

Kedai makan tak banyak?

Dari Shah Alam ke Kuala Gandah ambil masa dalam 1 jam 45 minit je. Aku just nak remind once dah sampai pekan Bentong, better korang makan siap-siap kat sini sebabnya bila dah sampai area Kuala Gandah memang korang takkan jumpa kedai makan dah. Tu pun ada satu je kedai makan kat luar pusat konservasi tu tapi bila kami sampai dalam pukul 1 pm kedai makan tu pun dah nak tutup. Despair tau berjalan dengan perut lapar ni.

Free entry je tau… sumbangan dialu-alukan

Masa kami sampai tu, memang ramai sangat pengunjung yang datang. Bayaran masuk memang free Cuma digalakkan lah untuk memberi sumbangan. Jangan la jadi kedekut taik hidung masin sesen pun kau tak hulur. Duit sumbangan tu nanti pusat tu akan pakai untuk kegunaan gajah-gajah ni jugak. Kata pencinta haiwan kan? Kalau tak cinta kenapa datang kan? Huhu. Panas au sini.. ..

Registration kaunter.. penuh orang nak tengok gajah
Tak sabar nak tengok gajah tuu


Lepas daftar di kaunter, kami terus ke kandang di mana diletakkan 5 ekor gajah separately. Pengunjung dibenarkan untuk feeding gajah dengan membeli food gajah dengan harga RM2 untuk 5 kerat tebu (kerat tebu??)

Masa ni memang padat sangat orang berpusu-pusu nak bagi gajah makan. Kat sini rata-rata pengunjung dia berumur lingkungan 40-50 tahun. Makcik-pakcik tau berebut-rebut dengan aku semata nak bagi gajah makan. Kau hado?


Xcuse me.. Ammar nak pegang gajah.. tolong tepi sikittt


2nd attempt Ammar nak peganga gajah.. successfull!




Elephant show start at 2pm.. tapi delay sikit

Pertunjukan gajah start pukul 2 pm. Pengunjung pun dah ramai berkumpul ambil tempat masing-masing kat grand stand untuk tengok gajah marching. Time tu memang panas menggelegak jugaklah. Tapi dekat pukul 2.35pm baru show start. Rasa macam geram nak marah jugak kat situ sebab show tak ontime. Ramai pakcik makcik dah tunggu lama tak senang duduk sebabnya kena tahan panas including mak aku. 

Bila Nampak gajah-gajah marching dari jauh, ramai dah start tepuk-tepuk tangan suka. Then lepastu setiap ekor gajah akan diintroducekan oleh penjaga masing-masing dan buat aksi sikit. Done! Show ended. Pengunjung diberi tembikai free untuk bagi gajah makan. Tak sampai 1 jam pun. Thee..hee.. 

Ammar diberi masa sikit untuk bermesra dengan gajah. Turn out yang dia takut tengok gajah depan mata! haha.... 

Lepas puas tengok gajah, kami pun tak boleh duduk lama kat sana sebabnya peluh kesabaran dah memercik sana-sini. Kami plan untuk ketempat lain pula.

Menunggu dengan penuh kesabaran

" Mommy Daddy.. sayy aaaaa.."

Show ended--jom pulang!

2nd destination- Air terjun Chamang-the best!

Dari Kuala Gandah ke air terjun Chamang lebih kurang 1 jam je. Perjalanan nak ke air terjun agak berliku so sila bersabar semasa pemanduan sebabnya bila dah sampai sure korang berpuas hati melihat keindahan alam yang menanti. Chewah!

Superb cantik-tapi bahaya

Air terjun Chamang antara one of attractive destination. Tapi kat sini kena berhati-hati sikit sebab kerap berlaku kepala air. Kalau musim tengkujuh tempat ni akan di tutup. Pernah ada 3 kematian berlaku. Tu pun sebab sikap pengunjung yang cuai tak alert dengan tanda amaran kawasan bahaya yang ada kat sini. 

First time sampai memang wow! Air terjun tercantik pernah aku tengok. Ada jambatan gantung disediakan untuk ke seberang sana. Masa mak aku panjat mak kata memang tak boleh go on. Ketaq lutut jambatan tu bergoyang-goyang. Nak turun ke bawah pun agak curam lah. Tak sangka mak aku boleh harungi dengan jayanya. Maceh mak!

Ammar memang pantang tengok air. Ni sungai ke-2 dia datang. First time mandi kat sungai Ledang. Memang seronok tengok budak kecik tu mandi. Kalau air tu tak sejuk macam ais confirm dia tak nak balik. Despair lagi.

Lebih kurang pukul 5 pm baru bergerak balik semula Shah Alam.

Another great trip!

Jambatan goyang


Husband di situ mandi manda


Adik aku melayan si Ammar


Si kecik nampak air je...

Belajar swimmingg!
Mak dok berehat saja.. tukang jaga beg.. huu
Dah puas mandi kita makan ais krim pulak

Air terjun Chamang.. for sure akan datang sini lagi-pic ehsan google

xoxo

Tuesday, September 13, 2016

Amanville-indoor playground


Assalamualaikum,

Husband outstation lagi for another 1 month ke Labuan. This time was quite hard for him to leave us sebab dah lama tak kena outstation lama-lama. Lagi-lagi kena berjauhan dengan anak kesayangan dia. Anak dia. Not me he’ll be missed. *Eheks* 

Last time kena outstation lama masa Ammar 6 bulan. Tak reti apa lagi. Now Ammar dah 1 tahun 8 bulan. Dah pandai carik Ayah dia kalau tak nampak depan mata. Panggil ayah sesampai je kat rumah lepas balik dari kerja, Panggil ayah lepas mandi (rutin harian lepas aku mandikan dia, ayah dia yang akan pakaikan baju), carik ayah kalau nak tengok TV, ayah..ayah.. ayah…

Tapiii.. kalau nak makan carik ibu..

kalau kena marah dengan ayah, carik ibu..

kalau nak tido carik ibu..

kalau nak susu carik ibu…

hihi… fair laa…

So sepanjang husband takde aku lah kena jaga Ammar sorang-sorang. Anak baru sorang so boleh manage lagi. Plan anak nak ramai, so kena lah tahan sikit perangai budak kecik yang boleh tahan lasak dia ni. 

Kalau weekdays tido rumah mak. Mak aku yang mengasuh Ammar so taklah kelam kabut pagi-pagi nak pergi kerja. Weekend kadang balik rumah, uruskan rumah pulak. Kalau bosan duduk rumah bawak Ammar berjalan. Kalau berjalan dengan budak ni kena ada satu motif je. Kalau banyak sangat plan selalunya tak menjadi.

Weekend haritu, bawak Ammar main kat Amanville kat Space U8. Member ada recommend tempat tu best so aku pun try la bawak Ammar ke sana. Its an indoor playground for kids aged 12 and below. For weekend, entry per head RM15, weekdays RM9 for kids below 3 yo. Then kalau nak masuk kena pakai socks. Kalau tak bawak kenalah beli dengan harga RM3 sepasang.



Kami sampai pun petang pukul 4pm so masa tu orang tak ramai lagi. Baru 2 family. First time masuk Ammar macam takut-takut lagi nak main. Dia cuma perhati je sekeliling. Scan dulu apa yang patut. Macam mana nak main. Mula-mula masuk area infant sebab ada banyak soft toys dan gelongsor yang kecik-kecik. Area ni di panggil "main-main". Time ni Ammar okay lagi boleh control.




Belagak depan aweks
Ada pasang cerita upin ipin


Makin lama makin ramai orang masuk, Ammar dok perati je budak-budak lain main. Lepas tu baru muka dia macam excited then dia pun follow sama. Nak kawan rupanya..hooh

Then try bawak dia masuk area yang macam extreme sikit dipanggil "panjat-panjat", dia punya excited tak hengat. Siap taknak keluar dari sana. About half an hour dia dah start enjoy dengan mainan kat sana. Berlari sana sini, lompat sana-sini. Budak-budak kecik ni memang tak reti penat langsung. Seriously. Aku pulak yang letih kena kejar dia ke sana-sini.

We called this area "panjat-panjat"..tanjat boboyy
Syok kemain lagi main gelongsor tu

Main kutip-kutip bola pulak

Seronok berguling atas bola-bola yang lembut tu
Panjat jangan tak panjat..


I had to keep an eye on him sebab takut dia terlepas ke mana-mana. Ada sekali aku terlepas pandang (since sibuk nak pos gambar/video Ammar kat ayah dia) He tends to take part with other kids panjat kat gelongsor paling tinggi sekali kat sana tapi aku cepat-cepat panjat tarik dia turun. Sebabnya that part was not meant for kids 1-2 yo. Gelongsor tu quite high la tapi si Ammar boleh panjat sampai atas sana. Nasib baik aku cepat grab tangan dia before he eventually slide down to the other side of the area. Sangat berani ok! Menggelabah jugaklah masa tu siap ada parents pandang-pandang aku sebab naik kat tempat yang suppose untuk budak-budak je..ahaks!

He really enjoyed la dok main kat sana, non-stop melompat, non-stop guling-guling, non-stop berlari-lari.. aisshh.. for almost 2 ½ hours. ibu was reaaalllyy supperr tired!

Then time nak balik yang paling mencabar. Ammar jenis yang sukar dikawal kalau kemahuannya tak dipenuhi atau bila kena stop doin’ something yang dia suka. Dia akan merajuk, berguling-guling kat lantai, lepas tu lembikkan badan dia time kena dokong. Yeaahh.. and I did it by myself.. Alone!

Tapi yang bagusnya he didn’t scream out uncontrollably kalau time tantrum tu. Which I guess a relieve la for me. Pheww

Finally dapat pujuk dia. Main kejar-kejar kat area space U8 tu, nama pun "space" so memang spacious gila. hiks.

Budak kecik happy dapat main puas-puas


Lepas tu bawak masuk dalam kereta, bagi susu... tup tup terus tertido... pheeww... such a looonng dayyy..

Overall, memang puas hati dengan indoor playground Amanville. Facility quite good, ada area makan-makan, kawasan dan alatan mainan pun bersih, ada toilet untuk budak-budak , so kalau baby nak tukar pampers pun senang. Highly recommended.






Anak Masuk Darjah 1